Siapa yang tidak mengenali penerbit dan pengacara rancangan masakan Ketuk-Ketuk Ramadan, Sheila Rusly.
Baru-baru ini isteri kepada pengarah Azman Hj Yahya atau Jinggo itu telah memuat satu video menerusi akaun Instagram miliknya .
Apa yang menarik, rakaman video tersebut telah memaparkan adegan kelakar Sheila bersama pelakon tampan, Nazim Othman.
“Bukan semua visual boleh keluar tv..tapi boleh kluar youtube.. subscribe now!! Youtube Sheila Rusly #ketukketukramadan #musimterakhir#musimke15 #jspictures#sentiasabersyukur #alhamdulillah”tulisnya.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Kemudian, adegan perbualan mereka berdua telah menjadi perhatian netizen kerana berasa kelakar melihat gelagat keduanya.
“Kita goreng dulu burung kita, alaa burung kita. Sis terlepas cakap kita goreng dulu burung kita…Eh tak boleh kita keluar TV bulan ramadan…Nasib baik saya cakap kita goreng dulu burung kita, daripada saya cakap kita goreng dulu burung dia?”kata Sheila.
Bintang versatil, Didie Alias menasihatkan pendatang baru dalam dunia seni tempatan untuk elakkan daripada melakukan gimik yang boleh menjejaskan reputasi dan lebih berhati-hati sebelum memuat naik sebarang kandungan di media sosial.
Menurut Didie, 49, semua pihak di dalam sesebuah produksi juga perlu ambil peranan untuk tidak menghasilkan ‘content’ yang tidak berkualiti.
“Kepada pelakon baru, adakah itu (gimik) caranya untuk naikkan nama anda dalam industri? Kalau anda nak naikkan nama, cuma tunjuk sahaja bakat yang anda ada, tidak perlu nak kena ada ‘content’ yang bodoh.
“Sekarang ni, dah macam-macam saya tengok. Contoh macam buat realiti program yang entah apa-apa semata-mata untuk ‘content’. Saya tak marah tapi kita kena fikir sebab kebelakangan ini banyak program dan pada masa sama artis baru pun ramai juga,” katanya.
Didie berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran AISEL di Cornerstone IPC Glass House, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Didie atau lebih mesra disapa Mami, menyifatkan pemilihannya sebagai wajah wajikan produk kecantikan dan gaya hidup itu sebagai rezeki.
Lebih tiga dekad dalam seni, Didie tidak menolak amanah yang diberikan itu sebagai rezeki anak dan cucunya.
“Alhamdulillah dengan kepercayaan. Rezeki tak putus dari Allah SWT. Bagi saya, tiap usaha itu pasti akan ada ganjarannya. Saya juga mencuba terlebih dulu produk berkenaan sebelum menyatakan persetujuan.
“Bila ia serasi dengan diri, sudah pasti saya akan promosikan AISEL bersama kenalan dalam industri juga. Tak salah untuk kongsi perkara yang baik kan?
“Pada masa sama, saya bersama team AISEL juga bakal melakukan siri jelajah selain membuat projek CSR dalam tempoh enam bulan bekerjasama. Doakan perancangan ini berjalan lancar, insyaAllah,” katanya lagi.
Dua produk penjagaan wajah yang menjadi tarikan ialah Premium Bright -Up Ampoule dan juga AISEL Dual Beauty Balm.
AISEL diambil daripada perkataan Bahasa Azerbaijan yang membawa maksud pantulan cahaya bulan di permukaan air. Ia diperbuat sepenuhnya dari bahan semula jadi, seperti ekstrak tumbuh-tumbuhan hijau seperti teh hijau, pegaga, biji bunga teratai, kulit beras, dan shea butter.
Selepas hampir 28 tahun, penyanyi Soma menyatakan rasa syukur apabila impiannya untuk menghasilkan album sulung berjudul ‘Perjalanan’ akhirnya menjadi kenyataan.
Menurut Soma atau nama sebenarnya Rosmah S.Sengari @ Basar, dia tidak pernah patah semangat dan menyifatkan Allah SWT sebagai sebaik-baik perancang.
“Perasaan saya bercampur baur. Saya rasa gembira dan bersyukur. Pada masa sama, saya ada rasa sedih juga.
“Dengan apa yang saya lalui sebelum ini, akhirnya impian saya tercapai,” katanya kepada MH.
Tambah Soma, dia pernah cuba untuk menghasilkan album sulung pada usia 21 tahun namun, projek tersebut terhenti di pertengahan jalan.
“Saya menganggap pada ketika itu belum ada rezeki dan waktu yang sesuai. Pada waktu itu, usia saya baru 21 tahun dan kita belum betul-betul tahu orang-orang di sekeliling yang boleh nak bawa saya ke dalam industri muzik dengan betul.
“Berkemungkinan ada berlaku juga masalah-masalah lain seperti di bahagian produksi. Pada usia yang muda, kita ikut sahaja apa yang mereka aturkan.
“Namun, saya tetap berjaya merakamkan tiga buah lagu. Jadi, untuk menyiapkan album ini. saya hanya menambah dua buah lagu lagi,” katanya lagi.
Soma Teruja Dapat Bekerjsama Dengan Arwah S. Atan
Pada masa sama, Soma yang pernah muncul juara Bintang Klasik RTM 2010 turut berbesar hati apabila menjadi artis terakhir yang berpeluang bekerjasama dengan komposer legenda, Allahyarham Datuk S. Atan.
“Sebenarnya, saya pun tidak jangka akan menjadi artis terakhir yang berpeluang bekerjasama dengan Allahyarham S. Atan.
“Bila arwah pergi sebelum album ini sempat dilancarkan, perasaan saya agak bercampur baur. Saya rasa sedih sebab arwah sudah tiada dan pada masa sama rasa bertuah kerana menjadi artis terakhir yang mendapat sentuhan komposer legenda.
“Kali terkahir kami bertemu Allahyarham ketika Konsert Legend di Sabah pada 2 November lalu.
“Saya berpeluang mengisi masa dan menyanyikan lagu ciptaan beliau. Dua minggu kemudian, arwah meninggal,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Soma juga berkongsi pengalamannya sewaktu proses merakamkan album bersama Allahyarham.
“Kata orang, arwah seorang yang garang tapi pada saya tidak. Dia hanya tegas dan menekankan soal disiplin dari segi masa dan komitmen. Ketika bekerja, kita perlu serius dan tak boleh main-main.
“Kebetulan saya juga seorang yang serius. Jadi, mudah untuk kami bekerjsama,” akhirinya.
Album yang diterbitkan dalam bentuk digital ini memuatkan lima buah lagu iaitu Curahan, Dugaan, Perjalanan, Memori Bulan Disember dan Bebaskan Aku.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Irma Hasmie bukanlah nama baru, kehadiran dirinya dalam industri seni satu ketika dahulu cukup meninggalkan kesan dengan penampilannya yang cantik dan popular sebagai pelakon, pengacara serta model, Irma mengumpul peminatnya yang tersendiri.
Bagaimanapun, sejak mendirikan rumahtangga pada 2012 dan bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata nama Irma Hasmie terus tenggelam dari industri hiburan tanah air.
Irma Kini Fokus Kerja Sukarelawan Kejar Saham
Malah, kini Irma lebih selesa menumpukan perhatian kepada keluarga, serta fokusnya lebih tertumpu kepada kerja-kerja sukarelawan Islam, mengacara dan juga menyediakan modul latihan.
MH berkesempatan menemubual personaliti jelita ini mengenai perkembangan terbaharunya, serta sudut pandang dirinya dalam melalui perubahan dalam kehidupan.
Sudah berhijab sejak 2011, Irma berkongsi tentang kisah perubahan serta penghijrahan ke arah lebih baik yang dimiliki olehnya.
“Fitrah manusia hendak jadi lebih baik, tiada manusia yang hendak jadi lebih jahat. Kalau dia sudah baik pun dia mahu menjadi lebih baik. Perasaan itu sentiasa ada bagaimana kita hendak upgrade diri kita.
“Perubahan ini subjektif, bukan hanya dari bertudung kepada tidak bertudung, sebenarnya ia merangkumi semua aspek dari segi performance dan kerja, peribadi dan pendidikan. Kita sentiasa hendak jadi lebih baik,” kongsinya penuh makna.
Hidayah Lebih Bermakna Jika Dicari
Kebiasaan yang biasa kita dengar, apabila seseorang berubah ke arah lebih baik, sering dilabel sebagai bertuah kerana berjaya memperoleh serta dikurniakan hidayah dari Allah SWT.
Namun, lain pula persepsi bagi wanita anggun ini. Menurut Irma hidayah itu sifatnya lebih berharga dan akan dihargai apabila kita berusaha sebaik mungkin untuk mencarinya.
“Ada sesetengah orang rezeki mereka sangat indah dan baik yang mana mereka tidak perlu mencari hidayah. Cumanya, kalau mereka tidak mencari hidayah, adakah mereka grab peluang itu atau tidak.
“Kadang-kadang kita terlepas sebab kita tak ambil peluang sewaktu Allah petunjuk dan hidayah. Pada orang yang berusaha pula apabila mendapat hidayah dan petunjuk mereka merangkul peluang tersebut.
“Bagi saya perkara itu mungkin lebih baik, mungkin kerana ada pro dan kontra dalam perjalanan kehidupan. Dalam agama pun ada mengajar kita takkan boleh ubah seseorang kecuali dia ubah diri dia sendiri. Jadi nak berjaya kita kena ubah diri kita,” ujarnya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon terkenal Korea, Kim Soo-hyun akhirnya tampil bersuara selepas dihimpit pelbagai spekulasi panas melibatkan dirinya dan mendiang Kim Sae-ron.Dalam satu sidang media yang berlangsung...