Jurusolek dan usahawan terkenal, Datuk Alha Alfa ada berkongsi cara ‘rare’ dalam memberikan sumbangan berbentuk wang tunai duit kepada golongan sasaran.
Dalam satu hantaran di Instagram yang dimuatnaik sebagai video, Alha dilihat menunjukkan langkah-langkah memasukan duit ke dalam isi sebiji pisang untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Lalu, ia sekali gus menepis cakap-cakap yang menuduhnya sengaja menunjuk dalam menghulur sumbangan yang diberikan secara ‘random’.
“Sebabkan ramai nak tau macamna sy letak duit dalam tu..meh sy tunjuk..sy guna pisang sbb xnk la nampak sgt org keliling yg sy random bagi duit kat org..kang semua kejar sy,,xcukup plak cash sy.
“Ramai jgak yg kecam bagi pisang ni takut jangkit covid katanya..kak, awak beli karipap, awak beli rojak buah, awak beli makanan kat restoran, awak pegi pasar pun, sy rasa ramai je sentuh2 ape semua, doa jela baik2.
“Kalau nak diikotkan cakap semua, mmg habis lah kite smpi ramai bunuh diri pun kite mampu tgk n acah3 macam xde ape berlaku..guys!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Dia pada masa sama meminta ramai untuk tidak berkongsikan cerita yang tak bermanfaat, sebaliknya sogokkan orang ramai dengan berita berunsur kebaikan.
“Saat-saat ini, jgn la takut2kan org dgn berita2 yg bukan2..tlglah sebarkan kebaikan bantu jiran tetangga, buat aktiviti bersama keluarga, bagi semua yg happy2.
Ads
“Please..ini usaha yg termampu sy..jgn la smpi semua org buat xkene,” jelas Alha.
Menerusi hantaran tersebut, pelbagai reaksi telah ditinggalkan warganet termasuk rakan selebriti pada ruangan komen yang rata-ratanya menitipkan kata semangat agar dia terus berbuat kebaikan.
Sementara itu di dalam entri sebelumnya di platform sama, pengasas kosmetik itu meluahkan rasa yang seolah-olah kesal dengan apabila dituduh seperti mahu menunjuk-nujuk dalam melakukan kebaikan.
Pengacara dan model, Nabil Mahir akhirnya mendedahkan dia dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat kini sedang menyulam cinta. Hubungan yang kian rapat sejak beberapa bulan lalu itu turut diketahui keluarga kedua belah pihak.
Nabil, 31 akhirnya mengakui hubungan mereka sekali gus menjelaskan spekulasi rapat mengenai hubungan rapat yang terjalin di antara keduanya sejak akhir-akhir ini.
“Memang kami mengenali diri masing-masing. Kami juga makin rapat, feelings are there dan apa yang boleh saya beritahu ia lebih dari rakan biasa.
“Bercintalah…baru-baru ini sahaja. Kami kenal sudah lama cuma kami ambil masa untuk mengenali hati budi dulu, itu yang paling penting,” kata pemilik nama lengkap Ahmad Nabil Ahmad Mahir ini.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai soal perkahwinan, bekas hos program HLive itu memaklumkan fasa tersebut ada diperbincangkan, tetapi ia tidaklah ke suatu tahap yang serius.
Baginya, adalah lebih baik untuk saling hati budi masing-masing terlebih dulu daripada terus terburu-buru.
“Kami juga ada bertemu dengan keluarga masing-masing, saling kenal memandangkan kalau kita mahu ke fasa seterusnya, adalah lebih baik untuk kedua keluarga juga saling mengenali.
“Kita ada bercakap mengenai perkahwinan, tetapi ia hanyalah secara kasualnya sahaja. Kami tidaklah merancang tetapi adalah lebih baik kalau not to jump over so fast.
“Lebih-lebih hubungan ini masih lagi baru dan kami ingin berkongsi. Setakat ini semuanya dalam keadaan baik dan berjalan seperti yang diharap-harapkan.
“Kalau semuanya baik dan barulah kami akan fikirkan ke arah itu,” dedahnya lagi.
Nabil terdahulu ditemui pada Majlis Pelancaran Muzik Video Ayda Jebat, Mana Ada Hati dan Better Than You di Tropicana, Damansara, pada Khamis.
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew telah berkongsi momen ketika menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di sekitar Kuala Lipis, Pahang.
Kongsi Ebit yang turut meluahkan rasa simpati dan sedih, memberitahu bantuan tersebut sudah mula diberikan kepada mangsa banjir sejak Isnin lalu.
“Ya Allah sayunya hati. Dah 2 hari di Kuala Lipis bersama 10 biji 4×4 dan bot kami dari kl.Sampai sini banyak jalan putus. Setiap kali sampai ada lori atau motor dah 24jam tunggu sebab nak undur tak boleh ke depan tak boleh. Syukur Allah permudahkan perjalanan kami. Dapat berikan makanan dan barang keperluan pada mereka.
“Kami bawa 1000 Tshirt. 1000 telekung. Makanan dan setiap mangsa banjir saya beri sedikit duit belanja tunai. Paling sayu tengok sekolah,balai polis, surau, kuil, kereta, motor, tnb, dan rumah-rumah. Bila tengok semua tenggelam ada yang tinggal bumbung jer. Ya Allah berat ujian orang Pahang kali ini. Ada tempat tak pernah banjir puluh tahun kali ini banjir teruk.
“Syukur dapat beri bantuan di 3 Pusat Pemindahan Banjir. Bagi semangat dan doa. Tadi sempat juga lihat mangsa banjir ibu dan anak yang hilang. Tadi ibunya yang terkorban telah ditemui. Semoga Allah hadiahkan keampunan dan syurga Firdaus buatnya. Polis, JPAM,JKM, Bomba, Tentera semua bersama-sama menyelamatkan dan membantu mangsa banjir.
“Sedih tengok ada nenek tua dah terbaring sakit tua. Baring jer dah tak nampak. Tiada sesiapa dah dalam hidupnya. Orang kampung khidmat untuk nenek tadi. Semua berebut nak bergambar tadi. Semua kata tengok ustaz pun dah rasa tenang. Syukur semuanya dari Allah.
“Ya Allah selamatkanlah Negeri Pahang,Johor, dan semua negeri yang banjir-ebitlew,” tulisnya panjang lebar.
Serentak dengan itu, penyanyi kelahiran tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza menitipkan ucapan terima kasih kepada sikap murni dan prihatin Ebit terhadap penduduk kampung di Kuala Lipis.
“Terima kasih ustaz @ebitlew turun ke kg halaman saya bagi membantu mereka yang terjejas akibat banjir.. Semoga Allah swt permudahkan semuanya.. Alhamdullillah,” tulisnya.
Foto: Instagram Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Syanie terkilan apabila ada pihak yang bertanya mengenai jumlah pengikut di Instagram sebelum memberi tawaran lakonan terhadapnya.
Malah, Syanie yang sudah hampir tiga dekad dalam industri hiburan seiring dengan kredibilitinya dalam dunia lakonan khususnya.
Syanie berkata, dia pada masa sama turut tidak jelas siapa sebenarnya yang mahu melihat jumlah pengikut meski tawaran yang diberikan hanyalah watak sampingan.
“Kalau saya boleh bertahan selama 30 tahun maknanya adalah kerja saya yang memang bagus.
“Bukan nak cakap saya hebat, tapi jika saya boleh bertahan selama ini, takkanlah kredibiliti saya diletak begitu rendah dengan dibandingkan dengan jumlah pengikut di Instagram.
“Saya sangat kecewa apabila ada pengurus produksi yang bertanyakan jumlah pengikut Instagram saya untuk watak yang ingin ditawarkan. Saya ini bukanlah pengguna yang pandai menggunakan media sosial dan saya tak akan buat kandungan yang mengarut.
“Walaupun saya tahu kandungan yang bukan-bukan ini cepat mendapat perhatian dan boleh menaikkan jumlah pengikut tapi itu bukan prinsip hidup saya. Pengikut yang ada sekarang adalah pengikut setia dan bukan dibeli,” katanya.
Syanie yang juga anak kepada penerbit televisyen terkenal, Ruhanie Abd Rahman menjelaskan, jika syarikat produksi masih menilai bakat seninya bersandarkan jumlah pengikut di Instagram sampai bila pun dia tidak berpeluang berlakon kerana tidak mampu berlawan dengan jumlah pengikut pelakon lain yang jauh lebih ramai.
Lebih menyedihkan, Instagram peribadinya yang memiliki hampir 80,000 pengikut baru saja digodam individu tidak dikenali baru-baru ini.
“Bagi saya tak perlulah pelakon seperti saya diukur berdasarkan jumlah pengikut. Alasannya sebab nak hantar kertas cadangan ke stesen TV.
“Kalau macam itu, sampai bila-bila pun saya susah nak dapat tawaran berlakon sebab nak lawan dengan artis-artis sekarang yang jauh lebih tinggi pengikut mereka. Siapalah saya ini.
“Kredibiliti seseorang pelakon perlu diambil kira. Kalau watak utama nak tengok jumlah pengikut saya boleh terima, tapi kalau watak sampingan pun macam itu, susahlah.
“Namun saya bersyukur apabila penyanyi Mawi menawarkan saya berlakon filem Hantu Kuat Ketawa di samping pelawak popular Saiful Apek.
“Saya terus bersetuju tanpa mengetahui bayarannya. Lakonan adalah jiwa saya dan saya sangat rindukan kerjaya ini selepas hampir tiga tahun tiada tawaran berlakon,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nadhir Nasar mengakui masih mencari pasangan hidup dan tidak menafikan mengimpikan wanita dari Kelantan sebagai suri hatinya.
Menurut pelakon drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi...