Pelakon, Sharifah Amani ada memberi reaksi atas tragedi yang didakwa rasis yang sedang melanda Amerika Syarikat kini.
Ia berpunca akibat ‘pembunuhan’ seorang lelaki berkulit hitam yang dikenali George Floyd, 46 baru-baru ini selepas dikatakan lemas ketika sedang ditangkap anggota polis.
Jelas Amani, kejadian yang berlaku akibat daripada fikiran satu bangsa lebih baik daripada bangsa yang lain.
Dia turut meminta netizen untuk lebih mengenali antara satu sama lain agar wujud perasaan kasih sayang sesama manusia.
“Izinkan mereka bernafas. Ini lah akibatnya bila kau pikir satu bangsa itu lagi hebat daripada yang lain.
“Tuhan cipta kita semua sama. Tak kisah lah Melayu, Cina, India, White, African American, Rohingya atau dan lain lain. Kita semua manusia.
“That’s why we have to stick together and fight racism with love and unity.
“Prejudice and racism cannot exist without contact. Tak kenal maka tak cinta.
“So get out there and start making contact with people who u think are different from u.
“Belajar untuk menerima dan kenal orang yang kamu rasa lain dengan kamu. Terima kelainan itu dgn kasih sayang. Artwork by @angeloruta,” jelasnya.
Terdahulu, Floyd meninggal dunia pada petang Isnin, sejurus selepas Derek Chauvin, seorang pegawai polis kulit putih, menahannya dan menekan lututnya di leher mangsa.
Mangsa dipercayai sempat beberapa kali menyatakan dirinya lemas, bagaimanapun tidak dihiraukan anggota berkenaan.
Sementara itu, White House diletakkan di bawah sekatan pergerakan apabila kumpulan penunjuk perasaan mula tiba di ibu kota Amerika Syarikat pada Jumaat, hari keempat protes susulan kematiannya.
Datuk Bandar Minneapolis, Jacob Frey turut mengisytiharkan perintah berkurung bermula 8 malam hingga 6 pagi waktu tempatan, berkuat kuasa Jumaat sehingga 8 malam Sabtu.
Insiden itu menyebabkan rusuhan tercetus di Minneapolis, iaitu bandar raya terbesar di negeri Minnesota, menyaksikan banyak kerosakan berlaku.
Sementara itu, Gabenor Georgia Brian P. Kemp turut mengisytiharkan darurat dikuatkuasakan di Fulton County, Atlanta.
Foto : Instagram Sharifah Amani