Pelakon Abby Abadi bersyukur atas kurnianNya kerana dianugerahkan seorang suami baik dan penyanyang.

Malah, Abby turut memuji sikap suaminya, Faizal Zakaria yang sentiasa mengambil berat terhadap anak-anak, khususnya dalam soal pergi dan mengambil mereka dari sekolah.

“Abah yg baik ialah Abah yg rajin hantar anak2 pergi & ambil balik sekolah hehe,

“Inilah antara rutin suami sejak kahwin dgn Sy 5 tahun yg lalu. Hantar/ambil ambil Baby besar kita gi sekolah,

“Kak Dania tu sementara je (15hb masuk asrama balik). Lepas dah selesai urusan anak2, kadang Abah gi beli breakfast utk Mama yg mengada ni, kadang beli utk Opah, hantar kat Opah pulak,

“Kira mmg rajinlah suami ni kesana sini melayan. Dah selesai semua baru dia pergi selesaikan kerja dia,

Ads

“TQ tau Abah. Semoga ALLAH balas kebaikan sayang dgn sebesar2 ganjaran ye. Amin Bawak kereta ke Klang harini hati2. Baca doa biar ALLAH jaga,” puji pelakon Gerak Khas itu. 

Lalu, netizen turut berasa senang hati melihat keluarga bahagia ini.

Ads

“Inilah Antara Rutin Suami Sejak Kahwin 5 Tahun Lalu”- Abby Abadi “Inilah Antara Rutin Suami Sejak Kahwin 5 Tahun Lalu”- Abby Abadi

Terdahulu, Abby dan Faizal mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015.

Ads

Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abd Manan sebelum ini gagal dalam perkahwinan terdahulu bersama aktor, Norman Hakim (berkahwin pada Januari 2002 dan bercerai pada Disember 2008).

Abby kemudian berkahwin dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar pada Julai 2013 dan bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.

Foto : Instagram Abby Abadi/ Faizal Zakaria.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI