Setelah beberapa siri luahan rasa yang dikongsi di Instagram, Datuk Seri Aliff Syukri ada memuat naik sekeping foto keluarga dengan kata-kata kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan.
Posting yang dimuat naik awal pagi ini itu mendapag reaksi positif netizen.
Jelasnya, isteri, Datin Seri Shahida kini sudah ada peraturan baru yang mewajibkannya memasak sarapan pagi.
“Inilah Arti kebahagiaan yang sebenar. Siapa setuju walapu byk tempat dan kita pergi, walau banyak kawan dan benda yang paling berharga sekali pun benda yg paling istimewa adalah mempunyai family yang bahagia.
"Rasanya tak ada benda yang paling memwah dia mahal selain ada kegembiraan yang kekal dan juga hakiki Bersama keluarga anak-anak dan juga isteri," tulisnya.
Pada masa sama, Aliff turut mendedahkan dia sempat menjamah sarapan yang disediakan isteri.
“Alhamdulillah hari ini abang bangun pagi untuk shoot di Astro dan abang sempat makan air tangan isteri abang masak sndiri (peraturan baru) dan sempat lagi hantar anak-anak abang ke sekolah.
"Walaupun tuhan saja yang tahu betapa penat nya abg Sebab nak handle
@as.legacymalaysia @sugeh.resort @asluxurybeg
@romahmakanterlajaklaris @palacealiffsyukri
"Yang teramat banyak tapi abang gigih kan juga demi keluarga tercinta bagi abang nak kekal bahgia mcm ini..mudah sahaja kita suami isteri kena Setia dan memahmi.
“Itulah kunci menjadi pasangan yang bahagia! Faham tak anak-anak? Gitu tetiba jadi Doktor Love. Penat dahlah jadi asyik jua produk jee, abg nak tukar kerjaya dah ni… Abang nak jadi pakar-motivasi boleh tak kalau boleh komen dekat bawah mana tahu komen anda memberi semangat kepada abang untuk buat benda yang baik-baik lps ni.
tudung wife sy dari @cloverush,” jelasnya.
Terdahulu menerusi entri terdahulu, penyanyi dan usahawan ini mendedahkan dia dan isteri berselisih faham hampir tiga bulan.
Shahida kini sedang hamil enam bulan anak keempat mereka.
Foto : Instagram DS Aliff Syukri