Pelakon Datin Almy Nadia mengakui bahawa bukan mudah untuk mencari rezeki demi membesarkan anak-anak.
Berbekalkan usaha, tenaga dan doa, Almy menjadikan permata hatinya sebagai tunjang utama untuk membentuk keluarga yang berjaya.
“Ini lah hakikat bila mak bapak meniaga, org tak nampak, org tau mak bapak korang kaya raya,sbb keja mak bapak korang.. tapi hakikatnya nak cari rezeki tu bukan senang faham.. susah.
“Dalam dunia ni tak benda yg senang semua susah kecuali kau usaha utk dptkan apa yg kau, jadi ini lah jadi ya usung anak kehulu ke hilir utk cari rezeki.. bawa anak sana sini meniaga bagi anak faham susah cari rezeki,bukan rezeki tu dtg bergolek,” tulisnya.
Malah, isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz itu menyifatkan bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam usaha mencari rezeki untuk anak-anak.
“Dan bukan boleh hidup senang tanpa usaha… klu minta dpt minta dpt tp taktau mak bapak korang nak cari duit,taktau mak bapak korang bengkak otak perah otak kederat utk dptkan rezeki kaki tangan bengkak semua bengkak la.
“Harap anak2 kami faham dan faham hadam bila depa besaq nnt mcm mana kami mama n papa dia cari rezeki utk anak2,” tulisnya.
Menerusi foto tersebut, ketiga-tiga anak perempuannya itu sedang lena tidur ketika pelakon itu menjalankan perniagaan.
Sekali gus, telah mendapat respon dalam kalangan pengguna media sosial.
Terdahulu, Fizz dan Almy yang mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 3, dan Nur Afirna Aurora, 2, Nur Afrina Ayra,1, serta anak angkat, Nur Afrina Darwisya, 9.
Foto : Instagram Almy Nadia