Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa mendedahkan bibit percintaannya bersama suami, Haris Ismail atau turut dikenali sebagai PU Riz yang sudah pun berputik sejak Ramadan tahun lalu.
Neelofa berkongsi perkara itu secara seloroh menerusi sesi ‘live’ melalui akauan Instagram Markaz Tijaari yang dikongsikan kembali di akauan lofa.haris, di samping suami tercinta.
Ujarnya, Hariz pada mulanya membawa senaskah al-Quran tersebut bagi menunaikan solat sunat terawih bersama keluarga Neelofa pada bulan puasa tahun lepas.
Bagaimanapun, bekas hos program MeleTOP itu kemudiannya menggunakan al-Quran itu sebaiknya selepas Hariz dikatakan terlupa untuk membawa pulang sejurus selesai melakukan solat terawih.
Ads
“Inilah Quran yang Haris bawa untuk berterawih dengan kitaorang semua bulan Ramadan tahun lepas. Masa cinta mula berputik.
“Lepas tu, dia pun tertinggal al-Quran ini dekat rumah I. Lepas tu I pun kebas Quran ni, I guna untuk kelas tilawah, pakai Quran ni.
Ads
“Bila Haris nak minta… Tak boleh, sebab dah tanda dah, tak payah ambil. So its mine now. Ikhlas ke bagi,” soal Neelofa sambil dijawab ‘ikhlas’ oleh suaminya,” ujar Neelofa.
Menerusi ruangan komen, para peminat turut memberikan reaksi pelbagai dan rata-ratanya turut mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan dan bahagia harmoni selama-lamanya.
Ads
Malah tak kurang yang turut tercuit dengan kisah yang dikongsikan Neelofa.
Sama cantik sama padan, Haris dan Neelofa selamat diijabkabulkan pada 27 Mac 2021 lalu dengan sekali lafaz.
Masih belum mampu mengubat kesedihan ditinggalkan arwah bapa tercinta 26 Februari lalu, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi kesedihan yang disifatkan bagai tiada penghujung.
“Harta yg abah tingglkan kat saya… kesedihan yg tiada penghujung.
“Merindui kenangan kat arwah abah sebelum sy pergi kerja abah akan balik dari masjid sembyag subuh di masjid dekat rumah saya masjid kuning.
“Sy akan cakap ketika salam beliau secara bisik “abah kri nak gi kerja dulu doakan kri berjaya ya abah.. kri takut kri kena tipu dlm bisnes sbb kri sekolah bodoh bah.”
“Abah akan balas balik “abah tak akan lupa doakan setiap kali abah solat utk kri” ?? rasa ya itulah harta yg abah tinggalkan kat kri yg tak ternilai.
“Mungkin apa rezki yg ada pada hari ni sbb doakan abah dan mak … alftiha buat abahku yg tiada penganti.#yallahkuatkansemangatsaya #akuxkuat.”
Belum pun redha dengan penyakit demam kuning yang dialami anak Datin Almy Nadia dan Datuk Fizz Fairuz tempoh hari iaitu Nur Afrina Ayra, kini terjadi pula kepada anak kedua mereka, Nur Aurora yang tidak sihat.
Difahamkan, anaknya yang berusia 2 tahun itu kini mengalami demam influenza A.
Lalu, pelakon berkenaan meminta doa peminat agar kesihatan anak-anakknya kembali pulih seperti biasa.
“Tolong doakan my princess Aurora cepat sembuh…Demam influenza A.. kuarantin jawabnya.. esok papanya pula nak pergi singapore utk celebfest pulok.. nasib mama dah kuat.. syukur Alhamdulillah…doakan anak mama cepat sembuh ya semua,” tulis Almy.