Penyanyi Shiha Zikir memuat naik sepotong video ketika melakukan sesi ‘fitting’ persalinan yang bakal dikenakan pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) malam Ahad lalu.

Menerusi video yang kini sudah pun ditonton lebih 100,000 laki di Instagram miliknya itu, dia yang menyampaikan lagu 7 Nasihat di samping Kmy Kmo dan Luca Sickta menggantikan Datuk Seri Nurhaliza itu, Shiha mendedahkan ‘rahsianya’ yang dilihat cukup pantas bertukar persalinan.

Ads

Sambil menzahirkan ucapan terima kasih kepada skuad cantiknya pada malam itu, Shiha turut mengakui dia berbebar, bimbang apa yang dirancangkan tidak menjadi. Bagaimanapun, semuanya dipermudahkan.

“Inilah rahsia shiha tukar baju waktu malam #AJL35 lepas.Kemain seronok sampai tak perasan tepuk tangan mcmtu padahal baru lepas drip & keadaan badan lemah sgt.haha.

Ads

“Terima kasih banyak2 untuk @sabella_co sebab tunaikan design mcmna yang Shiha nak untuk perform malam tu.Alhamdulillah berjalan lancar..Padahal sebelum tu nervous sangat takut x menjadi,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir)

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya kagum melihat di balik tabir persiapan daripada penyanyi berusia 33 tahun itu.

Ads

Untuk rekod, 7 Nasihat yang bersaing bersama 11 buah lagu lainnya di acara muzik tahunan itu dicipta oleh rapper lagu berkenaan, Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Foto: Instagram Shiha, TV3 Malaysia, Muzik-Muzik

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI