Penyanyi Ayu Damit, 33, berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan umrah menyifatkan keberangkatannya ke sana sebagai suatu rezeki besar dari Yang Maha Esa.
Menurut Ayu, meski sebelum ini dia pernah tunai umrah buat pertama kali pada 2016 lalu, namun peluang kali ini lebih bermakna, ketika dunia masih berdepan cabaran pandemik Covid-19.
“Alhamdulillah syukur. Saya sekali lagi dijemput Allah SWT untuk tunai umrah bersama mereka yang rapat dengan saya meski suami tidak ikut sama. Saya anggap ini rezeki setelah beberapa kali hajat ke sana tertunda akibat pandemik Covid-19.
“Bagi saya buat masa ini, saham akhirat lebih utama, apatah lagi beberapa kali umrah terpaksa ditunda. Apabila diberitahu pihak agensi Mahsuri Travel sudah dapat tarikh tetap menunaikan umrah, saya sangat teruja.
“Saya pun sudah menjalani ujian saringan COVID-19, syukur sangat saya negatif. Inilah dinamakan rezeki. Saya memang dah lama pasang niat. Tak mungkin nak tolak,” katanya.
Ads
Ayu berangkat ke Mekah malam ini dan dijangka menunaikan umrah selama 10 hari bermula 21 Februari.
Ads
Penyanyi lagu Permata dan Hanya Di Mercu ini turut menjelaskan, dia sepatutnya menjayakan beberapa persembahan yang telah dipersetujui awal.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana mendapat tawaran lain selepas itu.
Ads
“Sepatutnya saya ada persembahan di Putrajaya dan Shah Alam, tapi saya saya mendapat persetujuan pihak penganjur untuk menunaikan umrah. Tak sangka pula, selepas batalkan show tersebut, tiba-tiba ada tawaran persembahan juga selepas balik umrah.
“Inilah namanya rezeki, aturanNya itu sudah sedia cantik dan inilah peluang untuk saya tumpu pasa ibadah dan pastinya saya mahu mendoakan yang baik-baik buat kita semua, insyaAllah.
“Meski suami tidak dapat pergi bersama kerana ayah mertua tak sihat dan kebun cili serta kacang panjang sedang membuahkan hasil, tapi saya mendapat izinnya juga. Bertuah dikurniakan suami memahami,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, sinaran bintang Siti Nordiana sejak menjuarai program Gegar Vaganza musim kedua terutamanya kian menyerlah.
Satu demi satu tawaran hadir dan dia kini turut aktif dalam lakonan.
Terdahulu, lagu duetnya bersama Jaclyn Victor turut bertanding sebagai antara 12 lagu yang bakal bersaing di Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) Februari lalu.
Malah, dia dan protogenya, Zaaim muncul sebaagai juara program Mentor 7 dan terbaru, namanya dijulang sebagai Artis Top Top MeleTop Wanita di Anugerah MeleTop 2019.
Lalu, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Terpaut Sayang Padamu ini ditanya apakah pencapaian sukses yang diraih kebelakangan ini ibaratnya meletakkan diri naik setangga di dalam liga lain dalam seni.
Katanya, tiada apa yang berubah. Dia masih seperti dulu.
“Alhamdulillah. Bagi saya ini rezekilah. Ia terpulang kepada peminat yang melihat. Bagi saya, sama saja. Kemenangan di AME tahun ini menjadi inspirasi buat saya berikan yang lebih baik buat peminat.
“Sebagai rasa terima kasih kepada mereka, saya perlu berikan yang terbaik. Apapun syukur dengan pencapaian ini kerana saya memang tak jangka.
“Iyelah, saya ni boleh dikata senior dan pengikut di media sosial pun tidaklah semeriah rakan artis baru lainnya,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Nana juga turut memberitahu tahun ini, genaplah 20 tahun dirinya terlibat dalam dunia seni.
“Dalam tempoh dua dekad, macam-macam yang saya belajar. Sama ada ia baik atau sebaliknya, ia tetap jadi pengalaman yang mematangkan diri,” jelas Nana lagi.
Sementara itu, Khai Bahar pula dinobatkan sebagai Artis Top Top MeleTop Lelaki.
Pelakon, Mawar Rashid sedang membilang waktu untuk melahirkan cahayamata pertama bersama suaminya, Raden Ahmad Faizal Bin Ahmad Yaakob atau dikenali sebagai Raf Yaakob.
Meski sarat hamil, namun penampilan finalis Dewi Remaja ini tetap tampak menawan bak seri bakal ibu.
Terbaru, Mawar telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya ketika dia sedang melakukan senaman dan berzumba di sebuah gim.
“Hari ni Mekwa buat cardio, treadmill 27minutes. Pastu alang2 join class Zumba yang light2 je.”
“Walaupun tengah preggy, tak de excuse untuk kita exercise KECUALI doktor tidak benarkan.”
“Tapi ingat, exercise, exercise jugak, warm up and stretching jangan tinggal, air kena minum cukup atleast 2 litre water and cukup rest especially to preggy mommy like me . Take care everyone! #7monthspregnant” tulisnya.