Ads
Home Berita “Cari Simpati? Fuh… Ayat Paling Pantang Telinga Aku Dengar,” – Elyana Bidas 

“Cari Simpati? Fuh… Ayat Paling Pantang Telinga Aku Dengar,” – Elyana Bidas 

Ads

Penyanyi Elyana tampil membidas komen keterlaluan netizen yang mendakwa dia sengaja meraih simpati hanya kerana berkongsi keadaan diri yang kini sedang sakit.

Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal menegaskan, komen-komen sedemikianlah yang membuatkan dirinya memilih untuk tidak terlalu berkongsi perihal sakit yang dialami kepada umum sebelum ini.

“Cari simpati? Fuh… ayat paling pantang telinga aku dengar! Inilah sebab kenapa aku ambil masa lapan tahun untuk tak nak beritahu yang aku sakit sebab tak ada gunanya pun.

“Cari Simpati? Fuh… Ayat Paling Pantang Telinga Aku Dengar,” – Elyana Bidas  “Cari Simpati? Fuh… Ayat Paling Pantang Telinga Aku Dengar,” – Elyana Bidas 

“Aku buat keputusan yang salah… terima kasih rakyat Malaysia yang tinggi ilmu agama. Bab komen pasal agama memang nombor satu. Solat lima waktu jangan tinggal pula,” tulis Elyana menerusi paparan Instagram Story.

Sebelum itu, penyanyi berusia 35 tahun itu berkongsi dia tertidur selama 15 jam akibat demam teruk selain hilang selera makan.

Ads

Penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu itu juga berkongsikan salah satu komen ‘kasar’ yang diterima mengenai penjagaan aurat.

Elyana dilihat membalas komen tersebut kerana merasakan sudah terlalu lama dirinya dibuli.

“Cari Simpati? Fuh… Ayat Paling Pantang Telinga Aku Dengar,” – Elyana Bidas  “Cari Simpati? Fuh… Ayat Paling Pantang Telinga Aku Dengar,” – Elyana Bidas 

“Niat hendak bagi nasihat, tetapi biadab. Mari jumpa depan-depan berani tak kak?

Ads

“Mungkin dahulu saya tidak suka menjawab, tetapi tidak adil untuk diri saya yang sering dihina dan dipijak,” tulis Elyana lagi.

“Cari Simpati? Fuh… Ayat Paling Pantang Telinga Aku Dengar,” – Elyana Bidas 

“Cari Simpati? Fuh… Ayat Paling Pantang Telinga Aku Dengar,” – Elyana Bidas 

Ads

Elyana sebelum ini berkongsi, dia sudah disahkan bebas dan pulih daripada penyakit kanser limfoma tahap empat yang dideritai sejak 11 tahun lalu.

Dia hanya mendedahkan mengenai sakit yang dialami sejurus tersingkir daripada persaingan program Gegar Vaganza muzim ke-4 (GV4) yang disertai.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Elyana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI