Insiden Alami Mual Secara Tiba-Tiba Diperkata, Ramai Syak Nad Zainal Hamil. Ini Respon Tuan Badan

Share

Satu rakaman video pendek menerusi Instagram yang merakamkan insiden spontan pelakon Nad Zainal awal semalam mencuri perhatian netizen.

Bintang berusia 30 tahun ini difahamkan sedang menjalani penggambaran sebelum tiba-tiba mengalami mual lalu terpaksa diberikan air dan ditenangkan.

“Baru nak acah-acah jadi hos program makanan. Tak tau la napa badan nad hari ni tak berapa sedap. Doakan moga sihat-sihat saja.

”Insyaallah nanti nad update apa yang patut ya,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Lalu menerusi ruang komen pula, rata-rata peminat termasuk rakan selebriti memberikan bayangan pelakon Fatonah Azali ini kini sedang hamil anak kedua.

Malah ada di komen turut dijawab oleh empunya badan.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Nad tampil memberi penjelasan mengenai apa yang berlalu di Insta Story.

Kata Nad, rasa mual yang dialami berkemungkinan berpunca akibat keletihan selain tekanan darah tidak stabil turut boleh menyebabkan gejala mual.

“Pantang mual saja mengandung ya… Penat pun mual dan darah rendah pun mual tau! Terima kasih… tapi saya okey,” tulisnya.

Sekadar imbasan, Nad mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015.

Hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata, Fahad Ibrahim yang kini mencecah usia empat tahun.

Video tersebut sehingga kini telah pun mendapat hampir 20,000 tanda suka.

Foto: Instagram Nad Zainal

Published by
MH