Berikutan insiden pelawak, Lan Pet Pet yang dikatakan bertindak kasar terhadap seorang pengawal keselamatan minggu lalu, akhirnya anggota Senario itu didenda RM2,000 atas perbuatannya itu.
Lan atau nama lengkapnya, Mazlan Ahmad mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pada Isnin atas tuduhan memukul dan menendang pengawal keselamatan warga emas dalam kejadian pada 6 April lalu.
Memetik laporan mStar Online, Majistret Seremban menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 terhadap Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad yang berusia 49 tahun.
Sementara itu, kes berkenaan telah disebut di hadapan Majistret, Mayon Yusof manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mas Syafiqah Mahroob.
Terdahulu, suspek dipercayai telah menumbuk muka pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Yahya Manap, 70 tahun di taman perumahan Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan.
Malah, rakaman video menerusi kamera litar tertutup (CCTV) pondok pengawal serta rakaman amatur berhubung kejadian tersebut turut viral di media sosial.
Foto: Instagram Lan Pet Pet/ Sumber: mStar Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Disahkan Positif Covid-19 & Kadar Oxygen Menurun Ke 75%, Sharifah Zarina Pohon Doa Buat Penyanyi Fazli Zainal
Penyanyi, Sharifah Zarina berkongsi khabar duka selepas memaklumkan rakan artis yang juga merupakan penyanyi, Fazli Zainal kini dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Ampang selepas disahkan positif Covid-19.
Menurut Zarina, keadaan Fazli kini dikhabarkan berada ditahap yang membimbangkan setelah kadar oksigen di dalam tubuhnya dilaporkan telah menurun kepada 75% hari ini.
“Mohon doa kalian buat sahabat artis, Fazli Zainal. Beliau telah dibawa KKM ke Hospital Ampang.
“Oxygen level dah drop ke 75 dan perlukan bantuan oxygen. Ya Allah sesungguhnya engkaulah yang maha menyembuhkan,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Langit Ke Tujuh itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Zarina turut menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama mendoakan sahabatnya itu agar kesihatannya kembali stabil seperti sedia kala.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Fazli.
“Allahuakbar. Ya Allah kau berikanlah syifa buat sahabat kami. Please stay strong.
“Semoga diberikan kesembuhan padanya. Semoga Allah mendengar semua doa-doa kita.
“Speechless. Semoga cepat sembuh.
“Moga Allah berikan kesembuhan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Fazli difahamkan telah menjalani ujian calitan pada Jumaat sebelum disahkan positif Covid-19, pada Sabtu.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Sharifah Zarina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Call Minta Gambar Bogel Senang Nak Tengok Badan,” – Enot Diganggu Individu Tidak Dikenali
Enot dalam entri terbaru di Instagram ada menyelar sikap segelintir individu yang menghantar mesej peribadi memintanya berkongsi foto bogel.
Jelas Enot atau nama sebenar Aliza Abdullah, dia kerap menerima mesej dan panggilan berbaur lucah.
Lalu, bintang ini meminta agar individu terlibat supaya berhenti melakukannya.
“Assallamualaikum ok kt puaskan hati yg mintak gmbr dr bwh yer.. ada jgk ygg call mintk gmbr bogel senang nak tgk bdn akk mcm mane?
“Nak kata korg gila korang waras? kesianlah kt mniaga x kacau sapa2 x paksa sapa2 pun? rasa nak try yakin belilah! x pyhlah permintaan bnyk sngt2 ok!! ramai skrg jmpa akk x kenal sbb mmg lain dr dulu.. so yg berminat dm atau wassap 0172527834 untk order tuyus ok.. malas nak ckp bnyk dah ramai bg feedback best dah.. #bazaarpaknil #nealofa #nakkuruscepat #kurus #tuyusteamenot #tuyushq#tuyus #tuyustestimoni #kakitangankerajaan #armymalaysia #kakitanganswasta #meloditv3#motifviral #viral,” tulis Enot.
View this post on InstagramA post shared by ENOT (@enot_78) on
Kurang terlibat dalam aktiviti lakonan, wanita yang mula dikenali menerusi drama Mat Despatch ini memulakan perniagaan bagi menguruskan kehidupan sebagai ibu tunggal kepada dua anak, Adriana Balqis, 19, dan Ariana Qaseh Qistina, 13.
Foto : Instagram Enot
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Pernah Nak Berhenti Menyanyi,” – Tempat Ke-4 Walau Diramal Juara, Liza Hanim Sebak Tengok Sokongan Peminat
Meskipun terlepas gelaran juara, penyanyi, Liza Hanim terharu dengan sokongan yang telah ditunjukkan peminat selama 12 minggu bertanding di program All Star Gegar Vaganza.
Malah, rata-rata peminat di media sosial juga meluahkan rasa kecewa apabila Liza hanya sekadar menduduki tempat keempat.
Mengulas mengenai hal tersebut, Liza menyifatkan sokongan yang ditunjukkan peminat nyata menyentuh hatinya.
“MasyaAllah, sokongan itu yang saya mahukan. Itu sudah cukup. Walaupun orang mengharapkan saya menang tapi kata-kata peminat semua sudah cukup memberikan saya senyuman.
“Ia menunjukkan saya telah memberikan yang terbaik di pentas ASGV selama 12 minggu ini.
“Rezeki semua sudah tertulis. Jadi, kalau kita hanya memandang terlalu tinggi, kita akan kecewa dan banyak berfikir. Sampai ke peringkat akhir pun sudah cukup buat saya.
“Saya nak mereka bangga dengan persembahan saya dan saya rasa saya sudah mencapainya,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Gelisah Mimpi ini berkata sedemikian selepas selesai pentas akhir ASGV yang berlangsung di Axiata Arena pada Ahad.
Pada masa sama, Liza juga akui tersentuh dengan pujian yang diberikan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menyukai persembahan ketika berduet dengan Aina Abdul menerusi lagu, Terus Hidup.
“Pujian daripada Datuk Siti Nurhaliza sudah cukup buat saya. Hati saya sangat gembira,” ujarnya.
Dalam pada itu, Liza turut mendedahkan dirinya pernah berhasrat untuk berhenti menyanyi disebab perjalanan kariernya yang agak perlahan.
Namun, semangatnya kembali membara apabila bakatnya kembali mendapat perhatian di ASGV.
“Hal ini sangat menyentuh jiwa saya. Memang ada momen-momen dalam kerjaya yang saya merasakan sudah tiba masanya untuk berhenti menyanyi.
“Namun, masih ada segelintir pihak yang mempercayai saya. Mereka yang buatkan saya bertahan. Beberapa minggu lepas, perasaan itu datang kembali ketika saya mengalami waktu yang mencabar.
“Namun, saya tetap harus melawan untuk sampai ke peringkat akhir ini,” kongsinya.
Katanya lagi, dia bakal berkongsi detik jatuh bangunnya sepanjang bergelar anak seni di konsert solo pertamanya nanti.
“Ini juga merupakan antara sebab saya mahu mengadakan konsert untuk berkongsi perjalanan jatuh bangun saya.
“Orang lain lapan hingga 10 tahun dah buat konsert banyak kali tapi saya tak pernah ada peluang. Ia membuatkan saya tertanya-tanya adakah saya tak layak untuk mencapai semua itu?
“Selama ini saya menerima sokongan bercampur baur. Ada yang suka dan ada yang tidak. Jadi, saya rasa diri tak layak buat konsert.
“Kini mereka ada bersama saya dan saya mahu meraikannya di konsert itu nanti,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI