Insiden Kasari ‘Pak Guard’: Lan Pet Pet Mengaku Salah, Didenda RM2,000

Share

Berikutan insiden pelawak, Lan Pet Pet yang dikatakan bertindak kasar terhadap seorang pengawal keselamatan minggu lalu, akhirnya anggota Senario itu didenda RM2,000 atas perbuatannya itu.

Lan atau nama lengkapnya, Mazlan Ahmad mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pada Isnin atas tuduhan memukul dan menendang pengawal keselamatan warga emas dalam kejadian pada 6 April lalu.

Memetik laporan mStar Online, Majistret Seremban menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 terhadap Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad yang berusia 49 tahun.

Sementara itu, kes berkenaan telah disebut di hadapan Majistret, Mayon Yusof manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mas Syafiqah Mahroob.

Terdahulu, suspek dipercayai telah menumbuk muka pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Yahya Manap, 70 tahun di taman perumahan Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan.

Malah, rakaman video menerusi kamera litar tertutup (CCTV) pondok pengawal serta rakaman amatur berhubung kejadian tersebut turut viral di media sosial.

Foto: Instagram Lan Pet Pet/ Sumber: mStar Online

Published by
MH