Pelakon, Datin Lisa Surihani ada menitipkan ucapan bersempena dengan hari lahir rakan artis, Beto Kusyairy yang ke-40 tahun.
Dalam ucapan tersebut, Lisa turut dilihat mengenang kembali momen-momen sewaktu mereka bergandingan menerusi filem ikonik, Istanbul Aku Datang.
“Happy Birthday Harris. Kalau tidak kerana kawan Ijoy rumah Jalur Gemilang tu, tak mungkin saya boleh dapatkan Maggi Asam Laksa di sana.
“Nasib baik. Sebab lepas tu, baru awak lembut hati. Tp insiden kucing tu , saya masih merajuk lagi. Xoxo, D. *publish!*,” tulisnya di Instagram.
Akui terharu dengan tanda ingatan tersebut, Beto kemudiannya memaklumkan dia sebenarnya berasa sangat bertuah kerana berpeluang untuk bergandingan bersama pelakon hebat seperti Lisa.
Malah, Beto turut menyifatkan isteri kepada pelakon dan penyanyi, Datuk Yusry KRU ini merupakan individu yang paling tepat untuk menggalas watak sebagai Dian di dalam filem tersebut.
“Tapi..tapi..tapi..saya dah bawak awak round Istanbul dengan scooter. You really made me & Tisha smile with this sweet caption.
“Terima kasih kerana setuju menjadi Dian. Tiada yang paling tepat selain dirimu. Terima kasih juga untuk ucap selamatnya. Salam to Yus & Mummy,” balasnya.
Entri berkenaan nyata menarik perhatian ramai pihak selepas meraih hampir 30,000 tanda suka selain turut dihujani ratusan komen dalam masa dua jam.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian tersebut selain turut menyifat Istanbul Aku Datang sebagai filem terbaik yang pernah dilakonkan oleh Lisa dan Beto.
Selain Lisa dan Beto, filem yang berlatar belakangkan bumi Istanbul ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Tomok, Aizat Amdan dan juga Farid Ramlee.
Sumber: Instagram Datin Lisa Surihani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Semua Rakyat Malaysia Makan Dedak,”- Direman Selama Dua Hari, Ini Penjelasan Isteri Da’i Farhan, Dr. Erin
Setelah direman selama dua hari atas tuduhan menipu seorang pelanggan berhubung urusan sijil halal, isteri kepada pendakwah bebas, Da’i Nik Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi akhirnya memberi penjelasan berhubung kes yang menimpa dirinya.
Menurut Noorainul atau lebih mesra disapa Dr. Erin, segala yang menimpa dirinya ketika ini adalah ujian daripada Allah dan barulah kini dia dapat merasai nikmat kehidupan sebenar.
Katanya lagi menerusi Instagram, banyak pengalaman yang diperoleh sewaktu berada di dalam lokap lebih-lebih lagi bila bersama insan-insan disebalik tirai besi.
Penjelasan tersebut dibuat menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.
“Assalammualaikum, kepada semua yang bertanya Alhamdullilah saya okay, walaupun 2 malam dalam lokap saya berasa nikmat kehidupan yang sebenar.
“Kalau nak diikutkan mkn nasi kosong dgn ikan jacket xdak lah apa sangat.
“Pengalaman Allah nak tunjuk UJian kita ni kecik sangat nak dibandingkan dgn kawan2 kat dalam sana tu,” tulisnya.
Tambahnya lagi, tidak semua individu yang ditahan di dalam lokap tersebut bersalah selagi belum dibuktikan bersalah.
Noorainul turut menitipkan ucapan terima kasih kepada petugas yang telah menjaganya dengan baik sepanjang berada didalam tahanan.
“Yang kat dalam tu tak semuanya bersalah selagi dia tidak didapati bersalah. Sy trima semua prosedur dengan hati terbuka tiada rasa malu atau takut.
“Terima kasih kepada beberapa org yg menjaga saya semasa di dalam lokap dgn baik walaupun ada beberapa pekara yang Allah nak tunjuk pada saya kalau tak masuk dalam saya tidak tahu begitu keadaan sebenarnya.
“Undang-undang di Malaysia ni bila kita ada kuasa kita boleh buat apa sahaja. Inshaallah tiada undang2 tiada mahkamah yg dpt mendustakan kebenaran bila Allah ingin kebenaran dinampakkan.
“Saya bukan siapa-siapa tapi Allah letakkan dengan cara ini saya terima dengan redho dan Ikhlas. Apa-apa saya berserah pada nasib saya. Terima kasih kepada semua yg mendoakan saya, saya tahu tak semua rakyat Malaysia makan dedak,” tambahnya lagi.
Awal minggu lalu, Noorainul telah ditahan oleh pihak polis di pejabatnya di Desa Melawati, Kuala Lumpur.
Noorainul didakwa memperdayakan mangsa dengan menjanjikan untuk menguruskan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu.
Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dengan sebat serta denda.
Majistret kemudian memerintahkan tertuduh membayar jaminan sebanyak RM4,000 dan menetapkan 3 April ini untuk serahan dokumen.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Menganggu Jemaah Lain Untuk Fokus Ke?” – Bawa Anak Kecil Ke Masjid, Netizen Persoal Tindakan Ainan Tasneem, Motif?
Comel sungguh melihat keletah si cilik ini yang asyik bergolek dan merangkak ke sana sini sewaktu sesi ceramah sedang di jalankan di sebuah masjid.
Ainan Tasneem hanya merakam gelagat anak yang sudah jauh terlepas ke tengah masjid dan berharap agar didikan yang dibiasakan daripada kecil ini akan sebati dalam dirinya.
“Tengokla anak solehah ni. Ustaz tengah bagi kuliah kat depan rileks je dia buat macam2 aksi kat situ. Patutnya focus! Amek nota! Haha ? Adoii. Ummi sabar je la tengok dia. Penat tahan gelak kat belakang ni ? Semoga Salsabiela membesar dengan selalu menghabiskan masanya dalam majlis2 ilmu. Aamiin.
“Jom kita semua hadir dalam majlis ilmu sama ada di masjid, surau atau sebagainya kerana orang yang menghadiri majlis ilmu ini akan memperoleh banyak kelebihan yang disediakan oleh Allah.
Antara kelebihan orang yang datang ke majlis ilmu sebagaimana yang termaktub dalam kitab Ihya’ ‘Ulumiddin adalah :
–
Dipermudahkan jalan ke syurga. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang menempuhi satu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkannya jalan ke syurga.” (HR Muslim)
“Dimuliakan oleh para malaikat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Dan sesungguhnya malaikat merendahkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang dilakukannya.” (HR Tirmizi)
“Lebih baik daripada melakukan solat sunat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Demi sesungguhnya, perginya kamu mempelajari satu bab daripada ilmu itu lebih baik daripada kamu sembahyang sunat 100 rakaat.” (HR Ibnu Majah)
“Semua makhluk memohon keampunan baginya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Orang yang mempunyai ilmu itu tiap-tiap sesuatu meminta keampunan untuknya sehingga ikan dalam laut.” (HR Abu Ya’la bersanad sahih).”
“Subhanallah betapa besarnya nikmat kurnian Allah kepada orang yang menghadirkan diri ke majlis ilmu. Hadir saja ke majlis ilmu Allah anugerahkan kepadanya jalan ke syurga. Selain itu, daripada hadis-hadis lain dikatakan para malaikat ini sebenarnya sentiasa memohonkan doa supaya kita yang berada dalam majlis ini diampunkan dosa-dosa kita. Semoga kita semua diberi taufik dan hidayah oleh Allah untuk menjadi hambanya yang sentiasa dahagakan ilmu dan diberi kefahaman dalam Agama. Aamin,” tulisnya panjang lebar di laman Instagram.
View this post on InstagramA post shared by A I N A N T A S N E E M (@ainantasneem92) on
Namun, ada pula cakap-cakap yang kurang sedap didengar datang daripada mulut netizen. Ulas mereka, risau jika kelakuan si comel ini mengganggu jemaah yang lain untuk fokus.
Kurang senang dengan pertanyaan itu, penyanyi 150 juta ini menegaskan bahawa tindakan anaknya tidak menggangu Jemaah lain. Malah, dia dan suami akan solat bergilir-gilir agar masing-masing dapat kusyuk melaksanakan perintah Allah.
“Eh ada jemaah yg akan rasa terganggu ke kalau nampak budak kehulu kehilir camtu? Sebab rasanya dia tak kacau orang. Kalau dia start nangis sampai mganggu org skeliling sy atau suami mmg akan bawak dia keluar n tenangkan dia supaya tk kacau jemaah. Kalau dia dok rileks2 cmtu tak kacau orang rasanya tak jadi masalah kot ? memang ikut nasib sbab anak kecik ni susah nak jaga. Ada wktu dia meragam ada wktu dia okay. Kita sbagai parents ni la kena pantau dorang selalu. Kami pon solat bergilir, supaya dia tak mganggu jemaah lain. InshaaAllah kalau niat kita tu betul, Allah akan permudahkan.”
Netizen rata-rata menyokong dengan tindakan Ainan mendidik anak kecil ke masjid kerana didikan bermula daripada rebungnya.
Foto – Instagram Ainan Tasneem
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Agak Takut Bila Ada Babak Dikafankan,” – Terbayang Wajah Kematian, Farhan Asri Cerita Jadi Jenazah
Pelakon Farhan Asrii ada berkongsi pengalamannya sewaktu melakonkan babak sedang dikafankan dalam drama terbaru terbitan A. Aida Productions, Menantu Tok Sintok.
Sedang rancak menjalani penggambaran, babak berkenaan sememangnya agak mencabar kemampuannya. Malah, bintang ini turut insafi diri.
“Bismillah.. Allahuakhbar..Salam jumaat semua. Kematian bukan satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh kita semua. Namun mati itu pasti dan ia kekal menjadi rahsia Allah.
“Beginilah agaknya rupa wajah terakhir saya sebelum ke negara abadi. Perasaan sedih, tergamam, gemuruh, takut, gementar dan macam-macam lagi bermain di fikiran masa penggambaran drama Menantu Tok Sintok.
“Agak takut jugalah bila ada babak dikafankan. Watak Badrol yang saya bawakan ini benar-benar memberi iktibar dan keinsafan. Gila tak insaf bila tengok diri sendiri dikafankan,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan naib juara Hero Remaja 2017/2018 menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Farhan turut mendedahkan dirinya banyak menimba pengalaman baru sewaktu menjayakan drama ini terutamanya mengenai soal pengurusan jenazah.
“Jujur cakap saya belajar banyak benda dalam drama ini seperti mandikan jenazah, kafankan jenazah mahupun gali kubur.
“Saya bersyukur Allah bagi saya rezeki ini. Sedikit sebanyak Dia jentik hati saya supaya tak terus leka. Saya juga timba satu pengalaman baru yang tak pernah saya bayangkan dan tak mudah untuk dilakukan sebab pikul tanggungjawab berat kali ini.
“Eh! emosi pulak hari ini. Sebenarnya just nak share ini salah satu babak yang perlu saya bawakan dalam drama Menantu Tok Sintok siaran Salam Hd tak lama lagi,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Farhan turut menitipkan ucapan terima kasih kepada penerbit, Datuk A. Aida yang memberinya peluang selain turut mempercayai bakat yang dimilikinya.
“Doakan semoga perjalanan karier saya dipermudahkan dan mendapat kepercayaan ramai.
“Terima kasih kepada penerbit Datuk @a_aidaproduction sebab beri kepercayaan dan tidak dilupakan pengarah hebat Lizam Togel (Ujang) sebab selalu mencabar saya jadi lebih baik serta krew produksi yang sporting dan terbaik,” akhirnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh selain turut mendoakan moga Farhan terus sukses pada masa akan datang.
Terdahulu, difahamkan drama, Menantu Tok Sintok ini bakal ditayangkan di saluran Salam HD, Unifi TV tidak lama lagi.
Sumber: Instagram Farhan Asri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI