Pelakon, Datin Lisa Surihani ada menitipkan ucapan bersempena dengan hari lahir rakan artis, Beto Kusyairy yang ke-40 tahun.
Dalam ucapan tersebut, Lisa turut dilihat mengenang kembali momen-momen sewaktu mereka bergandingan menerusi filem ikonik, Istanbul Aku Datang.
“Happy Birthday Harris. Kalau tidak kerana kawan Ijoy rumah Jalur Gemilang tu, tak mungkin saya boleh dapatkan Maggi Asam Laksa di sana.
“Nasib baik. Sebab lepas tu, baru awak lembut hati. Tp insiden kucing tu , saya masih merajuk lagi. Xoxo, D. *publish!*,” tulisnya di Instagram.
Akui terharu dengan tanda ingatan tersebut, Beto kemudiannya memaklumkan dia sebenarnya berasa sangat bertuah kerana berpeluang untuk bergandingan bersama pelakon hebat seperti Lisa.
Malah, Beto turut menyifatkan isteri kepada pelakon dan penyanyi, Datuk Yusry KRU ini merupakan individu yang paling tepat untuk menggalas watak sebagai Dian di dalam filem tersebut.
“Tapi..tapi..tapi..saya dah bawak awak round Istanbul dengan scooter. You really made me & Tisha smile with this sweet caption.
“Terima kasih kerana setuju menjadi Dian. Tiada yang paling tepat selain dirimu. Terima kasih juga untuk ucap selamatnya. Salam to Yus & Mummy,” balasnya.
Entri berkenaan nyata menarik perhatian ramai pihak selepas meraih hampir 30,000 tanda suka selain turut dihujani ratusan komen dalam masa dua jam.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian tersebut selain turut menyifat Istanbul Aku Datang sebagai filem terbaik yang pernah dilakonkan oleh Lisa dan Beto.
Selain Lisa dan Beto, filem yang berlatar belakangkan bumi Istanbul ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Tomok, Aizat Amdan dan juga Farid Ramlee.
Sumber: Instagram Datin Lisa Surihani