
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan pihaknya akan mendapatkan surat perintah mahkamah sementara pada Isnin ini bagi menghalang pelakon Hafidz Roshdi daripada mendekati isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri sementara siasatan berhubung kes menumbuk mangsa selesai dijalankan.
Menurut Hussein, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan terdahulu pihaknya sudah menahan aktor berkenaan pada kira-kira jam 12 tengah hari Sabtu ketika Hafidz hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Selangor.
Hafidz bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis sebaik keterangannya diambil pada hari sama.
“Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan mangsa, dua saksi dan suspek.
“Ada kemungkinan polis akan memanggil semula mangsa untuk diambil keterangan lanjut hari ini (Ahad),” katanya.

Pada 2 Mac lalu, Hafidz didakwa menumbuk wajah Shuhada sebanyak tiga kali selepas berlaku pertengkaran di antara mereka.
Susulan insiden itu, Shuhada terpaksa menerima 10 jahitan dan menyebabkan wajahnya mengalami parut kekal.
Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Isteri Tidak Dibenarkan Bersalin Dalam Bilik Bersalin….,” – Tahniah! Josiah Hogan Timang Anak Perempuan

Tahniah diucapkan buat Josiah Hogan dan isteri, NurulHidayu Mohamed Nordin yang telah selamat menimang cahaya mata keempat mereka pada Selasa.
Bayi perempuan itu dilahirkan dengan berat 2.6 kilogram, kira-kira jam 1.37 pagi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.
Memetik Harian Metro, pelakon dan model berusia 34 tahun itu menzahirkan rasa syukur memandangkan kelahiran dipermudahkan.
Dia bagaimana pun tidak menafikan wujud rasa sedikit bimbang apabila isterinya mengalami kesakitan yang lebih untuk proses kelahiran kali ini.
“Kelahiran kali ini sedikit berbeza disebabkan isteri tidak dibenarkan bersalin dalam bilik bersalin. Ini disebabkan untuk mengelakkan daripada risiko jangkitan Covid-19.
“Saya juga agak risau memandangkan isteri mengalami kesakitan yang lebih sedikit berbanding bersalin sebelum ini. Jadi, hari-hari saya pantau keadaan dia untuk melihat perkembangannya,” katanya seperti yang dipetik.
Pelakon Degup Cinta itu berkata, buat masa ini mereka belum memutuskan nama untuk bayi perempuan terbabit.
“Isteri saya baru dibenarkan keluar dari hospital. Kami masih dalam perbincangan untuk memberi nama kepada ahli baru dalam keluarga kami ini,” kata pelakon Mimpi Sabrina ini lagi.
Terdahulu, berita gembira tersebut turut dikongsikan bintang berkenaan menerusi posting terkininya di Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Josiah Hogan (@josiahhogan) on
Josiah dan NurulHidayu mendirikan rumah tangga pada Mei 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ireleen Padilla Hogan, 6, dan Irsa Padilla Hogan, 4.
Ia perkahwinan kedua pelakon terbabit. Menerusi perkahwinan pertamanya, dia dikurniakan anak lelaki iaitu Irvine Padilla Hogan yang kini berusia 14 tahun.
Sumber/Foto: Harian Metro/Instagram Josiah Hogan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah Macam Orang Gila Tahan Sakit,”- Instafamous Asyalliee Selamat Bersalin Anak Kedua, Kongsi Pengalaman

Instafamous, Asyalliee telah selamat melahirkan bayi keduanya Selasa lalu jam 11.30 pagi seberat 3.31 kg.
Berita gembira itu dikongsikan Asya sendiri di Intagram miliknya.
“Alhamdullilah syukur kepada Allah swt atas kurniaan ini ♥ Semuanya berjalan dengan lancar since asya dah ada experience sebelum ni . My ROSÉ.. #BabySHA#Normaldelivery #Roséitshernickname#26march2019,” tulisnya.
Dalam masa sama, Asya yang juga dikenali dengan gelaran ‘macam cantik je, amcam comel je’ itu juga turut berkongsi pengalaman melahirkan cahaya mata keduanya itu. ”
“Pengalaman bersalinkan baby rose Alhamdullilah semua dengan izin Allah swt .. Syukur alhamdullilah
“25 march 19
Mommy dah start rasa contraction dari rumah lagi cuma tak kuat sangat . Pukul 1pm sampai hospital check in wad semua , dalam pukul 4:30pm doktor datang check bukaan dah 3CM (Tak sangka teknik mindset menjadi)
“Then bergelak ketawa la mommy daddy and kawan2 dalam wad tu sambil mommy berjalan keliling hospital lepastu mencangkung then buat posisi bersujud semua sambil mindset bila masuk labour room dah 8CM . Sambil duk gelak ketawa dengan daddy duk rasa contraction juga kuat sikit dari yang sebelum tapi tak kuat mana lepastu nurse gtau yang lepas subuh kena masuk labour room dah..
“26 march 19
Dah masuk labour room pukul 7am , doktor check bukaan dah 8CM (lagi sekali tak sangka teknik mindset menjadi) dan bermula la contraction kuat datang melanda diriku ini . Memula boleh kawal lagi sambil berzikir lailahaila anta subhanaka inni kutum minaz zolimin..
“Pastu contraction makin kuat (dah jadi macam orang gila dah masa tu tahan dia punya sakit) then sister check bukaan dah 9CM . So nak kawal diri tak dapat dah , sister bacakan surah sambil usap belakang badan (mommy mcm org tak betul dah masatu)
“Duk tahan punya tahan mommy nak meneran dah, sister check 10CM then meneran la mommy selama 5minit then keluarlah Cinta hati mommy rose pada pukul 11:31am ♥ Alhamdullilah rose bersalin tepat pada 39weeks dalam kandungan..
“Okay daddy kita cuti dulu ye , kita dah dapat sepasang cahaya pertama hati kita sekarang ni . Kita rehat rehat dulu yee hehehe,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Siti Syasya Rosaelmi, 21 (@asyalliee) on
Untuk rekod, Asya berkahwin dengan Eboy Arbaain pada Februari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Haider Mikhail.
Foto : IG Asyalliee
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gandingkan Chew Kin Wah & Susan Lankaster, Tunku Mona Riza Sahut Cabaran Arahkan Filem Rain Town

Pengarah Tunku Mona Riza kini mengarahkan filem kedua, Rain Town dengan menampilkan gandingan Chew Kin Wah yang memegang watak sebagai Chew dan Susan Lankaster (Ai Lin) sebagai tunjang utamanya.
Berani menyahut cabaran untuk mengarahkan naskhah berbahasa Kantonis, Mona optimis mahu memberikan yang terbaik terhadap filem yang menjalani penggambaran di Taiping, Perak, itu.
“Taiping mendapat nama jolokan Rain Town kerana ia merupakan kawasan paling banyak menerima hujan di Malaysia.
“Watak utama dibawa oleh pelakon berbakat besar, Chew Kin Wah yang memegang karakter Chew, seorang pesara yang terlibat dalam pertaruhan hujan (rain betting).
“Chew tinggal bersama bersama isteri, Ai Lin (Susan Lankester) dan tiga orang anak iaitu Isaac (Fabian Loo), Alex (Wilson Lee) dan Ruby (Pauline Tan).
“Pada awalnya, mesti penonton akan rasakan filem ini bercerita mengenai ‘pertaruhan hujan’ yang pernah wujud di Taiping. Namun ia hanyalah kisah permulaan sahaja kerana Rain Town mengangkat kisah keluarga.
“Chew seorang bapa yang suka campur tangan kehidupan anak-anak dan membuatkan urusan keluarga mereka huru-hara. Saya percaya, banyak keluarga lain turut berhadapan dengan ibu bapa yang suka mengatur kehidupan anak-anak mereka.
“Saya ingin menerapkan mesej ibu bapa juga harus mengambil tahu apa yang dimahukan oleh anak-anak mereka dan tidak terlalu berkeras menentukan pilihan sendiri dan tidak mengendahkan permintaan anak,” katanya.
Mona turut menjelaskan, Rain Town ialah filem kedua yang diarahkan selepas lebih enam tahun.
“Kali terakhir saya menjalani penggambaran filem adalah pada tahun 2015 menerusi Redha. Redha menjengah pawagam pada 2016 dan akhirnya tahun ini saya kembali ke set dengan filem Rain Town.
“Insya-Allah filem ini bakal ditayangkan tahun hadapan. Sejujurnya, saya tak boleh beri apa-apa harapan untuk buah tangan kedua ini. Saya sendiri tak tahu bagaimana penerimaan Rain Town kelak, adakah ia akan pergi jauh.
“Atau adakah filem ini akan meraih mana-mana trofi, adakah naskhah ini akan mendapat pengiktirafan dan sebagainya.
“Buat masa ini, saya hanya mahu buat yang terbaik dan mahu memberikan sepenuh fokus menyiapkan karya ini. Segalanya saya serahkan kepada Allah,” katanya lagi.
Mona sebelum ini pernah merangkul trofi Pengarah Harapan Terbaik menerusi naskhah Redha di Festival Filem Malaysia ke-29 pada 2017.
Redha yang menceritakan mengenai pengalaman pasangan suami isteri dalam membesarkan anak yang menghidap autism dipilih sebagai penyertaan Malaysia untuk Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-89 tetapi ia tidak dicalonkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI