Sambungan coretan perjalanan penulis ke Tokyo atas tugasan pada penguhujung Oktober lalu dirangkumkan dalam penceritaan kali ini pula. Masih terasa adrenalin masyarakatnya yang sentiasa bergerak pantas dalam aktiviti seharian.
Ditambah pula dengan persekitaran dan udara yang nyaman, Tokyo umpama syurga bagi pelancong yang mahukan pengalaman menarik dengan pelbagai aktiviti namun masih kekal membumi dengan serlahan budaya yang jelas.
Di sebalik memenuhi tuntutan tugasan rasmi, masa senggang dimanfaatkan sepenuhnya untuk meneroka kota metropolitan itu. Perjalanan penulis menelusuri jalan-jalan besar serta kecil yang menghubungkan satu tempat ke tempat yang lain, perkara yang menangkap mata semestinya tahap kebersihan kota tersebut.
Amalan Bersih & Berhemah
Biarpun di kawasan yang jauh dari jalan utama, kebersihan persekitaran kekal terpelihara Bayangkan laluan air longkang cukup jernih bahkan tiada longgokan sampah mahupun puntung rokok yang dibuang merata-rata yang mampu mencacatkan pemandangan.
Apa yang penulis perhatikan, tong sampah bukanlah ada di segenap sudut, bahkan mencari satu tong sampah pun cukup sukar. Tetapi apa yang dilakukan oleh masyarakat di sana ialah mereka menyimpan sampah di dalam beg mahupun poket sendiri! Kemudian barulah dibuang di rumah untuk dikitar semula (jika sisa tersebut boleh dikitar semula).
Amalan berhemah ini nampaknya bukan sahaja berjaya menjadikan Jepun bersih bahkan inisiatif ini berkembang kepada inisiatif lain pula demi kelestarian alam. Selain isu pembuangan sampah terbuka, kerajaan Jepun kini mengenakan peraturan ketat bagi perokok, tiada lagi budaya merokok secara terbuka di lokasi awam dibenarkan.
Menurut laporan, kesedaran tentang budaya bebas asap ini bermula menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020. Ketika itu kerajaan telah mewartakan bahawa dilarang merokok sepenuhnya di dalam kafe mahupun restoran, sebaliknya mereka perlu merokok di seksyen tertentu yang ditetapkan.
Kempen kesedaran awam tentang bahaya asap rokok, terutama terhadap perokok pasif, dijalankan melalui poster, video, dan papan tanda di tempat awam. Pendekatan Kerajaan Jepun lebih kepada mendidik rakyat tentang norma sosial berbanding penguatkuasaan undang-undang secara keras.
Usaha yang dijalankan ini jelas menampakkan penurunan perokok yang ketara. Menurut sumber, dianggarkan terdapat 18.6 juta pengguna produk tembakau di Jepun dan permintaan untuk rokok berkurangan sebanyak 56% daripada 82.1 pek per kapita pada 2010 kepada 36.2 pek per kapita pada 2022.
Jepun Cipta Kejayaan
Di Jepun, penggunaan peranti bebas asap meningkat dengan ketara yang mana perokok tradisional mula menjadikan peranti tersebut sebagai pilihan. Teknologi pemanasan tanpa pembakaran ini bukan sahaja lebih bersih bahkan tidak meninggalkan bau kurang menyenangkan.
Sempena IQOS Together X Sensorium yang berlangsung di Jepun baru-baru ini, penulis berkesempatan berbicara bersama Vassilis Gkatzelis yang merupakan Presiden, Asia Timur, Australia & Rantau Bebas Cukai Philip Morris International mengenai penggunaan peranti bebas asap seperti produk tembakau yang dipanaskan.
“Biar saya mula dengan fundamental, perkara terbaik untuk setiap orang dewasa adalah untuk tidak memulakan dan berhenti menggunakan tembakau dan produk mengandungai nikotin bersama. Semestinya, mereka yang berada di bawah umur tidak seharusnya mendapat akses untuk menggunakan produk berasaskan tembakau dan nikotin.
“Kami lihat ada peluang untuk memacu penurunan jumlah perokok seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali menerusi alternatif peranti bebas asap,” ujarnya saat ditanya berkenaan isu tersebut.
Menurut Vasilis lagi, kejayaan penurunan perokok menerusi penggunaan peranti alternatif nyata berjaya seperti di Jepun yang menyaksikan penurunan 10 peratus dalam kalangan perokok dewasa dan di benua Eropah pula turut mencipta trend penurunan yang sama.
Kesimpulannya, dalam usaha mencipta persekitaran yang lebih menyamankan perlu usaha secara kolektif dan kesedaran daripada semua pihak untuk mencapai sebuah negara bebas asap. Kita bukan sahaja dapat mencipta persekitaran yang lebih nyaman, malah mampu mewariskan kehidupan yang lebih berkualiti dan sihat kepada generasi akan datang.
Perubahan bermula dengan tindakan kecil tetapi berterusan. Secara bersama, kita mampu merealisasikan persekitaran yang lebih hijau dan sejahtera untuk masa depan yang lebih baik.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI