Tahniah diucapkan buat personaliti media sosial, Aiman Rahman yang telah pun selamat bergelar suami kepada pasangannya, Afiera Agoes pada Ahad.
Sama cantik sama padan mengenakan persalinan sedondon putih, majlis ijabkabul Aiman dan Afiera dilakukan secara sederhana berikutan situasi semasa.
“Terima kasih kepada yang tidak putus memberikan doa, sekejap lagi majlis (akad nikah) akan berlangsung bermula jam 10.30 pagi hingga 11.00 insyaAllah.
“Mudah-mudahan Aiman ingin kalian mendoakan yang terbaik,” kata Aiman yang juga finalis Hero Remaja 2017 menerusi video di Insta Stories.
Sementara itu isterinya turut berkongsi momen indah mereka berdua saat bergelar raja sehari sambil menyifatkan suaminya sebagai lelaki yang cukup penyabar.
“Alhamdulilah, semalam i selamat jadi bini orang dah. Pada usia 29 tahun i jumpa jodoh i. Like finally! Kawan-kawan yang rapat pun tak sangka.
“Setahun kenal dengan suami, terlalu banyak dugaan yang datang. Insyaallah one day kalau i boleh kongsikan, i akan ya. Terlalu berat dugaan semua untuk hubungan i.
“Tapi i bersyukur sebab suami i punya kesabaran terlalu besar. Sampai sanggup ambil i sebagai isteri dia. Luar biasa. Seorang lelaki yang tabah, baik, penyayang, penyabar,” tulisnya.
Afiera yang turut dikenali di media sosial juga memohon doa yang baik-baik daripada semua.
“Fira tak minta banyak pun dari u all, just nak minta doakan untuk Fira dan pasangan ya. Tu je Fira nak. Hopefully dah kahwin ni, semua dugaan tu hilang. Kita tempuh alam yang baru ya.
“Thank u semua yang wish. Sorry tak dapat nak balas satu satu for now. Just doa kan kami,” tulisnya lagi.
Pasangan ini dinikahkan di Masjid Imam As-Syafie, Cheras, Kuala Lumpur.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI