Pengasas busana Muslimah, Belle Al-Yahya sangat sinonim dengan wanita yang tinggi budi bahasa dan memiliki personaliti yang menarik.
Dikurniakan dua orang cahaya mata, Ammara dan Umar, Bella juga merupakan seorang isteri dan ibu penyayang dalam memikul tanggungjawabnya itu.
Belle atau nama sebenarnya Sharifah Nabilla Al-Yahya Syed Shah ada berkongsi postingnya di Instagram yang menjelaskan maksud sebenar nama anaknnya, Umar Khalif.
“Kenapa Umar Khalif?
Sebab masa umi and daddy dapat tau jantina baby boy l, time tu tgh baca kisah sahabat Rasullah, Umar Al-Khatab.
Beliau merupakan seorg khalifah Islam kedua seleps kewafatan Saidina Abu Bakar. Apabila mendengar namanya, pasti anda akan teringat sifatnya yang sangat berani,tegas,adil dan bertanggungjawb.
Selain terkenal dgn sifat tersebut,beliau juga memiliki sifat yg sangat lemah lembut dan kasug sayang terhadap rakyatnya.
Tiada apa yg lebih senang bg Umar drpd melihat rakyatnya cukup utk keperluan. Setiap peminpin yg baik akan menerajui msyrkt dgn bajk dan msyrkt yg baik akan melahirkan pemimpin yg baik
Manakala masyarakat yg buruk akan melahirkan pemimpin yg kurg dr segala segu dan mereka akan memilih peminpin mereka berdasarkan nafsu dan kepentingan diri sendri,” jelasnya panjang lebar.
Susulan itu, netizen turut bersetuju dengan perkongsian wanita berdarah campuran Arab itu.
Untuk rekod, Belle telah berkahwin dengan Khalif Shamsudin atau lebih dikenali dengan panggilan Carl Samsudin pada Januari 2013.
Mereka dikurniakan dua pasang cahaya mata,Ammara, 2 tahun 10 bulan dan Umar Khalif, 6 bulan.
Foto: Instagram Belle Al-Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI