Some of them are not even interested to act. My time, we had to go for auditions. Our passion is to really become an actor. We studied performing arts to get into the industry. The effort we put in is nothing like how it is now.
“Instagram famous banyak jadi pelakon. Tv semakin no budget because of covid is it?,” tulisnya ringkas.
Persoalan tersebut disuarakan ibu kepada seorang anak itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram pada Rabu.
Ads
Sementara itu, Izara turut mempersoal adakah pihak stesen televisyen semakin kekurangan bajet ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda negara sejak setahun lalu.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan pandangan yang sama selain turut memberikan reaksi terhadap cara lakonan yang dipamerkan oleh sesetengah personaliti media sosial.
“Tak perlu pegi ujibakat apa semua. Asal ada rupa blh jln. Bakat kadang letak tepi,” luah seorang warga maya.
Ads
“Rugi masuk kelas teater, masuk belajar berlakon sana sini. Jadi tweet pemes auto approve sis OMG KAUUUUU!,” tulis seorang warna maya yang meluahkan kegusaran.
“Harap pihak produksi ni amik la pelakon2 yang memang betul-betul berbakat bukan sebab dia instafemes je. We need quality,” luah seorang individu.
Malah, para peminat juga turut meluahkan rasa rindu untuk melihat Izara kembali berlakon di depan kaca televisyen.
Ads
“We want you back Icaaa, please berlakon balik,” tulis seorang individu.
“Queen woke up and choose fact. Btw, queen I love you so much in Vanilla Coklat,” jelas peminat yang meluahkan rasa rindu.
“Kesian artis yang sedia ada masih cantik, pandai memainkan watak menghayati watak,” kongsi seorang warga maya.
Izara Aishah memulakan kerjaya seninya lebih 10 tahun lalu selepas menyertai program Pencarian Dewi Remaja sezaman Neelofa.
Sumber: Twitter & Instagram Izara Aishah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Drama Band mengakui lagu baharu mereka yang berjudul FYP dihasilkan khusus bagi menegur segelintir golongan penunggang agama dan penipu yang sanggup mengejar populariti demi ‘For You Page’ (FYP) di media sosial.
Vokalisnya kumpulan berkenaan yang juga komposer, Aepul Roza berkata, teguran secara berkias itu adalah wajar dan dia juga geram apabila maruah agama yang tinggi darjatnya dicemari dengan perkara yang tidak baik.
“Siapa makan cili, dia rasa pedas. Itulah tujuan kami (Drama Band) untuk hadir menegur dalam lagu, sekali gus mesejnya dapat sampai menerusi lirik ditulis dan muzik video dipaparkan secara terus kepada masyarakat.
“Kami tidak menyebut nama sesiapa pun, tetapi isu sosial sebegini memang wujud dalam kehidupan nyata masyarakat sekarang yang begitu terdedah dengan media sosial,” katanya.
Aepul berkata demikian di samping anggota kumpulan yang lain ditemui pada Majlis Sidang Media FYP Drama Band di Rusa Cafe, Puchong, baru-baru ini.
Aepul atau nama sebenarnya, Noor Syaiful Muhd Zalaludin menambah, terdapat beberapa watak yang ingin difokuskan di dalam penghasilan muzik video FYP.
“Ada banyak golongan ‘pemain’ untuk FYP di media sosial sebenarnya, tetapi yang kita mahu fokuskan untuk muzik video lagu ini adalah watak penunggang agama dan juga penipu.
“Sekarang ramai sangat orang kejar populariti daripada FYP. Mereka sanggup gunakan apa saja cara, tak kisahlah ‘kotor’ sekalipun asalkan dapat FYP di media sosial seperti TikTok,” katanya lagi.
Lebih sebulan dilancarkan, muzik video FYP sudah mencatat hampir 400,000 tontonan di YouTube.
Selain Aepul, Drama Band dianggotai oleh Daus sebagai pemain gitar bass, Faeez Ikhwan (dram) Padel (gitar) Adib (gitar) dan Ome (keyboard).
FYP hasil ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Aepul juga menjadi antara lagu dimuatkan dalam album sulung Drama Band berjudul Drama.
Ia mempunyai 21 lagu, termasuk yang dijual secara cakera padat (CD) sebanyak 3,000 unit selain di pelantar digital.
Lebih istimewa, Drama Band juga membuat pengumuman penganjuran Konsert The Hardest Malam Drama yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 5 Oktober depan dengan harga tiket antara RM79 hingga RM179.
Menerusi hantaran terkini di akaun Instagram Drama Band, pihaknya melakukan promosi potongan sebanyak 30 peratus bagi kesemua kategori tempat duduk tiket sehingga hari ini.
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mengakui rasa gementar untuk melahirkan anak keduanya yang bakal dilahir pada Januari depan.
Kongsi Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri Wan Rashid dia berasa bimbang jika tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada anak pertamanya, Raden Muhammad Rafael selepas melahirkan anak keduanya itu nanti.
Pada masa sama, Mawar turut meminta peminat untuk berkongsi jika pernah mengalami pengalaman yang sama sepertinya.
“Morning Mawar actually quite nervous nak ada 2nd baby.. bukan sbb nervous nak lahirkan.
“Nervous sbb Rafael masih kecil kan, tak tau macam mana kalau baby nangis nk mommy dia, pastu rafael pon nangis nak mommy dia.
“By the time adik rafael keluar dari perut mommy, rafael umur 1 tahun 11 bulan.
“Boleh tak anyone yg age gap anak sama macam anak2 mawar ni share pengalaman you all? @radenrafaelraf,” tulisnya.
Terdahulu, Mawar dan suaminya telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael, setahun.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon cantik, Raja Ilya dilihat sekali lagi naik pelamin bersama suaminya, Trent Garrett. Malah, keduanya turut diraikan dalam satu majlis resepsi khas di Singapura bersempena dengan satu program jualan di sana.
Berkongsi beberapa keping foto indah sekitar majlis, bintang tinggi lampai berusia 34 tahun itu turut menulis kapsyen romantik buat tatapan peminatnya.
“Kami kahwin lagi kali ni dekat Singapore pulak. Nak kahwin setiap Tahun semua negeri laa. Location : Singapore Expo Hall 6 Booth L2,” tulisnya menerusi salah satu foto yang dikongsi.
Terdahulu, pasangan ini turut menganjurkan majlis resepsi yang turut dihadiri rakan media di Magika Grand Hall, Star Avenue, Lifestyles Mall, Subang 19 September tahun lalu.
Raja Ilya dan suami berkahwin di Perth, Australia dan ia dilangsungkan secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat pada 23 Disember 2018.