Usahawan Sajat sering berkongsi gambar dan video di akaun Instagramnya.
Bagaimanapun, difahamkan media sosial usahawan itu telah ‘dinyahaktifkan’ dan kini tiada lagi jutaan pengikut Sajat atau nama akaunnya nursajat23.
Dalam pada itu, ada pihak yang turut mengambil kesempatan membuat akaun palsu (fake account) dengan menggunakan nama dan gambar usahawan itu.
Lantas, akaun palsu itu telah memberi komen berbentuk emoji hati terhadap video yang dimuat naik Coach Yin.
View this post on InstagramA post shared by Coachyin (@coach_yin) on
Tidak hanya berdiam diri, Coach Yin turut membalas komen berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Sajat sedang mengikuti kursus pengajian dandanan rambut di Labenon dan beberapa hari lalu, Coach Yin turut terbang ke sana bagi bertemu penyanyi Makhluk Penggoda itu.
Video: IG Coach Yin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Neelofa & PU Riz, “Semoga Hanya Yang Terbaik Sahaja Untukmu Adiku,” – Noor Nabila
Kakak kepada usahawan dan hos, Neelofa iaitu Noor Nabila mendoakan yang terbaik untuk kehidupan adiknya itu yang bakal melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya, tidak lama lagi.
Difahamkan, pertemuan di antara keluarga Neelofa dan PU Riz diadakan semalam sekaligus seolah-olah membayangkan figura terkenal itu sudah dirisik.
“Semoga hanya yang terbaik sahaja untukmu adikku ” tulis Nabila di Instagram.
Lantas, pekongsian tersebut mendapat perhatian peminat hingga meraih lebih 145,000 tanda suka beserta ribuan komen.
Rata-ratanya turut menitipkan ucapan tahniah selain mendoakan yang terbaik buat keluarga ini.
Foto: Instagram Noor Nabila
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Iman Troye Jelaskan Video ‘Day 1 Kena Tinggal Sis’ Bukan Gimik, Kini Tangguh Pengajian Sebab Nak Fokus Lagu Baru
Penyanyi Iman Troye menjelaskan video yang dikongsikan menerusi salah satu perkongsian menerusi platform TikTok pada 1 Syawal lalu bukanlah gimik demi meraih perhatian.
Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabudin, 22, berkata dia berkongsi mengenai situasi yang mungkin boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
“Saya hanya kongsi perkara random yang dirasakan berkaitan dengan diri sendiri atau orang sekeliling. Saya juga seperti orang lain yang bercinta dan putus cinta.
“Apa yang saya kongsikan sebelum ini bukanlah gimik atau sengaja mahu tarik perhatian ramai,” katanya ketika majlis Raikan Keputusan SPM anjuran pusat tuisyen PTTI, baru-baru ini.
Untuk rekod, Iman yang juga penuntut Diploma Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ialah duta serta ikon bagi institusi pembelajaran berkenaan sejak tiga tahun lalu.
Terdahulu hantaran yang dikongsikan Iman dengan berlatar belakangkan lagu Ariana Grande berjudul We Can’t Be Friends (Wait For Your Love) dengan kapsyen ‘Day 1 kena tinggal sis’ mencuri perhatian ramai.
Berkongsi mengenai perkembangan seninya pula, Iman bakal melancarkan lagu baharu berjudul Kemboja.
“Saya membuat keputusan untuk tangguh dahulu pengajian satu semester dalam jurusan yang saya ambil sekarang demi nak fokus terhadap lagu baharu ini.
“Insya-Allah, saya akan sambung semula pengajian selepas berjaya capai yang saya mahukan tahun ini.
“Sebelum ini pun saya ambil masa untuk tampil dengan lagu baru kerana tidak mahu terlalu terburu-buru dan memandangkan kena bersaing dengan ramai artis, jadi saya lebih pendekatan untuk lebih bertenang,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, PTTI telah melancarkan insentif khas buat calon SPM 2024 berupa ganjaran wang RM500.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa Cikgu Fana berkata, insentif itu bagi meningkatkan motivasi pelajar SPM 2024 dalam mencapai keputusan cemerlang.
“Insentif ini diberikan kepada pelajar SPM 2024 yang bakal mengambil SPM tahun ini. Ini adalah inisiatif khas yang PTTI buat untuk memberi ganjaran kepada pelajar SPM 2024 untuk meningkatkan motivasi mereka agar mendapat keputusan yang berjaya dan cemerlang.
“Ganjaran daripada PTTI berupa RM500 kepada setiap pelajar kita yang mendapat ‘straight’ A dalam SPM 2024. Inisiatif ini ditaja oleh Yayasan PTTI.
“Diharapkan insentif ini lebih memotivasi dan galakan penuh kepada pelajar PTTI yang bakal menduduki SPM tahun ini. Sejujurnya, saya juga teruja apabila lebih ramai lagi pelajar kita yang mendapat keputusan cemerlang,” katanya.
Selain itu, PTTI turut melancarkan peraduan PTTI Better Results yang mana menawarkan kereta Perodua Axia.
Tambahnya, peraduan itu terbuka kepada pelajar PTTI yang mengambil SPM tahun ini dengan mengajak lebih ramai rakan mereka untuk belajar di PTTI.
“Menerusi peraduan ini kita menawarkan hadiah utama iaitu kereta Perodua Axia yang mana diberikan kepada pelajar PTTI yang mengajak kawan paling ramai untuk sama-sama belajar dan berjaya dalam SPM 2024.
“Penyertaan bagi peraduan ini kita sudah buka sejak 25 Mei lalu dan pemenang akan diumumkan pada Jun ini,” katanya lagi
Pada majlis sama, PTTI turut meraikan pelajar SPM 2023 yang baharu saja mendapat keputusan SPM mereka yang diumumkan pada 27 Mei 2024 lalu.
Dianggarkan hampir 300 pelajar PTTI yang menduduki SPM 2023 diraikan dengan keputusan masing-masing.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Macam Mengajar Tak Kena Tempat,” – Juri Bukan Dari Kalangan Orang Komedi, Khir Rahman Minta Sedar Diri & Ruang
Pelakon dan pengarah, Khir Rahman mendedahkan dirinya tidak mempunyai masalah sekiranya pihak stesen tv melantik sesiapa sahaja untuk menjadi juri bagi program pertandingan lawak meskipun tidak mempunyai pengalaman di dalam dunia komedi.
Bagaimanapun, Khir berpandangan mereka ini haruslah mempunyai sifat sedar diri dan ruang sebelum memberikan sebarang komentar.
“Yang menjadi keresahan saya bila menonton program pertandingan lawak sebelum ini, ada sesetengah jurinya yang bukan daripada dunia komedi.
“Contohnya bila pihak produksi melantik pemain bola untuk menjadi juri, hampir pastilah dia tiada pengalaman berada di atas pentas dan tak pernah belajar tentang apa itu komedi.
“Jadi, dia harus bercakap dalam kapasiti dan ruang dia sahaja. Sama ada dia terhibur atau tidak. Itu sahaja. Janganlah pula bagi tunjuk ajar untuk buat itu ini. Tak perlu. Ini bukan forte dia,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, dia juga tidak menafikan keperluan program-program lawak untuk menjemput para selebriti seperti penyanyi atau pelakon untuk menjadi juri agar penilaian itu dapat dibuat daripada sudut yang pelbagai.
“Saya tak kata ia salah. Saya sambut baik Ayda Jebat jadi juri bersama kami. Dia boleh memberikan penjurian daripada sudut lakonan, nyanyian atau persembahan pentas.
“Bagi kami mungkin tak kelakar tapi bagi dia kelakar. Masing-masing boleh bagi pandangan. Jadi, sedar ruang itu sangat penting. Kalau tidak, ia akan nampak kamu seperti mengajar tak kena tempat.
“Ayda boleh memberi pandangan daripada sudut mereka yang bukan pelawak. Setidak-tidaknya dia boleh bercakap mengenai citarasa penonton,” ujarnya lagi.
Khir berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program Awesome Raja Lawak yang berlangsung di Petaling Jaya pada Rabu.
Selain Khir, program ini juga bakal dijurikan oleh penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat serta pelawak lagenda, Saiful Apek.
Dalam pada itu, Khir turut merasakan para juri harus memberikan penilaian daripada segenap aspek agar potensi sebenar pelawak itu dapat dicungkil.
“Juri tidak boleh ada sikap yang merasakan mereka ini tidak boleh dikritik atau boleh sesuka hati memberikan keputusan hanya kerana mereka juri. Mereka bukan berkuasa penuh.
“Mereka ada tanggungjawab dan amanah untuk dilaksanakan. Juri ini bukan sekadar untuk menyingkirkan peserta, ada tugasan yang lebih penting.
“Kalau tak kelakar, kita cari potensi lainnya. Bukan main terus buang je. Mungkin peserta itu ada potensi tetapi pasangannya tidak kena.
“Ramai ingat penjurian ini dari sudut kelakar atau tidak sahaja. Kami kena bersama dengan pihak stesen tv untuk buat keputusan.
“Apapun, setiap manusia itu ada maruah. Kita boleh tegur mereka tapi bukan menghina. InsyaAllah kami akan cuba sehabis baik,” akhirinya.
Selepas hampir 9 tahun tiada penganjuran, Awesome Raja Lawak bakal bersiaran secara lansung di Studio FINAS, Hulu Kelang dan diturut disiarkan di Awesome TV pada setiap Rabu jam 9 malam mulai 7 September ini.
Seramai 14 peserta bakal bersaing bagi merebut hadiah utama berjumlah RM50,000 beserta trofi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI