Pelakon Raysha Rizrose, 26, yang sah bergelar isteri kepada usahawan dan pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri, 29 pada Rabu lalu tidak menolak rezeki zuriat.
Sebaliknya, Dewi Remaja 2015 ini percaya kepada rezeki dan berserah kepada Yang Maha Esa.
“Soal cahaya mata, baik saya dan suami tidak meletakkan ketetapan. Bagi kami perihal anak ini, insya-Allah ada rezeki ia akan datang tepat pada waktunya.
“Begitu juga dengan perancangan bulan madu. Sejujurnya, memang belum ada perancangan lagi saat ini.
“Banyak komitmen dan kerja yang saya kena selesaikan selepas kahwin. Malah sebelum majlis pun, saya terikat dengan penggambaran beberapa kempen dan projek yang tak memerlukan komitmen panjang,” katanya.
Berkongsi mengenai dunia seni, Raysha akui dia perlu lebih selektif memilih watak seiring status meski suami menyokong penuh minatnya.
Ads
Sementara itu, Nabil atau nama sebenarnya, Muhammad Nabil Jan Al Jeffri menyifatkan Raysha sebagai wanita yang banyak menyuntik semangat.
“Dia sentiasa ada ketika saya memerlukannya. Di saat berada di tahap paling bawah dan sedih, dialah yang tak pernah berpaling daripada saya.
“Kebijaksanaannya juga menambat hati saya. Dia seorang yang memahami dan matang. Malah kualiti lain yang mencuri perhatian saya ialah dirinya memang pandai membawa diri, sentiasa santun dan menghormati orang.
“Tentunya, dia sangat comel dan itu yang buat saya jatuh hati dengannya. Dia juga jujur dan ikhlas dalam setiap apa dilakukan,” katanya.
Nabil menambah, Raysha juga wanita yang memahami jadual dan tuntutan kerjanya.
Ads
“Ada ketika saya perlu berada di luar negara kerana urusan kerja, dia umpama begitu dekat dengan diri ini menyokong dari kejauhan.
“Syukur, jodoh dan cinta kami mekar serta erat hingga ke saat ini. Moga hubungan ini kekal ke jannah,” katanya lagi.
Terdahulu, pasangan ini melangsungkan pertunangan
secara tertutup pada 22 Disember, tahun lalu.
Namun, Raysha dan Nabil Jeffri hanya berkongsi dan mendedahkan cerita pertunangan mereka di media sosial pada 14 Februari lalu.
Ads
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi, dalam majlis tertutup di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Pada majlis yang dihadiri sekitar 200 orang itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,222 bersama tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.
Majlis resepsi pasangan berkenaan pula berjalan sempurna pada Ahad malam.
Pasangan popular Bollywood, Alia Bhatt, 29, dan Ranbir Kapoor, 40, selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Mumbai, India pada Khamis.
Majlis pernikahan ‘power couple’ itu hanya dihadiri kenalan rapat serta keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.
Kedua-dua mempelai kelihatan segak dan cantik menggayakan busana perkahwinan daripada pereka fesyen tersohor India, Sabyasachi.
Pernikahan yang diadakan di kediaman pasangan itu dihadiri ibu bapa Alia iaitu Mahesh Bhatt dan Soni Razdan yang merupakan pengarah dan pelakon terkenal di sana.
Bapa Ranbir, pelakon veteran Rishi Kapoor dan isterinya, Neetu Singh turut hadir memberi restu perkahwinan anak mereka.
Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran sepupu Ranbir, aktres popular Karisma dan Kareena Kapoor.
Alia menerusi laman Instagramnya berkata dia sudah tidak sabar untuk mencipta seberapa banyak memori bersama suami tercinta.
“Kami sudah tidak sabar untuk mencipta lebih banyak lagi memori bersama, memori yang penuh dengan kasih sayang, jenaka, gaduh manja dan sebagainya.
“Terima kasih untuk semua doa anda, ia menjadikan memori ini lebih indah dan istimewa,” tulis Alia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Alia Bhatt
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Video yang merakamkan aksi spontan Bunga Citra Lestari yang dilihat tak dapat menahan sebak lalu menangis ketika rakan artis, Judika menyampaikan single terkininya, Tak Mungkin Bersama di program Indonesian Idol pada Isnin menjadi perhatian peminat.
Potongan video berkenaan yang mulai dikongsikan ramai sejak malam tadi di media sosial mencetus viral dan rata-ratanya turut terkesan apabila menonton tangisan ibu kepada seorang cahaya mata itu yang baru sahaja kehilangan suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair, tempoh hari.
Difahamkan, Judika sebelum menyampaikan lagu berkenaan turut menjelaskan, ia berkisar mengenai kehilangan individu yang dicintai.
Bunga (BCL) yang menonton persembahan tersebut di kerusi juri kelihatan beberapa kali mengesat air mata hingga satu ketika dirinya dilihat tertunduk menahan tangis.
Judika juga dilihat seakan-akan sebak dengan situasi berlaku bagaimanapun tetap meneruskan nyayian.
Sementara itu, penyanyi Ari Lasso yang turut sama di kerusi juri dilihat cuba menenangkan BCL.
Terdahulu, berita pemergian Ashraf pada 18 Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung nyata mengejutkan industri hiburan di Malaysia dan Indonesia.
Ashraf atau nama sebenarnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979.
Bintang itu mengahwini penyanyi BCL pada 2008 dan dikurniakan seorang permata hati lelaki, Noah Sinclair.
Allahyarham juga merupakan abang kepada penyampai radio Mix FM dan pelakon Aishah Sinclair, 39.
Sejurus menyampaikan lagu berkenaan, Judika turut memberi ucapan serta dedikasi buat BCL.
Foto: YouTube
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!