
Pelakon dan penyanyi, Mark Adam ada meluahkan rasa sedih kerana tidak berpeluang untuk meraikan Hari Natal bersama ibu dan keluarganya pada tahun ini.
Difahamkan, Mark sudah lama tidak bertemu dengan keluarganya yang menetap di Filipina oleh kerana penularan wabak Covid-19 masih berleluasa di seluruh dunia.
Di samping mengimbau kenangan sambutan Hari Natal tahun lalu, penyanyi berusia 39 tahun ini juga berharap pandemik Covid-19 segera berakhir supaya boleh bertemu dengan keluarganya.
“Merry Christmas to my Mom and my family in Cebu, Video ni tahun lepas tahun ni tak boleh balik.
“Insyaallah akan balik bila Pendemic dah tiada, Happy holidays to everyone,” tulisnya menerusi akaun Instagram miliknya.
Untuk rekod, Mark telah dilahirkan pada 15 Oktober 1979 di Cebu, Filipina dan mendirikan rumah tangga bersama Norazah Redzuan, pada tahun 2003.
Foto: Instagram Mark Adam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kejap Macam Nak Keluar, Kejap Macam Tak Nak,” – Jihan Muse Tunjuk Foto ‘Last Checkup’, Bakal Sambut Anak Kedua

Pengacara, Jihan Muse berkongsi perkembangan terkininya yang kini sedang menanti kelahiran anak kedua.
Dijangka bakal bersalin bulan ini, hos program Gegar Vaganza ini juga turut memohon doa yang baik-baik daripada peminat.
Jihan pada masa sama turut memuat naik beberapa foto kandidnya sekeluarga di Instagram.
“Kejap macam nak keluar kejap macam tak nak. Ini kali dia main tarik tali dengan monda (bonda). Betul- betul anak nombor dua. Doakan ya,” tulisnya disusuli tanda pagar #lastcheckup dan #kujipham.
Terdahulu, Jihan menerusi MH sebelum ini turut meluahkan perasaan teruja dan bersyukur apabila kali ini dia diberikan rezeki zuriat selepas anak pertamanya Ungku Arsalan Haq sudah mencecah usia empat tahun.
Jihan, 39, mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ungku Hariz pada 20 Mac 2016.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, rakan artis dan peminat mendaoakan agar urusan Jihan sekeluarga dipermudahkan.
Sehingga kini, hantaran tersebut sudah pun menerima lebih 17,000 tanda suka kurang dua jam ia dimuat naik di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terbeli Lagi Itu Ini Untuk Anak-Anak,” – Sebagai Tanda Ingatan, Abby Abadi Tak Malu Beri Hadiah Murah

Pelakon dan usahawan, Abby Abadi ada berkongsi cerita mengenai perihal dia bersama anak-anak bersama pengikut di laman Instagram.
Sebagai seorang ibu penyayang, Abby memberitahu tidak kisah memberikan hadiah buat mereka, termasuk yang murah harganya.
“Sempat sebelum balik dari Penang semalam singgah Ikea Batu kawan utk cari barang.. terbeli lagiii itu ini utk anak2 & yg tersayang dalam rumah ni hehe.
“Takpe hadiah murah2 pun.. tanda ingatan terima kasih ye anak2, kakak2 sbb jadi hamba ALLAH yg baik.
“ps: butik online mama onz ye mcm biasa. Admin cuti, jadi admin lain ganti.. so sabar ye menanti order anda dijawab. TQ,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap penyayang Abby bersama anaknya.
Terdahulu, Abby pernah berkahwin dengan pelakon, Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Abby kemudian mendirikan rumah tangga bersama Faizal pada 14 Ogos 2015.
Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang pada tahun 2019 , namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.
Foto: Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“…Ada Apek & Harith, Kenapa Tak Letak Seorang Otai Perempuan?” – Didie Alias Nafi Dengki Dengan Anna Jobling

Pelakon dan pelawak, Didie Alias menafikan dirinya iri hati dengan keputusan pihak stesen tv yang melantik pelakon jelita, Anna Jobling sebagai salah seorang juri untuk program Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim ke-4.
Menurut Didie, dia faham kedudukan Anna di posisi berkenaan adalah untuk menaikkan nilai komersial namun, pengalaman yang dimiliki pelawak-pelawak wanita di negara ini tidak harus diketepikan.
“Saya memberikan komen daripada sudut penonton dan netizen. Ramai yang kata saya dengki tapi sebenarnya tidak. Saya faham pihak stesen tv meletakkan Anna sebagai juri untuk menaikkan nilai komersial.
“Namun, apa gunanya kami sebagai pelawak wanita? Malah, saya juga pernah dianugerahkan sebagai pelawak wanita paling popular oleh stesen tv berkenaan.
“Kenapa kami tidak pernah dipanggil untuk duduk di kerusi tersebut?,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Presiden Kampung Morten itu berkata sedemikian ketika ditemui di
majlis pengumuman malam kemuncak Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-36, baru-baru ini.
Pada masa sama, Didie turut mempersoalkan keputusan pihak penerbit yang meletakkan Anna sebagai juri tetapi hanya berperanan mewakili suara penonton.
“Mereka memaklumkan tugas Anna adalah wakil suara penonton. Kalau penonton, baik duduk rumah sahaja. Tak payah jadi juri. Namun, saya faham hal ini berkait dengan rating.
“Untuk otai lelaki, kita ada Apek dan Harith Iskander. Kenapa tak letak seorang otai perempuan? Saya nampak trend ini sejak Raja Lawak 1.
“Kalau bukan saya sekali pun, kita ada pelawak wanita seperti Sharifah Shahirah, Rosnah Mat Aris, Nur Khiriah, Jihan Muse dan Sheila Rusli. Mereka semua pelawak yang ada ilmu,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada Didie akan menerima pelawaan program berkenaan sekiranya diundang sebagai juri jemputan, ini respon pelawak berusia 52 tahun itu;
“Saya okay dan tiada masalah. Boleh sahaja nak duduk sebelah Anna pun. Saya hanya nak berkongsi ilmu. Saya juga nak jadi wakil suara untuk rakan-rakan seangkatan saya.
“Kebanyakkan mereka harus berniaga kerana kurang tawaran dalam bidang seni. Jika beri mereka peluang, setidaknya mereka ada rezeki.
“Saya tiada masalah itu kerana saya ada bisnes sendiri dan sering kali dijemput untuk menjadi hos. Jangan nanti dah terlambat baru kita nak bagi ‘Anugerah Kembara’ atau ‘Anugerah Sepanjang Zaman’,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Didie turut menasihati Anna untuk mempersiapkan mental sekiranya dikritik netizen ketika minggu pertama nanti.
“Tahap Harith Iskander sudah terlalu tinggi sehingga pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Apek pula, seperti semua tahu, dia adalah bintang paling popular.
“Kalau dia bijak untuk menyampaikan komen, dia akan nampak bagus. Namun, kalau dia tak boleh nak menyamai tahap kedua-dua juri ini, bersiap sedia dengan komen netizen,” akhirinya.
Sebelum ini, Didie ada meninggalkan komen di media sosial mempersoalkan pelantikan Anna sebagai salah seorang juri tetap MLS4.
Komen tersebut kemudiannya mendapat respon pelbagai daripada netizen.
Dalam perkembangan lain, Didie telah diberikan tanggungjawab untuk menjadi hos bagi acara berprestij Anugerah Bintang Popular ke-36 bersama dua lagi gandingannya iaitu Hanif Hamzah dan Riena Diana.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI