“InsyaAllah Akan Balik Bila Pandemik Dah Tiada,” – Mark Adam Sedih Tak Dapat Rai Krismas Bersama Keluarga Di Filipina

Share

Pelakon dan penyanyi, Mark Adam ada meluahkan rasa sedih kerana tidak berpeluang untuk meraikan Hari Natal bersama ibu dan keluarganya pada tahun ini.

Difahamkan, Mark sudah lama tidak bertemu dengan keluarganya yang menetap di Filipina oleh kerana penularan wabak Covid-19 masih berleluasa di seluruh dunia.

Di samping mengimbau kenangan sambutan Hari Natal tahun lalu, penyanyi berusia 39 tahun ini juga berharap pandemik Covid-19 segera berakhir supaya boleh bertemu dengan keluarganya.

“Merry Christmas to my Mom and my family in Cebu, Video ni tahun lepas tahun ni tak boleh balik.

“Insyaallah akan balik bila Pendemic dah tiada, Happy holidays to everyone,” tulisnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Untuk rekod, Mark telah dilahirkan pada 15 Oktober 1979 di Cebu, Filipina dan mendirikan rumah tangga bersama Norazah Redzuan, pada tahun 2003.

Foto: Instagram Mark Adam

Published by
Nazar Rafiqhi