“InsyaAllah Akan Kongsi Jantina Anak Minggu Ini Selepas Ibu Bapa, Adik-Beradik Lain Pulang Dari Eropah,” – Anzalna

Share

Pelakon Anzalna memaklumkan dia belum dapat berkongsi jantina anak keduanya yang selamat dilahirkan secara pembedahan pada 20 Mei lalu.

Menurut Anzalna, dia memilih untuk merahsiakan perkara itu terlebih dulu kerana mahu memberi kejutan kepada ahli keluarganya yang kini sedang bercuti di Eropah.

“Insya-Allah saya akan kongsikan jantina anak dalam minggu ini selepas kedua ibu bapa dan adik-beradik lain pulang dari Eropah.

“Kalau ikut perancangan awal anak saya lahir pada 31 Mei ini, tapi selepas doktor membuat pemeriksaan pada tarikh akhir iaitu 20 Mei lalu, dia maklumkan anak saya sudah nak keluar.

“Jadi tak dapatlah mereka menemani saya di hospital ketika saya menjalani pembedahan anak kedua ini,” katanya, memetik Harian Metro.

Menurut Anzalna, dia mengaku proses kelahiran anak kedua berjalan lebih tenang meskipun terkejut anaknya lahir 12 hari lebih awal dari tarikh jangkaan doktor.

“Alhamdulillah kali ini proses bersalin lebih tenang. Mungkin saya sudah ada pengalaman ketika melahirkan Eidress sebelum ini.

“Setakat ini anak berada dalam keadaan yang baik. Saya juga ada pembantu yang menguruskan saya dan anak sepanjang tempoh berpantang ini selain ditemani suami yang ambil cuti sehingga sekarang.

Untuk rekod, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Mohamad Eidrees, 2 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber: Harian Metro

Published by
MH