Pelakon, Nadzmi Adhwa ada berkongsi mengenai perkembangan terkini kandungan isterinya, Ardell Aryana.

Jelas bakal bapa ini, detik menanti kelahiran permata hati mereka hanya dalam tempoh beberapa minggu akan datang, atas izinNya.

“Insyaallah another few more week to go. Doctor kata baby sihat, kuat macam umie dia semoga jadi anak soleh atau solehah.

Ads

“Aamiinn Thankyou Doctor Kam. Alhamdulillah… Lepasni terus kami nak sambung hanta bantuan. Esok ke Kuala Selangor. Ada yang memerlukan DM kami tau. Doakan kami ya. #AdhwArdell,” tulis pelakon Namaku Bedah ini menerusi Instagram.

Difahamkan, usia kandungan Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah binti Mohd Amin kini mencecah usia 8 bulan.

Ads

Sementara itu menerusi posting terdahulu, Nadzmi ada memaklumkan dia dan isteri ada menghulurkan sumbangan bagi yang memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki minggu ketiga penguatkuasaan.

Ads

Menerusi bantuan yang disampaikan, pasangan selebriti ini turut memohon ramai mendoakan kesejahteraan mereka serta anak yang bakal lahir tidak lama lagi.

Foto: Instagram Nadzmi Adhwa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI