Setiap ibu bapa sudah pasti mahu memberikan didikan terbaik buat anak-anak dengab harapan si kecil bakal menjadi insan yang berjaya serta taat kepada agama.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, pelakon Amar Baharin ada berkongsi cerita mengenai anak pertamanya, Aqeef Anaqi.
Kongsi Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, Anaqi yang baru mencecah usia 4 tahun kini mulai rajin mengikuti solat.
Lalu, suami kepada pelakon Amyra Rosli ini titip doa moga anak-anaknya menjadi anak soleh dan solehah.
“Anak soleh Daddy @aqeefanaqi ni rajin nak ikut solat kat rumah nenek dia. Insyaallah bekalan utk alam kubur Daddy n Mommy nanti. Ya Allah jadikan anak2 kami anak yang soleh dan solehah dan jadi penghafal Al-Quran amin,” tulisnya pada ruangan komen.
Sekadar informasi, pasangan ini mendirikan rumah tangga sekitar November 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Arysaa, setahun.
Foto: Instagram Amar Baharin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Korang Jangan Serbu Pejabat KWSP Pula,”- Pencarum Boleh Keluarkan Maksimum RM500, Amyza Aznan Harap Netizen Faham
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu meringankan beban ditanggung rakyat.
Perdana Menteri berkata inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari itu tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan membabitkan pencarum bawah usia 55 tahun bermula 1 April.
Pelakon, Amyza Aznan berkongsi satu kenyataan yang memohon agar netizen tidak membuat serbuan ke pejabat KWSP bagi membuat permohonan, sebaliknya menunggu sehingga arahan diberikan.
“Kadar maksimum 500 sebulan sahaja. Bukan keluarkan 6000 sederap. Faham ke,” jelasnya.
View this post on InstagramKadar maksimum 500 sebulan sahaja. Bukan keluarkan 6000 sederap. Faham ke…
A post shared by KAAIA (@amyzaaznankaaia) on
Netizen turut bersetuju dengan perkongsian tersebut dan memohon agar tiada sebarang serbuan dilakukan bagi mengelakkan jangkitan wabak lebih serius.
Foto : Instagram Amyza Aznan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Eat Well, Kurangkan Makan Cili, Nanti Menggelupur,” – Zul Ariffin Pesan Jaga Kesihatan, Tapi Fans Ada Komen ‘Deep’
Satu ciapan di laman Twitter milik aktor Zul Ariffin menarik perhatian netizen, sejak dikongsikan kurang 24 jam lalu.
Di dalam ciapan tersebut, Zul meninggalkan pesanan umum mengingatkan semua agar jaga makan demi kesihatan.
“Salam, semoga hari yang baik untuk semua.
“Jaga makan dan kurangkan makan cili (emoji lada) nanti menggelupur. Minum air banyak air ok, baik untuk kesihatan,” tulis Zul.
Menyambut baik pesanan yang dibuat bintang filem Sangkar itu, bagaimanapun ada netizen berpendapat ia seolah-olah sindiran meski ia tidak dijelaskan secara terperinci.
“Deep sgt advice ni. Stay strong boss! And take care of your health too,” komen seorang pengguna Twitter.
“Deep,” komen ringkas peminat.
“Pedasss,” tulis peminat.
Namun, rata-rata dilihat memberikan titipan kata positif buatnya.
“Just be who you are boss. May Allah ease everything and grant you success and happiness always,” komen peminat.
“Good advice. Stay strong and take care,” reaksi peminat lainnya.
“Mantap boss harinie. Stay strong, stay healthy,” antara komen tertera.
Terdahulu, Zul didenda RM30,000 Selasa lalu selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang di media sosial pada Mac lalu.
Pendakwaan terhadap aktor itu dijalankan mengikut Seksyen 233 (1) (A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurut Zul dia reda menerima hukuman dan enggan memanjangkan isu ini kerana tidak mahu membuang masa ramai pihak selain meminta para pelakon mengambil iktibar di atas perkara yang melibatkan dirinya itu.
“Kita tak payah nak bercakap pasal kebenaran, orang pun tahu sebab semua orang tengok.
“Tak mengapa… tiada tindakan lagi dari saya sebab lain yang terbabit semua malaikat, saya seorang sahaja tidak.
“Kita semua buat silap, sekurang-kurangnya ini akan menjadi pengajaran kepada orang dan pelakon di luar sana. Jadi kalau disuruh ‘post’ tu jangan akur sangat.
“Kalau disuruh sampai beria-ria untuk ‘bakar’ dan tujuan promosi berhati-hati jadikan saya sebagai contoh,” kata Zul dalam satu temubual media.
Pada Mac lalu, perkongsian video Zul mempromosikan drama Perempuan Itu di laman Instagram miliknya mengundang pelbagai reaksi netizen.
Video memaparkan aksi Zul mendukung aktres baharu, Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebuah Acara Bertemakan Rock,” – Seluar Faux Leather Hawa Undang Reaksi Pelbagai Netizen, Tuan Badan Minta Maaf
Pengacara Hawa Rizwana memohon maaf seterusnya akan lebih berhati-hati di dalam soal pemakaian susulan penampilannya yang mengenakan seluar yang didakwa ketat di sebuah acara baru-baru ini yang menimbulkan reaksi pelbagai di kalangan wargamaya.
Hawa atau nama sebenarnya, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 27, turut mengambil maklum segala kritikan yang dilemparkan seterusnya menerima segala teguran dengan hati terbuka.
“Saya tiada niat nak buat orang marah atau sakitkan hati mana-mana pihak. Saya menerima setiap komen yang diberikan dengan positif.
“Foto yang dikongsikan itu adalah ketika saya mengendalikan sebuah acara yang bertemakan rock. Jadi saya mengupah penata gaya untuk sediakan busana yang bersesuaian dengan tema acara itu.
“Saya akui suka berkarya apabila berfesyen, terutama ketika menghadiri sesebuah acara. Tapi kalau ada waktu terluang saya lebih selesa dengan penampilan yang kasual dan santai,” katanya.
Artikel Berkaitan;
“Dulu Tonton MeleTOP, Kita Macam… ‘Cantiknya Lofa’,” – Hawa Rizwana
Hawa Rizwana Malu-Malu Nak Tatap Mata Khai Bahar; “Dia Pandai Buat Pasangannya Selesa.”
Hos program MeleTOP ini bagaimabapun menambah, setiap foto yang dimuat naik di media sosial akan melalui proses ‘saringan’ dengan orang di sekelilingnya.
“Sebelum saya kongsikan gambar atau video di media sosial, saya selalu minta pandangan daripada rakan terdekat dan ahli keluarga.
“Jika perkongsian itu tidak bersesuaian dengan saya, selalunya saya akan padam. Bagi saya, komen daripada ahli keluarga dan rakan-rakan sangat penting.
“Jadi dalam situasi ini saya sedar mungkin fesyen yang digayakan kurang senang di mata sesetengah pihak. Saya sekali lagi mohon maaf,” katanya lagi.
Terdahulu menerusi perkongsian gambar berkenaan di Instagram, Hawa menerima pelbagai kecaman susulan seluar hitam kulit yang dipakai bersama baju-T gelap serta jaket.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI