Sejak kebelakangan ini, isu mengenai segelintir pendakwah bebas atau penceramah yang tidak dibenarkan muncul di sesebuah stesen televisyen kononnya diatas arahan pihak-pihak tertentu menjadi antara isu hangat yang diperkatakan netizen.
Mengulas mengenai isu tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris berpandangan semua pihak harus memainkan peranan agar masyarakat kita tidak berpecah belah disebabka is n agenda-agenda tertentu
“Kita kena satukan ummah dengan ilmu. Banyak perkara kita berdebat, bersanggah dan berselisih kerana kurangnya ilmu. Ditambah pula sifat kita yang suka mendengar sebelah pihak sahaja, mentaksub dan kurang membaca.
“Ia menjadikan kita generasi ummah yang memecahkan termasuklah dari kalangan asatizah dan penonton. Penonton kita perlukan ilmu. Antara rujukan mereka adalah daripada program agama di televisyen dan para asatizah,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Namanzee turut merasakan para panel jemputan bukan sahaja harus menunjukkan contoh yang baik di televisyen tetapi juga di media sosial.
“Pedekatakan TV Alhijrah mudah sahaja. Asalkan meraka masih dalam kerangka ahli sunnah wal jamaah Malaysia. Kita juga perlu menilai setiap faktor sebelum memilih mana-mana panel jemputan.
“Terus terang saya katakan, kita juga harus memantau perangai dan sifat mereka di media sosial.
“Kalau seseorang asatizah itu adabnya tidak mendepani apa yang kita hasratkan iaitu satukan ummah dengan ilmu dan suka berdebat atau bergaduh tentang perkara-perkara tidak mendatangkan manfaat, ia akan mempengaruhi faktor pemilihan,” ujarnya lagi.
Berperanan sebagai sebuah stesen televisyen bersifat umum, Namanzee berkata, segala panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, hendaknya sentiasa dipatuhi.
“Para panel juga harus menghormati mazhab-mazhab yang lain. Mereka juga harus mengikuti kerangka Kerajaan Perpaduan.
“Tv dan sosial media ini bersifat umum. Yang akan melihat kita adalah para ibu bapa di kampung serta anak-anak yang dahagakan ilmu.
“Kami perlu letakkan para asatizah yang ilmunya terzahir bukan sahaja di tv tapi juga di media sosial. Itu yang akan kami perketatkan. Kami media yang bersifat umum.
“Ada isu yang harus dibahaskan dengan ahli sahaja dan ada juga isu asas syariat yang perlu kita fokuskan di tv. Seseorang yang keluar di Tv Alhijrah bukan sahaja perlu menjadi guru di alam realiti tetapi juga di alam maya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI