Pelakon Nad Zainal mengakui dia kini sedang hamil anak ketiga dan dijangka bakal bersalin pertengahan Oktober depan.
Nad Zainal atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 33, berkata dia kini lebih terbuka untuk berkongsi mengenai berita gembira itu susulan ‘baby bump’ yang sudah jelas kelihatan.
“Beginilah keadaannya (berbadan dua), insya-Allah bersalin pada Oktober nanti. Alhamdulillah fasa hamil kali ini tenang-tenang sahaja, cuma sekarang musim panas.
“Demam dan batuk itu biasalah, tapi tidak mengapa. InsyaAllah saya okay memandangkan ini kehamilan yang ketiga.
“Saya baru sahaja selesai penggambaran untuk sebuah projek bersama Eirma Fatima. Saya pegang watak wanita mengandung.
Ads
“Malah suami pun seloroh, dah tak boleh nak sorok (kehamilan) ini. Kalau ada yang tahu, tahulah. Cuma kalau nak buat pengumuman tidaklah,” katanya.
Nad berkata demikian ketika ditemui di debut koleksi penata gaya popular, Abu Shaef bersempena Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW2023) di Park Royal Collection, pada Selasa.
Ditanya mengenai ‘ragam’ kehamilannya kali ini, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu kerap mengidam Nasi Kandar.
“Saya boleh nikmati hidangan Nasi Kandar pada waktu tengahari atau malam. Cumanya saya kena kawal diet selepas dinasihati doktor susulan badan cepat sangat naik,” katanya lagi.
Terdahulu, Nad Zainal memaklumkan dia sudah pun mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ungku Ismail pada 23 Januari lalu.
Nad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 sebelum bercerai pada September tahun lalu.
Ads
Hasil perkongsian hidup, Nad dan Faliq dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7 dan Budi Kalsom yang kini berusia lebih dua tahun setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebaik-baik lidah adalah yang hanya berbicara soal kebaikan dan atas sebab itu, pelakon Abby Abadi berkongsi pedoman agar umat manusia tidak meninggalkan dunia dalam kerugian.
Bintang Gerak Khas itu ada berkongsi kata-kata daripada Sufyan Ats Tsauri yang memaklumkan secara ringkasnya, dosa antara manusia walau hanya sekadar satu perbuatan cukup berat untuk dibawa selepas kematian berbanding dosa kepada Allah kerana Allah Maha Pengampun.
“Sufyan Ats Tsauri rahimamullah berkata “ Seandainya engkau bertemu Allah dengan membawa 70 dosa yang ada kaitannya antara engkau dan Allah, maka itu lebih ringan buatmu daripada engkau bertemu Allah dengan membawa 1 dosa yang ada kaitannya antara engkau dengan seorang hamba.” Thanbihul Ghofilun karya sammargondi hal.380,” kongsinya.
Penyanyi Datin Alyah mendedahkan dia sering diajukan pertanyaan setiap kali program realiti, Gegar Vaganza akan bersiaran untuk musim terbaru.
Menurut Alyah, bukan semua hal yang berkaitan mengenai suaminya, Datuk Ramli MS yang sebelum ini menjadi ketua juri sepanjang GV bersiaran dia perlu ambil tahu.
Lebih lucu, ada juga yang pernah memintanya tiket untuk menonton program tersebut secara langsung.
“GV? Memang kerja aku ke haaa? ADOI. Setiap kali GV nak dekat ramai betol yg bertanya itu dan ini kepada diriku. Memang aku ada share kat situ ke?
“Sebelum ni lagilah siap suh dapatkan tiket lagi. Memanglah tokram tu kat GV tapi bukan semua benda atau pekara aku kena ambik tahu dher,” jelasnya.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi Thank You Allah ini menerusi muat naik di Instagram yang dikemas kini.
Malah Alyah turut meminta untuk tidak bertanya mengenai penyanyi mana yang akan bersaing untuk musim kali ini.
“Mohon jgn tanya lagi siapa masuk GV akak Boshannnn. Kang akak yg masuk baru tahu. Tapi yg pasti akak yg akan keluar dulu sbb laki akak dalam tu (yang ini melawak ja, yang atas tu serious ok).
“Kaau hati anda masih gusar nak tahu jugak pasal GV p call hotline Astro, sekian,” tulisnya sambil disusuli dengan emoji ketawa.
Perkongsian tersebut nyata mencuri perhatian wargamaya yang turut sama terhibur dengan kapsyen humor yang ditulis bintang berkenaan.
Foto: Instagram Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!