“InsyaAllah, doakan saya. Betul-betul nak kahwin.” Itu respon pelakon Johan As’ari selepas ditanya mengenai soal jodoh memandangkan usianya kini sudah 35 tahun.

Menurut Johan atau nama sebenarnya, Johan Ariff Asa’ri, calon sudah pun ada cuma dia meminta mendoakan agar segala perancangan ke arah itu dipermudahkan.

“InsyaAllah, Doakan Saya. Betul-Betul Nak Kahwin,” – Meniti Usia 35 Tahun, Johan As’ari “InsyaAllah, Doakan Saya. Betul-Betul Nak Kahwin,” – Meniti Usia 35 Tahun, Johan As’ari

“Insya-Allah, mudah-mudahan. Maksudnya (calon) sudah ada. Tapi kami jarak jauh dan jarang berjumpa. Dia di Perlis.

“Saya nak kongsikan banyak mengenai hal ini… takutlah. Bimbang kalau tak jadi. Kami berkawan sekitar tiga tahun.

“Kalau ada jodoh. Saya sendiri pun sudah banyak kali rancang nak kahwin, tapi tak jadi. Segan pula kalau nak bercerita fasal nak kahwin. Lebih baik saya minta agar mendoakan semoga inilah jodoh saya.

Ads

“Kalau betul masanya sudah sampai, alhamdulillah syukur,” katanya ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Yayasan Maghfirah di Bangi Convention Centre, baru-baru ini.

“InsyaAllah, Doakan Saya. Betul-Betul Nak Kahwin,” – Meniti Usia 35 Tahun, Johan As’ari

Berkongsi mengenai perjalanan hubungannya bersama wanita berkenaan, Johan yang mula dikenali menerusi drama bersiri Juvana ini mendedahkan, mereka sudah pun matang dan terbuka mengenai soal teman hidup.

Ads

“Kami tak mesra sebagai teman, tak mesra seperti orang lain yang bercinta. Akan tetapi masing-masing tahu kami sudah matang untuk buat keputusan sekiranya jodoh itu sampai, kita kahwin.

“Begitulah hubungan kami. Maknanya tak adalah selalu ‘dating’ dan sebagainya. Dia pun tidak mendesak. Malah katanya, kalau saya jumpa orang lain andai itulah jodoh… kahwinlah. Begitu juga sebaliknya. Saya sentiasa berdoa dan bersedia untuk reda,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan, Johan menjalin hubungan rapat dengan ahli perniagaan dari Perlis dan hubungan mereka turut direstui keluarga.

Ads

“InsyaAllah, Doakan Saya. Betul-Betul Nak Kahwin,” – Meniti Usia 35 Tahun, Johan As’ari “InsyaAllah, Doakan Saya. Betul-Betul Nak Kahwin,” – Meniti Usia 35 Tahun, Johan As’ariUntuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram Johan Asari

https://youtu.be/YMPiTDvnd9E

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI