Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew akui tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi bapa yang baru sahaja kehilangan anaknya akibat dibaham buaya baru-baru ini.
Menurut Ustaz Ebit, bapa tersebut masih lagi teringat-ingatkan anaknya kerana mereka dikatakan sangat akrab.
View this post on Instagram
“Ziarah abang yang anaknya dibaham buaya. Dari Jakarta terus ke Sabah ziarah abang ni. Menangis saya masa melihat kejadian itu. Anaknya umur dua tahun. Teringat-ingat.
“Berulang abang tu cakap ‘Anak saya belum jumpa. Anak saya belum jumpa lagi. Anak saya belum balik.
“Anak itu penemannya ke mana-mana. Rapat dengannya. Jauh pandangannya. Termenung jauh. Depan mata dan berusaha berenang mencari anaknya walau bahaya menanti,” tulisnya.
Kisah itu dikongsikan oleh Ustaz Ebit menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut menghadiahkan keluarga tersebut sebuah bot beserta enjin bagi meringankan beban mereka.
“Itulah seorang ayah. Begitulah sifat ayah sanggup beri nyawa demi anaknya. Sabar ya abang. Berat ujian abang. InsyaAllah jumpa di sana nanti. Ya Allah beri ketabahan pada abang ini.
“Kami hadiahkan bot dan enjin untuknya. Beri sedikit kata semangat dan doa.
“Disaat kita rasa ujian kita berat ada orang jauh lebih berat ujiannya. Bersyukurlah dalam hidup ini. Hargai apa yang kita miliki.
“Terima kasih @nhtravelsabah mudahkan kami beli bot dan selalu menyediakan kenderaan untuk kami sepanjang kami di sana. Terima kasih yang bersama kami di Pertubuhan Kasih Umat Malaysia,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh selain turut mendoakan agat keluarga tersebut terus diberikan kekuatan bagi menghadapi dugaan berat ini.
Sehingga kini, video yang dikongskian oleh Ustaz Ebit itu telah pun meraih lebih 1.3 juta tontonan dan dihujani ribuan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI