Ketiadaan figura pengacara popular Sherry Alhadad di program realiti nyanyian, Big Stage 2022 yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam, terjawab apabila hos terbabit disahkan positif Covid-19.
Sherry atau nama sebenarnya Sharifah Mariam Syed Abdullah Alhadad mengesahkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Serentak dengan itu, pengacara berusia 37 tahun ini memohon doa orang ramai buat dirinya agar dipermudahkan segala urusan.
“Terima kasih atas doa kalian semua. Semoga semuanya dipermudahkan dan semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T InsyaAllah kita jumpa minggu depan di konsert BigStage.,” tulisnya.
Dalam pada itu, Sherry turut berkesempatan menitipkan ucapan terima kasih kepada hos, Elly Mazlein yang telah mengantikan tempatnya semalam bersama rakan pengacaranya, Aliff Satar.
“Thank kakak ku sayang @iamellymazlein i love you so much. Uoalllsss memang power @alifsatar @iamellymazlein nah api… num syahtuuuu 1 sayang korang semuaaa,” akhirinya lagi.
Sherry ketika dihubungi MH memaklumkan dia telah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan kendiri, pada Sabtu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sherry Alhadad