Pada setiap tahun, tanggal 9 Ogos sememangnya akan sentiasa diingati oleh pelawak dan penyampai radio, Shuib sampai bila-bila.
Pemergian isteri tercinta yang juga merupakan penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah merupakan ujian yang amat berat bukan sahaja buat Shuib tetapi juga anak-anak dan seluruh ahli keluarga.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, meskipun sudah genap dua tahun pemergian Siti Sarah, namun, rasa sayang dan rindu tidak pernah terpadam di dalam hatinya.
View this post on Instagram
“Bismillahirrahmanirrahim. Hari ini, 9 Ogos 2023, genap dua tahun pemergian Siti Sarah Bt Raissuddin. InsyaAllah berapa lama pon lagi, rindu dan sayang ini akan sentiasa mekar di hati,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh penyampai radio Suria FM itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Shuib turut memanjatkan doa agar dapat bertemu semula dengan isterinya itu di akhirat nanti.
“InsyaAllah kita sekeluarga akan jumpa di Syurga nanti. Amin ya Rab. Mohon sedekahkan Al Fatihah buat Siti Sarah,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa rindu terhadap Siti Sarah selain turut mendoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Al-Fatihah. Kami sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk Allahyarham dan keluarga semua.
“Saya sangat kagum bagaimana Shuib menyayangi isterinya, Arwah Siti Sarah dan betapa matangnya Kak Watie untuk berhadapan dengan semua ini. Aturan Allah itu memang indah. Al-Fatihah buat bidadari syurga.
“Cepat masa berlalu tapi seperti baru semalam Siti tinggalkan kita semua. Rindu awak Siti.
“Semoga syurga buat Siti Sarah. Jaga diri sahabat.
“Masih terasa masa pemergian arwah Siti Sarah,” antara komen-komen netizen.
Sebelum ini, pelawak asal Johor Bahru itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.
Bagaimanapun, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan COVID-19 pada 9 Ogos 2021.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Pada tanggal 23 Jun lalu, Shuib telah selamat mendirikan rumah tangga bersama cinta hatinya, Watie dengan hanya sekali lafaz.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shuib Sepahtu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI