Umum mengetahui, watak Inspektor Mazlan sememangnya sinonim dengan pelakon dan pengacara, Datuk AC Mizal menerusi drama berkonsepkan polis dan penyiasatan, Gerak Khas.

Seperti enggan berselindung, AC mendedahkan dia berkemungkinan besar bakal membuat kemunculan istimewa menerusi drama yang memasuki musim terakhir itu.

Jelas AC, Gerak Khas mempunyai tempat yang sangat istimewa di dalam hatinya kerana daripada situlah kariernya bermula sebagai seorang pelakon.

“Sudah tentu Gerak Khas sangat istimewa dan dia ada ‘sentimental value’ di dalam diri saya. Saya buat Gerak Khas lebih kurang dalam masa empat tahun setengah.

“Kemungkinan besar InsyaAllah saya akan muncul kot. Kita nantikan. Kita tengok dulu InsyaAllah,” katanya kepada MH.

AC berkata sedemikian sewaktu ditemui selepas selesai sesi pengambaran program terbaru anjuran Media Hiburan yang berjudul MHthrowback yang berlangsung di Shah Alam pada Khamis.

IKLAN

“InsyaAllah Saya Akan Muncul Kot,” – Tak Nafi Ada Sentimental Value, Datuk AC Mizal Bakal Buat Penampilan Di Gerak Khas The Finale?

Dalam pada itu, suami kepada pelakon, Datin Emylia Rosnaida ini turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan rezeki yang melimpah ruah terutamanya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak Covid-19 ini.

“Saya syukur alhamdulilah ini rezeki tuhan. Saya dari mula PKP yang pertama sampai sekarang alhamdulilah memang tugas pengacaraan itu sentiasa ada.

IKLAN

“Memang setiap minggu saya shoot talk show seperti program Sembang Duduk Rumah, Punchline DAC dan selepas ini program All Together Now. Saya syukur kerana rezeki saya bagus sangat,” jelasnya lagi.

“InsyaAllah Saya Akan Muncul Kot,” – Tak Nafi Ada Sentimental Value, Datuk AC Mizal Bakal Buat Penampilan Di Gerak Khas The Finale?

Sementara itu, AC turut menyifatkan segala musibah yang berlaku ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri terutamanya buat dirinya sendiri.

IKLAN

“Saya simpati dengan rakan-rakan artis yang lain tetapi bak kata orang kita tak tahu rezeki kita macam mana. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

“Ketika berlakunya pendemik Covid-19 ini, waktu inilah kita dapat sekurang-kurangnya duduk di rumah dengan keluarga, makan dan solat jemaat bersama.

“Hikmahnya pada saya pula, tawaran kerja tak putus-putus terutama untuk buat pengacaraan. Mungkin itu kelebihan saya.

“Kalau saya fokus menyanyi atau berlakon mungkin susah. Syukur tuhan beri rezeki lebih banyak sewaktu PKP,” akhirinya.

Sekadar info, selain drama Gerak Khas, AC turut pernah membintangi filem Gerak Khas The Movie 1 dan 2.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI