Berkongsi beberapa keping foto bersama suami, Nora Danish menerusi laman Instagram menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir suaminya, Nedim Nazri.
Menerusi posting terdahulu, difahamkan aktres popular ini terbang ke Jakarta untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-36 bersama teman-teman.
“Happy 36th birthday my husband. U know me , i may not be good with words , but they say, action speak louder than words kan?
“InsyaAllah next year I bawak u pegi London pulak. Heheh. Thank u for being YOU. Stay healthy mi amor. Cuz I wana grow old with u. TIL Jannah.
💕 InsyaAllah.I love u forever,” tulisnya.
Pasangan ini berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl Nedim.
Menerusi perkahwinan pertama, Nora dikurniakan seorang cahaya mata, Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Manakala, Nedim juga mempunyai seorang anak, Mohamed Nedrin dalam perkahwinan terdahulu.
Foto : Instagram Nora Danish