Pelakon, Hairul Azreen mengumumkan isterinya, Hanis Zalikha kini mengandung anak kedua.
Hairul berbuat demikian menerusi laman Instagramnya.
“Alhamdulillah, InsyaALLAH Yusuf Iskandar bakal dapat adik.
“Rezeki milik ALLAH, Thank you ALLAH,” tulisnya.
View this post on InstagramAlhamdulillah , insyaallah Yusuf Iskandar bakal dapat adik ?? #RezekiMilikALLAH thank you Allah ☝️
A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on
Menjengah di ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah netizen.
Sebelum ini, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Yusuf Iskandar, 2 tahun.
Foto/Instagram: Hairul Azreen
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anwar Dijangka Akan Buat Sidang Media Bila-Bila Masa
Wakil media sedang menunggu sidang akhbar yang dijangka dibuat oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Media difahamkan, Anwar akan mengadakan sidang akhbar pada bila-bila masa selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat beredar dari Istana Negara kira-kira jam 5.10 petang.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini memaklumkan tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah.
Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda menitah perkenan untuk ketua-ketua gabungan PH dan PN menghadap pada jam 4.30 petang tadi di lstana Negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pembalasan DariMu Lebih Baik & Pedih,” – Shuhada Shukri Tak Mahu Lagi Ikutkan Amarah
Tersedar dengan tindakkannya sejak beberapa hari yang lalu, Shuhada Shukri enggan memanjangkan lagi perbalahan dengan bekas suaminya yang juga merupakan pelakon Hafidz Roshdi.
Menurut Shuhada, dia tidak mahu lagi mengikuti rasa amarah sebaliknya menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
“Ya Allah, jauh sangat dah aku punya amarah ni. Ampunkan aku ya Allah. Maafkan aku ya Allah. Aku percaya pembalasan dariMu lebih baik dan pedih
“Maka ya Allah, aku serahkan segalanya padaMu. Wakillah aku dan anak-anak, Umar dan Humairah.
“Ya Allah, lawanlah dengan si polan itu, sesungguhnya Kau Maha Mengadili sebaiknya,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, dia kini mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk membesarkan anak-anak dan menjaga hubungan dengan orang sekeliling.
Malah, Shuhada juga memutuskan untuk memadam beberapa hantaran di media sosial bagi mengelakkan isu ini berpanjangan.
“Saya mahu fokus kepada tugas utama iaitu menjadi seorang ibu yang baik dan anak yang baik kepada kedua ibu bapa serta menjaga nama baik semua yang sudah menyokong dan membantu saya.
“Saya sudah malas nak layan dan berlawan dengan orang yang patut pupus. Jadi, saya archive yang lepas.
“Anda fokus sahaja untuk menasihati si polan untuk berubah di ruang comment latest posting saya. Terima kasih semua,” kongsinya lagi.
Pada pagi Khamis, kecoh di media sosial apabila Hafidz dan Shuhada saling berbalas kenyataan termasuk isu nafkah anak yang dikatakan tidak berjalan secara baik.
Malah Shuhada juga secara terbuka mendedahkan perbualan lucah antara Hafidz dengan seorang wanita di Instagram miliknya.
Shuhada juga memberi amaran kepada Hafidz agar tidak mengulangi perbuatan tersebut dan terus menyelesaikan isu antara mereka hanya di mahkamah.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai 2023.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umarr tahun.
Hafidz kemudiannya bernikah dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada pada 15 Disember tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Ingin Jadi Remaja Yang Baik..,” – Hero Remaja Mierul Aiman Tak Mahu Dibuai Mimpi, Nak ‘Jaja’ Bakat Bukan Kontroversi
Setelah beraksi selama 16 minggu menerusi episod utama dan prelude, akhirnya, gelaran Hero Remaja 2021 telah pun dianugerahkan kepada Mierul Aiman.
Mierul telah pun berjaya mengetepikan saingan daripada tiga finalis lain sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM10,000.
Bagaimanapun, Mierul mengakui gelaran juara bukanlah tiket baginya untuk bersenang-lenang menantikan tawaran yang mendatang sebaliknya dia harus bekerja dengan lebih keras untuk membawa namanya sebagai juara Hero Remaja yang baru.
Malah, berdasarkan rekod terhadulu, ada kalanya para finalis lain dilihat lebih menonjol berbanding penyandang juaranya sendiri.
Namun, jejaka asal Putrajaya ini tetap percaya dengan sega ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
“Secara peribadi, saya sebenarnya percaya kepada rezeki masing-masing. Saya berpegang pada satu perkara, rezeki itu bukan datang cepat atau lambat tetapi ia datang pada waktu yang tepat.
“Selain daripada percaya kepada kekuatan diri serta perjalanan proses itu sendiri, kita juga harus iklas dan tahu matlamat yang ingin dibawa. Sifat itu sebenarnya akan membawa kita ke tahap yang kita inginkan.
“Misalnya dalam bidang lakonan, andai kata rezeki saya lambat, saya tetap percaya satu masa nanti saya akan sampai juga ke tahap yang saya impikan,” kayanya kepada MH.
Pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Selangor (UNISEL), Bestari Jaya ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Finale Hero Remaja 2021 yang berlangsung di pejabat Nu Ideaktiv, Shah Alam pada Isnin.
Ketika ditanya adakah dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan segala kontorversi sebagai seorang anak seni, ini reaksi yang diberikan oleh Mierul;
“Nak cakap bersedia atau tidak untuk berhadapan dengan segala kontorversi selepas berakhirnya program Hero Remaja, sejujurnya memang tidak. Saya pun tiada sebarang perancangan untuk terlibat atau mengatur apa-apa kontroversi.
“Tetapi perkara tersebut merupakan asam garam dalam dunia industri. Mungkin perkara itu akan hadir dengan sendirinya. Saya akan cuba untuk menanganinya dengan matang dan baik.
“Saya akan sentiasa peka dengan setiap perkara yang berlaku. Kadang kala orang luar hanya menilai daripada perspektif mereka sahaja. Jadi, kita kena dengar daripada kedua-dua belah pihak. Kalau perkara itu salah, saya akan cuba baiki.
“Buat masa ini, saya menjual diri saya dengan bakat dan karya-karya yang ingin saya sampaikan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Mierul turut menyifatkan platfrom Hero Remaja ini bukan sahaja medan bagi dirinya untuk bertapak di dalam dunia seni, malah ia juga sebenarnya secara tidak langsung telah melatih dirinya untuk menjadi remaja yang lebih baik.
“Hero Remaja ini merupakan platform untuk saya menjadi remaja dan manusia yang lebih baik. Sebenarnya ada banyak lagi ilmu di luar sana yang saya kena cari.
“Saya bukan hanya nak berjaya dalam industri tetapi saya juga ingin menjadi remaja yang baik kepada masyarakat.
“Mungkin saya akan sertai pelbagai lagi kelas-kelas untuk memperbanyakkan ilmu dan pengalaman,” akhirinya.
Mengakui dirinya berasa agak ralat kerana tidak berkesempatan untuk berkerja dibawah arahan pengarah tersohor, Allahyarham Mamat Khalid, namun Mierul mendedahkan dia juga teringin untuk berkerjasama dengan pengarah-pengarah hebat lain seperti Razaisyam Rashid, Khir Rahman dan Nik Amir.
Pada malam finale yang berlangsung pada Sabtu lalu, Mierul telah diumumkan secara rasmi sebagai juara manakala tempat kedua pula disandang oleh Aqil Taqeeudin.
Tempat ketiga dan keempat pula masing-masing dimenangi oleh Fazziq Muqris dan Afiq Hamidon.
Anugerah Hero Favourite pula di jatuh kepada Syazani Zainal dan Hero Inspirasi pula sekali lagi disandang oleh Aqil Taqeeudin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI