“Insyallah Dan Terima Kasih Semua, Esok Baby Billy Balik Rumah,” – Lana Nodin Panjat Rasa Syukur

Share

Pelakon, Lana Nodin memberikan dedikasi buat peminat yang selama ini tidak putus-putus mendoakan kesihatan anak keduanya, William Daud McKienzie yang baru sahaja selamat menjalani pembedahan jantung baru-baru ini.

Pada masa sama, Lana turut memberitahu anaknya itu sudah dibenarkan pulang esok.

“Ni la moment malam pertama bile sy di masukkan di hospital ijn untuk menjalani procedure untuk jantung sy…dengan berkat doa2 orang di luar sane beri semangat pada sy dan mommy sy… Alhamdulillah sy dah boleh keluar esok dengan sihat…

“Terima kasih pada semua yg x henti2 doakan sy dan beri kata semangat oada mommy sy… Dan terima kasih to staff ijn dan doktor2 yg tak putus asa selamatkan sy tempoh hari…10 mins waktu yang sangat berharga untuk sy.

“Nanti sy dah sihat sepenuhnya dan ready utk jalan2 sy akan ikut teman mommy pegi event2… Mesti nak jumpa org ramai yg doakan sy hari tu… Insyallah dan terima kasih semua… Esok baby Billy balik umah,” tulisnya.

Lalu, perkongsian tersebut mendapat reaksi positif dari kalangan peminat yang rata-ratanya mendoakan kesejahteraan bayi lelaki itu.

Terdahulu, Lana menjelaskan  anaknya dikesan mengalami masalah injap atau aortic stenosis sejak dilahirkan dua bulan lalu.

Foto: Instagram Lana Nodin

 

 

 

 

Published by
Rafiq Mazlan