Pelakon Intan Najuwa selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Dato’ Ahmad Asraf Azman, 39, dengan sekali lafaz pada jam 6.45 petang tadi.
Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd Wahid, 26,selamat dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot di majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah resort di Pantai Desaru, Johor.
Dalam majlis yang bertemakan empat unsur alam ini, Intan menerima mas kahwin bernilai RM20,000 dan juga hantaran bernilai RM222,000.
Angka 2 menjadi pilihan sebagai lambang tempoh 2 tahun perkenalan antara Intan dan juga Dato Mohd Asraf.
Ads
Dalam majlis sama, kedua mempelai tampil memakai dua busana rekaan pereka fesyen terkenal, Fizi Woo yang bernilai RM 40,000 bagi sesi pernikahan dan Teh Firdaus bagi bersanding dan acara potong kek dan ditatarias oleh jurusolek terkenal, Dato Alha Alfa.
Majlis yang dikemudikan oleh pihak Rimbunan Events & Whitebox ini telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 150 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat,selebriti dan juga pihak media.
Ads
Segala persiapan telah pun berlangsung selama sebulan dan pemilihan tarikh 18 Ogos ini merupakan tarikh yang signifikan kerana ia juga merupakan hari kelahiran pelakon drama Jesnita itu.
Majlis resepsi kedua bertemakan tradisional bakal berlangsung di Rimbunan Event Space, Johor Bahru, malam esok.
Ads
“Alhamdulillah, saya bersyukur segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Doakan yang terbaik buat kami berdua dalam melayari rumah tangga. Walaupun sudah bergelar isteri, Intan akan terus menyambung karier lakonan serta mengutamakan juga pengajian Intan serta bisnes Intan sekarang.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas sokongan yang diberi seawal kerjaya Intan sehingga hari ini,“ katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya tampil memberikan pendapatnya susulan isu tular yang diperkatakan ketika ini selepas ditanya pengguna media sosial.
Menurut Fedtri, meski dia tidak mengetahui latar kejadian berkenaan secara terperinci, namun hos ini berpandangan bahawa setiap individu mempunyai masalah tersendiri yang berbeza-beza di antara satu sama lain.
“Saya pun tidak tahu mengenai latar belakang cerita ini. Akan tetapi apabila kepada apa yang trending dan viral, saya kira kemiskinan orang jangan dibuat mainan atau gurauan. Dia sebutkan bahawa ‘mak dah tak ada’. Kita kena tahu, lain keluarga lain yang terjadi di dalam sesebuah institusi kekeluargaan.
“Terutamanya jika mak tak ada ni… macam-macam boleh berlaku. (Contoh) Sekali pun ada adik-beradik, tak semuanya akan ambil tahu. Terutamanya bila melibatkan isu ayah sakit atau ada masalah lain. Adik-beradik pun bawa diri. Jadi anak-anak yang tiada sumber kewangan yang kukuh ini memang akan ada masalah.
“Jadi saya harapkan, sekali pun dalam kesempitan atau pun dalam situasi mahukan ilmu, pensyarah juga perlu ada rasa empathy,” katanya.
Malah baginya, penggunaan bahasa juga penting kerana apa yang diperkatakan itu boleh memberikan kesan yang tidak baik.
Lebih baik, agar menjadi jalan penyelesaian untuk membantu sekiranya individu terbabit betul-betul tidak berkemampuan.
“Yang paling utama sekali, kena jaga bahasa. Sekali pun, bagi nasihat yang betul, bahasa dan juga adab itu yang paling penting. Sebab bahasa (yang diungkapkan) itu boleh menikam dan menyakitkan hati serta boleh beri impak emosi dalam jangka masa panjang. Mungkin ada cara lain untuk membantu. Sebab pensyarah ini kan ketua.
“Jadi macam mana kalau dia (pelajar) betul-betul susah. Macam mana kita nak salurkan kepada pihak yang boleh membantu. Zakat ke atau apa sahaja. Yang dapat menyelamatkannya daripada kegelapan. Daripada marah-marah, baik kita bantu,” katanya lagi.
Pendiriannya itu dikongsikan Fedtri menerusi satu hantaran terkini yang dimuat naik menerusi Tik Tok. Perkongsian berkenaan mendapat puluhan ribu tontonan bersama reaksi pelbagai yang ditinggalkan warganet pada ruangan komen.
Penyanyi, Tomok menjelaskan dirinya tidak terfikir lansung akan memakai pakaian perempuan jika membuat persembahan lagu terbarunya berjudul Bekas Kekasih.
Menurut Tomok, dia tidak menyangka orang ramai boleh berfikiran sedemikian dan menyifatkan apa yang dia lakukan di dalam klip video tersebut hanyalah lakonan semata-mata.
“Takkan la lepas ni nak menyanyi saya pakai baju perempuan pulak. Takkan sampai ke situ diorang boleh fikir. Apolaaaaa. Saya hanya berlakon sahaja untuk muzik video tersebut.
“Saya mengangkat isu yang bagi saya agak berat kat Malaysia sekarang. Bukan suka suka saya berpakaian macam tu. Ada msg yang saya nak sampaikan seperti yang saya kata sebelum ini, yang tak baik jangan ambik. Ambik yg baik saja.
“Kesilapan dari saya saya akui. Salah tetap salah. Korang ambik yg baik saja ya. Imej saya takkan memang takkan berubah okay,” tulisnya.
Dalam pada itu, bekas penyanyi kumpulan New Boyz itu turut terkejut apabila mengetahui lagunya kini trending nombor satu di laman Youtube.
Arena pertempuran berbilang pemain mudah alih dengan komuniti permainan terbesar, Mobile Legends: Bang Bang mengumumkan tiga wira terbarunya iaitu Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem yanv menjadi wajah kempen 515 mereka pada Aidilfitri kali ini.
Pemilihan selebriti popular itu dilihat bertepatan bagi pelan pengembangan perniagaan mereka kerana syarikat permainan digital antarabangsa itu ingin mengukuhkan tapak mereka di Asia Tenggara.
“Sejak dari tahun 2016, kami sentiasa mengiktiraf rantau Asia Tenggara sebagai salah satu pasaran utama kami. Oleh itu, kami mengasimilasikan ciri permainan kami sedekat mungkin dengan budaya tempatan,” menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh MOONTON Games.
Jadi, jom raikan Hari Raya dengan Mobile Legends: Wira Bang Bang, Tang Wanwan, Ling dan Yin ketika mereka memulakan misi untuk membantu menyelamatkan Hari Raya Tok!
Ia memfokuskan kepada kisah Tok, seorang wanita warga emas yang tinggal bersendirian dan memerlukan bantuan wira MLBB untuk membantu menjadikan rayanya sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Menerusi projek ini, Janna sebagai Tang Wanwan menyifatkan ia sebagai pengalaman yang lain dari lain.
“Ia sememangnya satu pengalaman yang mengagumkan sewaktu penggambaran dengan semua orang memakai baju raya di sebuah kampung.
Benar-benar menyerlahkan suasana Hari Raya yang amat saya rindui,” katanya yang turut diakui Hairul Azreen yang memegang peranan sebagai Yin.
Pelakon Hun Haqeem pula menjadi ‘Ling”.
“Ia sememangnya satu cabaran dalam mencuba menangkap ayam-ayam ini semasa penggambaran. Mereka begitu pantas! Kemudian pula, anak-anak kapal berjaya membantu berkongsi beberapa helah tentang cara menangkap ayam,” katanya.
Dilancarkan pada 17 April, Tang Wanwan kembali hidup apabila Janna Nick berjaya mengeluarkan persembahan cemerlang yang memainkan watak wira MLBB, Tang Wanwan.
Dia berjaya menghidupkan watak yang menakutkan, berjaya menahan serangan hendap oleh seorang pembunuh upahan yang dihantar oleh Black Dragon yang pernah menjadi kawan baiknya sendiri. Untuk Tang Wanwan mencari kebenaran, dia perlu melangkah ke alam M-World.
Sementara itu, MOONTON Games juga telah menyediakan dua buah lagi filem solo mini yang menarik. Filem solo mini Ling, iaitu “Ling: The Chosen One” akan ditayangkan pada 24 April dan filem solo mini Yin, “The Ultimate Challenge” akan ditayangkan pada 2 Mei.
Malah, siri animasi global yang mempamerkan kisah-kisah lain tentang tiga adiwira MLBB juga menarik.
Siri ini memberikan satu lagi sisi hiburan kepada penonton dan peminat MLBB, Siri Animasi Global akan ditayangkan pada tarikh yang sama dengan filem mini ketiga-tiga hero ini.
Jangan lupa juga mendapatkan tiga kulit baharu yang akan tersedia hanya untuk masa terhad semasa acara ulang tahun ke 515 ini. Selain estetika pakaian jalanan futuristik yang unik, kulit ini menampilkan kesan kemahiran baharu, bunyi dan alih suara.
Yang pertama kali dikeluarkan, M-World Wanwan, kini tersedia dalam bentuk berlian 899. M-World Ling akan dikeluarkan pada 23 April, manakala M-World Yin akan tersedia pada 30 April. Ketiga-tiganya akan mendapat diskaun 30% untuk selama tiga minggu, dan boleh didapati dalam secara atas talian menerusi permainan ini sehingga 5 Jun 2022.
Pada masa sama, menerusi Pra-panas 515 All Star pula, anda turut berpeluang menemui pengurus bintang blockbuster, dan Influencer paling berpengaruh dari seluruh pelusuk Asia Tenggara dan mereka semuanya berkumpul dalam satu video kali ini. Apa kata sertai persiapan di sebalik acara besar itu, dan juga kenali bintang-bintang ini secara dekat lagi
Acara undian Ingame All Star
Undi untuk Influencer Malaysia kegemaran anda iaitu Jess No Limit dan ChooxTV dalam acara undian All Star, yang akan bertanding dengan 200 individu influencer yang akan bersaing untuk merebut tempat dalam pertarungan ALLSTAR. MOONTON Games teruja untuk mengumumkan kerjasamanya dengan salah satu jenama telefon dan elektronik terkemuka dunia, Samsung Electronics. Samsung juga akan menjadi rakan persembahan bersama di ALLSTAR Showdown 2022.
“Samsung Malaysia teruja untuk mengumumkan kerjasama kami dengan ALL STAR. Dengan perkongsian ini, kami berharap dapat menunjukkan prestasi peranti siri Galaxy A dan mampu memberikan pengalaman yang mengagumkan untuk pemain permainan,” kata KM Liew, Ketua Perniagaan MX, Samsung Malaysia Electronics.
Fasa Undian All Star bermula pada 29 April dan berakhir pada 4 Mei. Anda juga digalakkan untuk mengambil bahagian dengan berkongsi siaran kempen ke halaman FB mereka; dan pemenang akan dipilih untuk menerima kad Touch N’ Go bertemakan 515 terhad masa dan barangan MLBB yang lain.
Tangwanwan, Ling dan Yin akan membuat penampilan sulung mereka mulai 16 April 2022 dan seterusnya.
Tahun ini MLBB 515 M-WORLD membawa rentak seni ke tahap yang lain. Ia bukan sekadar mural biasa. Ia lebih daripada apa yang anda lihat. Mobile legends telah menggabungkan kreativiti dengan teknologi terkini, pengalaman AR. AR, yang bermaksud Augmented reality, iaitu pengalaman interaktif persekitaran dunia sebenar di mana objek dalam dunia nyata dipertingkatkan oleh maklumat persepsi yang dijana komputer.
Ia juga merupakan versi dunia fizikal sebenar yang dipertingkatkan yang dicapai melalui penggunaan elemen visual digital. AR ialah trend yang semakin berkembang dalam kalangan syarikat yang terlibat dalam pengkomputeran mudah alih dan aplikasi perniagaan.
Untuk pengguna mendapatkan pengalaman ini, pengguna perlu pergi ke mana-mana karya seni mural yang telah dipasang di mercu tanda terkenal di Kuala Lumpur dan Johor. Pengguna boleh mencuba efek 515Mworld di Instagram serta mereka juga boleh menghalakan kamera mereka ke arah logo kempen 515 pada mural yang dijumpai dan menyaksikan M-world dihidupkan.
Satu lagi perkara yang menarik ialah, Mobile legend mempunyai kod QR permata tersembunyi pada mural dan pengguna perlu menjawab kuiz untuk memenangi kulit epik yang unik. Acara ini sedang berjalan sehingga 15 Mei 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!