Terukir senyuman kebahagiaan diwajah penyanyi senior, Intan Sarafina atau nama sebenarnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya.
Menerusi entri terkini di Instagram milik Intan, dia telah berkongsi momen ketika menyambut ulang tahun perkahwinan bersama suaminya,
Kongsi penyanyi yang terkenal dengan lagu Kembali, dia dan suami menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-11 tahun.
“Happy 11th anniversary husband @iskandarezzahuddin Thank you for the wonderful dinner and pressie. Love you,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat memberi ucapan selamat ulang tahun perkahwinan kepada Intan dan suami.
Untuk rekod, Intan telah mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Foto: Instagram Intan Sarafina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Telinga Tidak Memahami, Namun Matanya…,” – Harap Rumah ‘Bercahaya’, Imam Muda Asyraf Kongsi Tips Didik Anak
Pendakwah selebriti, Imam Muda Asyraf semalam ada berkongsi tips mendidik anak-anak agar meminati kisah para nabi.
Ulasnya menerusi laman Instagram, faham atau tidak adalah perkara kedua.
Apa yang penting adalah mendidik kebiasaan pada diri anak-anak.
“Seperti biasa. Faham atau tidak perkara kedua. Yang penting kelibat duduk sambil mengambil berkat hadith itu menjadi rutin yang dibiasakan pada mata anak-anak.
“Telinganya tidak memahami. Namun matanya belajar memerhati. Walau bermain handphone sekalipun, ianya satu kejayaan bagi membawa AbduRahman yang seaktif Ultraman Batman untuk duduk di depan.
“Bagi Aisy pula, dia sangat meminati cerita, hadith dan sebagainya. Manakan tidak, semangat beliau apabila hajat untuk menunaikan umrah di Mekah pada cuti sekolah Mac ini tak sabar dinanti. Doakan kami bersama ke sana,” kongsi Ashraf.
Katanya lagi, walaupun sibuk memberi ceramah menerusi kuliah setiap hari, namun apabila ada kelapangan, waktu berharga ini harus digunakan sebaik mungkin untuk anak-anak.
“Jarang sempat membaca bersama mereka. Selalu ummi yang mengambil peranan. Tapi kali ini Aisyah pun teruja duduk bersama Abah.
“Mungkin agaknya Abah mimpi apa malam ini tiada kuliah. Apapun selamat malam anakku. Tiada apa yang mustahil walau sebaris hadith.
“Sedangkan al-Qa’nabi mampu berubah watak dari peminum Nabiz (memabukkan) kepada perawi paling tsiqah dalam al-Muwatto’ hanya kerana sepotong hadith dari Imamnya Syu’bah.
“Semoga rumah lebih bercahaya,” katanya berharap.
View this post on InstagramA post shared by Asyraf Ridzuan (@imammudaasyraf) on
Netizen yang teruja dengan cara didikan Imam Muda ini turut sama berharap dapat menerapkan perkara yang sama untuk keluarga mereka.
Foto – Instagram Imam Muda Asyraf
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdulillah…,” – Tahniah! Syukri Yahaya Bakal Timang Anak Lelaki, Kandungan Isteri Kini Memasuki Trimester Ketiga
Tahniah diucapkan buat pelakon, Shukri Yahaya dan isterinya, Tya Adnan yang bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsikan isterinya, menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram TV, baru-baru ini.
Menerusi rakaman tersebut, bintang Andainya Takdir itu pada awalnya masih tidak tahu akan jantina anak yang bakal lahir lalu diberi sebuah kotak besar yang berisi belon.
Lalu, dia dilihat tidak dapat menahan rasa gembira dan teruja selepas mengetahui belon berwarna biru itu tertera perkataan ‘baby boy’.
Aksi bapa kepada seorang cahaya mata itu turut disaksikan akli keluarganya yang lain.
Sementara itu, Tya menerusi ruangan kapsyen pula turut memanjatkan rasa syukur selain memaklumkan usia kandungannya kini sudah pun memasuki fasa trimester ketiga.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata peminat pasangan ini turut tumpang bahagia dan mendoakan agar semuanya dipermudahkan.
Sebelum ini, Tya mendedahkan dirinya disahkan hamil sewaktu menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada November lalu dan pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaira Ameena yang kini mencecah usia empat tahun.
Foto: Instagram Tya Adnan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dihasilkan Sebelum Ramadan, Ambil Masa 10 Hari Termasuk Penggambaran,” – Dedikasi Zikir & Selawat Buat Muhammad Bilal
Pendakwah bebas dan selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 27, melancarkan Zikir, Selawat dan Pesanan Untuk Bilal yang didedikasikan buat anak sulung, Muhammad Bilal.
Kata PU Riz, lirik lagu berkenaan dihasilkan bersama komposer dan penyanyi, Fahimi Rahmat, khusus buat permata hatinya bersama isteri, Neelofa.
“Projek ini adalah kerjasama dengan syarikat rakaman Faithful. Lagu berkonsepkan zikir dan selawat ini ditujukan untuk anak saya, Muhammad Bilal. Malah, ada lirik khusus untuk dia.
“Lagu ini dirakam dan dihasilkan sebelum Ramadan dan mengambil masa 10 hari termasuk penggambaran video muzik. Kos penerbitan daripada saya.
“Dari segi alunan zikir dan selawat mungkin bunyi tak sempurna. Tapi tak apa, sebab bukan nak suruh orang puji pun.
“Apa yang penting nak suruh orang turut sama mengalunan zikir dan selawat ini selain menghayati mesej disampaikan,” katanya yang baru saja melancarkan pelitup muka edisi Al Khas.
Katanya, rekaan kali ini lebih ringkas yang didatangkan dua warna iaitu putih dan ‘nude’.
“Kita keluarkan 500,000 helai dan alhamdulillah sambutan menggalakkan. Menariknya, edisi Al Khas ini dijual dalam kotak khas yang mengandungi 10 helai pelitup muka, sanitasi tangan dan beg kecil.
“Dengan kualiti yang ada, nak bagi hadiah memang sesuai. Kalau dikirim pos pun kotak masih elok,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI