Penyanyi, Iqa Nasra yang sebelum ini popular dengan sapaan Iqa Mentor telah selamat melahirkan anak sulungnya pada 17 Oktober lalu.
Iqa atau nama sebenarnya Nursyafiqah Nasratullah turut mendedahkan nama puterinya itu yang diberi nama Raja Inara Aysha.
“#Bismillahimasyaallah Assalamualaikum. Alhamdulillah, 17 October 2020, 11.29 am, Baby Girl.
“Welcome to the world RAJA INARA AYSHA BT RAJA AZLAN SHAH.
“Semoga Inara Aysha menjadi anak yang baik, solehah, menjadi penyejuk dan penenang hati kami, menjadi orang yang mendirikan solat dan pandai Al-Quran.
“Semoga kamu membesar dengan baik, sihat, sempurna, beriman dan berakhlak. Aamiinn Ya Rabb We Love You Inara #inaraaysha,” tulisnya.
https://www.instagram.com/p/CGt3meslbMD/?igshid=mrxcmfvadf4f
Sekadar informasi, Iqa sebelum ini pernah menyertai program realiti nyanyian Mentor musim kelima dan merupakan protege kepada penyanyi Edry KRU.
Iqa telah mendirikan rumah tangga bersama Raja Azlan Shah pada 6 Ogos 2016.
Foto: Instagram Iqa Nasra
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Lan Solo Jatuh Pengsan, Ditahan Wad Akibat Serangan Strok
Penyanyi Lan Solo berkongsi berita sedih apabila ibunya ditahan wad akibat serangan strok (left brain damage) awal pagi Isnin.
Malah, penyanyi lagu Berpisah Tanpa Rela itu juga berkongsi detik cemas apabila ibunya tiba-tiba terjatuh dan bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Assalamualaikum.. 1st of all.. kami mintak maaf pd semua yg call atas urusan kerja mahupon urusan keluarga spjg hari nie.. kami x mampu nak reply dan jawab call.
“Seawal pagi tadi,Mama kami suddenly collapse dan kami menguruskan mama smpi skrg..
As for now, mama dah selamat masuk wad dan mungkin akan lama berada di hospital.
“Ini bermakna, kami akan byk berada di hospital selama mama admitted.
“Kpd yg bertanya.. mama kene serangan stroke / left brain damage.. buat masa ini,masa kami dan ahli keluarga lain mmg akan bersama mama,” tulisnya.
Dalam pada itu, Lan memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan ibunya itu.
“Utk kenalan di sini.. besar harapan kiranya kalian dpt bantu doakan mama dpt kembali seperti sediakala. Utk family jauh dan dekat, boleh direct contact kami atau Abert ye,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by LAN SOLO 🇲🇾 (@lansolo_official) on
Menerusi ruangan komen, rakan selebriti turut memberi kata-kata semangat buat Lan sekeluarga.
Sehingga awal pagi ini, Lan masih belum mengemas kini Instagramnya mengenai perkembangan ibunya.
Kami di MH turut mendoakan agar ibu Lan diberikan kesembuhan.
Foto : Instagram Lan Solo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Ini Sebab Neelofa Terbang Ke Langkawi, Kekeliruan Terjawab
Pihak Chatime Malaysia tampil menjawab berhubung isu melibatkan pasangan selebriti terkenal Neelofa dan suami, Haris Ismail (PU Riz).
Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, pihaknya memberikan kenyataan berikutan isu Neelofa dan Haris yang didakwa sedang berbulan madu sebuah pulau peranginan sehingga dikatakan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana merentas negeri.
Chatime Malaysia menerusi satu hantaran di laman sosial Instagram mereka malam tadi, menjelaskan keadaan sebenar.
Menurut kenyataan yang dimuat naik, Neelofa dalam rangka lawatan kerja menerusi pembukaan cawangan baru Chatime di Zon Utara iaitu Langkawi dan Sungai Petani, Kedah serta Kangar, Perlis.
“Kenyataan rasmi berkenaan lawatan kerja melibatkan Neelofa untuk tujuan pembukaan cawangan-cawangan baru Chatime di Zon Utara (Langkawi & Sungai Petani (Kedah), Kangar (Perlis). Terima kasih,” kata kenyataan tersebut.
Kenyataan tersebut turut menyatakan lawatan berkenaan turut melibatkan beberapa kakitangan dari Bahagian Operasi dan Pengurusan Chatime Malaysia.
Malah, kebenaran untuk merentas negeri juga telah diperolehi dari balai polis berdekatan, dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni menerusi laporan media mengesahkan Neelofa ke pulau peranginan atas tujuan kerja.
Menurutnya, wakil syarikat produk minuman terbabit membuat permohonan rentas negeri di Balai Polis Sri Hartamas.
“Hasil semakan mendapati borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membenarkan pergerakan keluar empat individu itu bermula 27 Mac hingga 4 April untuk urusan kerja.
“Syarikat terbabit mengemukakan surat tertera nama Neelofa dan tiga yang lain sebagai mewakili mereka untuk melawat lokasi perniagaan yang akan dibuka di sana,” katanya, sebagaimana yang dipetik daripada Harian Metro.
Bagaimanapun, sekiranya terbukti Neelofa ke Langkawi untuk tujuan berbulan madu, pihak polis boleh mengambil tindakan kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), katanya.
Terdahulu beberapa gambar memaparkan Neelofa dan suaminya, Haris Ismail yang didakwa sampai di Langkawi tular di media sosial dengan dakwaan mereka berbulan madu, selepas tiga hari diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri.
Sumber: Instagram Chatime Malaysia, Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jaga Eksklusiviti, Kugiran Masdo Kurangkan Show Free! – “Nak Tengok, Kena Bayar.”
Band popular tanah air, Kugiran Masdo menyifatkan penganjuran pelbagai acara muzik dan konsert di negara saat ini merupakan satu petanda positif buat industri muzik tempatan.
Menurut vokalisnya Ali Sariah, bagaimanapun setiap band atau artis itu harus bijak menyusun strategi atau kekerapan mereka membuat persembahan demi menjaga nilai eksklusiviti.
“Perkara ini ada pro dan kontra. Bila sudah terlalu banyak festival dan barisan artisnya pula hampir sama, kita sudah tidak jadi eksklusif.
“Malaysia ini tidak besar dan show pula banyak berlangsung di Kuala Lumpur. Kalau boleh, banyakkanlah acara-acara muzik di negeri-negeri lain pula.
“Bila selalu buat show di tempat yang sama, penonton akan boring. Kita juga jadi risau sebab asyik-asyik muka sama. Perasaan tak syok tu memang ada,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, demi memastikan para peminat mendapatkan pengalaman muzik yang berbaloi, mereka kini lebih memilih untuk membuat persembahan di acara berbayar berbanding konsert percuma.
“Ketika ini, kami sudah kurang membuat persembahan di acara muzik yang masuk percuma. Orang akan lebih memilih untuk tengok yang percuma daripada show berbayar.
“Untuk lihat kami perform, kena bayar.
Kalau dahulu, mungkin kami sapu semua tapi kini kami lebih menjaga eksklusiviti agar mereka yang membayar itu rasa berbaloi,” ujarnya lagi.
Sementara itu, gitaris Kugiran Masdo, Asmawi pula menjelaskan mereka juga sedar dengan komen-komen peminat yang mahu mereka tampil berbeza di setiap acara muzik.
Bagaimanapun, mereka juga tidak mahu menghampakan perasaan para peminat yang mahu melihat mereka memainkan lagu-lagu popular.
“Bukan peminat sahaja komen, kami pun dah komen diri sendiri. Namun, kami tak boleh nak buat apa sebab scene kita berbeza dengan Indonesia.
“Di sana, ada band yang tak perlu pun mainkan lagu-lagu daripada album lama. Mereka boleh sahaja mainkan lagu daripada album baharu dan peminat akan tetap enjoy.
“Kalau di Malaysia, kita belum ke arah itu. Kalau kami tak bawa lagu Dinda, apa pula kata peminat nanti? Lagu-lagu wajib ini kena mainkan juga tapi kita ubah dari segi arrangement,” akhirinya.
Terdahulu, Kugiran Masdo merupakan antara band yang akan membuat persembahan di acara One Love Music Festival yang dijadualkan berlangsung pada 21 Disember ini Dewan A, MAEPS, Serdang.
Selain Kugiran Masdo, antara barisan artis yang akan membuat persembahan adalah seperti Hujan, Bunkface, Insomniac, Gerhana Ska Cinta, Drama Band dan 53 Universe.
Malah, acara muzik besar-besaran ini juga bakal menampilkan persembahan daripada penyanyi-penyanyi popular Indonesia seperti Feby Putri, Nadin Amizah, Nabila Taqiyyah dan Salma Salsabil.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI