Anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar mengakui dia belum terfikir mengenai soal teman baharu selepas berpisah dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof pada 5 September lalu.
Menurut Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, keutamaannya kini adalah untuk memberikan fokus terhadap bidang nyanyian menerusi single sulung berjudul Tak Kisah di samping Alan D.
“Saya belum terfikir lagi mengenai soal jodoh. Jadual kerja saya tengah padat sekarang, jadi belum terfikir ke arah itu.
“Tapi insya-Allah. Manalah tahu suatu hari nanti jodoh akan ada lagi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Hi-Tea Anthon’s Leather, di One World Hotel, Petaling Jaya, pada Selasa.,
Mengenai hubungannya yang masih lagi baik dengan Syamsul, Ira menjelaskan, mereka berhubung hanya atas urusan tertentu.
“Bukannnya berhubung untuk saja-saja, tetapi bersebab.
“Misalnya mengenai kes di antara kami, apa yang perlu dibincangkan di luar mahkamah. Benda-benda yang seperti itu.
“Bukannya macam borak-borak kosong ke, tiada. Itu sahajalah… Macam itu sajalah, alhamdulillah.
“Kita tak nak gaduh-gaduh, tak suka… penat,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Ira kini dalam proses menyiapkan muzik video single pertamanya itu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI