Pengarah Syamsul Yusof menepis khabar angin yang mendakwa isteri keduanya, Ira Kazar sedang mengandung.

Syamsul menjelaskan, berita tesebut tidak benar dan ia adalah fitnah namun bersyukur sekiranya ia berlaku.

“Tidak. Itu adalah fitnah. Begitulah kehidupan saya setiap pagi, saya minum teh tarik dan makan nasi lemak, ada yang bertanya Syamsul itu dan ini. Saya pun jawab apa pula kali ini?

“Saya tak tahulah. Tapi kalau orang itu (Ira) mengandung, Alhamdulillah. Apa yang tak boleh? “Tapi jujur saya beritahu tiada (mengandung). Kalau mengandung, saya akan maklumkan.

“Tapi kalau nak cakap sebegitu nak buat macam mana, saya cakap Alhamdulillah sajalah. Doakan yang baik-baik, tapi tiada (mengandung),” katanya.

Terdahulu, Syamsul melangsungkan pernikahan dengan Ira atau nama sebenarnya, Faghira Fatini, pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira iaitu Kazar.

Ads

Menurut Syamsul, dia reda atas ujian dan fitnah termasuk ada yang ingin memboikot filem arahan dan terbitannya susulan hal yang berlaku.

 

Ira Kazar Belum Lagi Berbadan Dua… Syamsul Yusof Tepis Khabar Angin

Ads

“Berkenaan saya mampu atau tidak beristeri dua, doa sajalah saya boleh jadi suami yang baik dan adil. Kita kahwin ini pun adalah salah satu jalan taubat juga. Jadi nak kata apa, katalah.

“Seperti rezeki mahu boikot filem saya, jujurnya ada rasa sedih juga tapi saya seorang yang mudah. Saya percaya rezeki dari Allah. Kalau Allah bagi rezeki, alhamdulillah. Orang boikot ada sebab dan saya bersyukur.

“Saya sudah melalui banyak fasa. Saya hadapi sajalah,” katanya.

Ads

Terdahulu, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.

Antaranya alasan yang diberikan adalah meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, keduanya masih menghubungi bekas kekasihnya dan ketiga enggan mematuhi notis nusyuz serta keempat sudah membuat fitnah terhadap Syamsul seperti memukul dan tidak memberi nafkah.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI