Bekas isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar berkongsi mengenai keadaan terkininya selepas sah bercerai pada 5 September lalu.
Menurut Ira, dia kini berada dalam keadaan baik dan disamping sibuk dengan beberapa tawaran kerja sebagai pempengaruh media sosial.
“Saya ada menjalani beberapa penggambaran dan membuat ‘review’ product,” katanya ringkas.
Anak kepada pelakon, Kazar Saisi itu berkata sedemikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur, Ampang pada Rabu.
Selain tawaran mempromosi produk, Ira turut mendedahkan dirinya juga ada menerima tawaran untuk merakamkan lagu.
“Tawaran lakonan tiada tapi saya ada dapat tawaran nyanyian. In sha Allah saya akan terima. Mungkin juga akan keluarkan lagu baharu,” ulasnya.
Ditanya mengenai responnya bila ada pihak yang memuji wajah dan penampilannya yang kini dikatakan semakin cantik, Ira hanya tersenyum dan merakamkan ucapan terima kasih.
“Saya tiada komen berkaitan hal tersebut. Saya hanya boleh cakap terima kasih. Alhamdulillah,” katanya lagi.
Pada Rabu, Hakim Syarie Hakim Maizatul Aliza Chee Din memerintahkan Syamsul untuk membayar kos kehadiran sebanyak RM200 kepada Ira susulan permohonan perceraian yang difailkannya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini pada 19 Ogos lalu.
Keputusan itu dibuat selepas meneliti dan mempertimbangkan keterangan Ira selaku defendan yang menuntut RM3,000 atas alasan sudah menyusahkan selain pihak plaintif (Syamsul) tidak berterus mengenai wujudnya lafaz taklik pada Jun lalu.
5 September lalu, Syamsul dan Ira sah bercerai talak satu dengan Ira Kazar, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini