Teringin lagunya menjadi tular seperti lagu rakan seangkatannya, penyanyi Irfan Harris walau bagaimanapun mengakui perkara itu bukan sesuatu yang mudah.

Namun, Irfan, 21, bersyukur apabila single terbaharunya, Bisik berjaya memasuki Carta Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selepas beberapa tahun cuba menghasilkan lagu hit.

“Alhamdulillah, ini adalah pencapaian yang memberangsangkan buat Bisik.

“Apabila syarikat pengurusan ucapkan tahniah, saya tidak sangka dan terkejut. Kali terakhir lagu saya bolos Carta RIM adalah pada 2017 menerusi single Pesan.

“Kalau boleh saya nak lagu meletup macam lagu Casablanca tapi saya akui benda itu susah sedikit.

Ads

“Tapi lagu Bisik ini bagi saya sudah satu permulaan yang baik malah ia turut mencatatkan jumlah tontonan tinggi di aplikasi TikTok,” katanya kepada MH.

Irfan ditemui pada majlis pelancaran lagu Bisik di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Single hasil ciptaan sendiri bersama abang, Haiqal Iskandar dan sepupunya, Ubaidillah memasuki carta Top 10 Lagu Strim Paling Tinggi untuk minggu ke-29, iaitu sepanjang 15 Julai hingga 21 Julai lalu.

Ads

Bercerita lanjut mengenai single Bisik, Irfan berkata ia dihasilkan empat tahun lalu berdasarkan pengalamannya sendiri.

Ads

“Ketika itu, saya rindukan seseorang yang amat dekat di hati saya. Tetapi bukanlah teman wanita, sebaliknya, teman sekolah.

“Jadi, cara saya luahkan perasaan adalah melalui penciptaan melodi spontan. Saya ambil gitar dan terus petik sehingga tercetusnya idea lagu ini,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Irfan Harris

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI