Serentak dengan statusnya yang baru saja bergelar suami orang, pelakon Isa Khan melancarkan lagu ciptaannya berjudul Karunia Terhebat khas buat isteri tercinta yang juga pelakon, Nur Risteena Munim pada Jumaat.
Single istimewa tersebut disifatkan sebagai hadiah sempena hari bahagia mereka selepas sah diijab kabulkan.
Secara simboliknya juga, lagu tersebut bercerita tentang wanita yang bertakhta di hati beserta perjalanan kisah cinta mereka berdua.
“Sepenuhnya saya buat untuk Risteena. Its a wedding song sebenarnya,” kata Isa.
Sementara itu, Risteena mengakui dia tahu Isa sedang mencipta sebuah lagu buatnya, namun perkara itu tidak dikongsikan secara terperinci.
Ads
“Tahun lalu dia ada cakap tengah tulis lagu untuk saya, ketika itu saya di set penggambaran. Saya tidak tahu bagaimana liriknya, hanya sikit sahaja. Kalau tak silap, Isa mula tulis lagu tersebut sekitar Julai tahun lalu.
“Katanya lagu itu tentang saya dan dia mencari tajuk ketika itu. Lalu saya dapat tahu ia berjudul Karunia Terhebat. Wah, sayalah Karunia Terhebat tu,” seloroh Risteena di samping Isa.
Berkongsi apa perasaan sejurus mendengar lagu tersebut, kakak kepada Ruhainies ini akui menitiskan air mata terharu.
Ads
“Kali pertama saya dengar dan hayati lirik lagu ini, saya menangis. Saya berasa tak ada lelaki yang mampu melakukan sesuatu yang istimewa begitu untuk saya. Jadi saya terharu dan hargai,” katanya.
Imbas kembali, pasangan selebriti itu sah suami isteri dengan sekali lafaz kira-kira 10.40 pagi semalam dan dinikahkan oleh bapa Risteena, Zainul Ilyas Zainul Abidin di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dengan mas kahwin RM1,000.
Pada majlis itu, Isa turut menyerahkan wang hantaran RM32,000 sebagai simbolik usia Risteena iaitu 32 tahun.
Ads
Sebelum ini, Risteena dan Isa merancang untuk bernikah pada 20 November lalu, namun terpaksa menangguhkan hasrat itu berikutan penularan pandemik Covid-19.
Pasangan itu juga terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia setelah lima bulan berkenalan.
Muzik video Karunia Terhebat sudah pun boleh ditonton disaluran YouTube mereka.
Foto: Instagram Risteena, Isa Khan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Farisha Iris mendedahkan dirinya tidak kisah untuk menghabiskan usia mudanya dengan menuntut ilmu sehingga ke peringkat tertinggi.
Kenyataan tersebut disuarakan oleh Farisha selepas ada individu yang mempersoalkan keputusannya untuk meneruskan pengajian.
Kata individu tersebut, Farisha berkemungkinan akan menjadi anak dara tua (andartu) kerana sibuk dengan pengajiannya manakala wanita lain pula sudah bahagia membina keluarga.
“Ini study sampai master ke sampai tua? Orang lain anak tiga, kamu andartu,” kata individu tersebut.
Tidak berdiam, penyanyi lagu Hello menegaskan dirinya lebih selesa dilabel sedemikian daripada bersama lelaki yang bermasalah.
“Belajar sampai tua. Okay la tu daripada stress dengan lelaki tak guna,” balas Farisha.
Foto tangkap layar yang memaparkan perbualan Farisha bersama individu tersebut telah dikongsikan menerusi aplikasi Twitter.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan individu tersebut selain turut memberikan kata-kata semangat buat Farisha untuk meneruskan pengajiannya.
“Annoying lah orang yang cakap macam ni. Orang mampu nak sambung belajar biar lah, at least kehidupan makin maju. Pemikiran ke depan, terbuka, luas bukan sempit bodoh macam ni.
“Kenapa mereka nak sibuk. Lantak pi la nak belajar smpai tua takde anak takde laki.
“Biarlah jadi andartu dari menanggung biawak hidup. Banyak dah kes gini kawin sebab pressure orang sekililing sebab malu dgn status andartu. Last last suffering sendiri.
“Kenapa orang lain terlampau peduli ye? Aduh nampak sangat tak bahagia dengan hidup sendiri,” antara komen-komen netizen di Twitter.
Sekadar informasi, pada Oktober lalu, Farisha memaklumkan dirinya kini sedang menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana di Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Twitter Farisha Iris
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahun lalu pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menawarkan RM300 kepada pelajar yang mendapat keputusan 5A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Bagaimanapun tahun ini, PU Riz, 27, ikhlas hati menggandakan jumlah berkenaan menjadi RM700.
Imbuhan tersebut ditawarkan khusus kepada pelajar yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan atau B40 dan orang kelainan upaya (OKU).
PU Riz berkata, dia mendapat banyak mesej peribadi (DM) menerusi Instagram daripada pelajar lepasan SPM yang diumumkan kelmarin berkenaan kesusahan dialami.
“Diakui banyak kesusahan dilalui sepanjang pandemik berlaku ekoran penularan COVID-19 dalam negara.
“Tidak terkecuali ia turut memberi kesan pada sistem pendidikan terutama dalam mengendalikan peperiksaan besar macam SPM termasuk cabaran dihadapi pelajar.
“Jadi, inisiatif ini ingin diberikan kepada mereka yang berjaya menyelesaikan dan mengharungi cabaran ini hingga mendapat keputusan cemerlang hasil ketekunan dalam pelajaran.
“Selain itu, sudah tentu kita nak melihat kesusahan dihadapi mereka. Sebab ada juga yang DM saya cakap yang ibu meninggal dunia akibat virus berkenaan tapi kena teruskan persekolahan dan banyak lagi cerita sedih.
“Jadi, kriteria sebegini yang kita cuba utamakan. Jika bukan dalam kalangan B40 dan OKU, kita tawarkan pada yang mendapat keputusan cemerlang 7A,” katanya.
Suami kepada usahawan selebriti Neelofa ini menambah, tawaran itu juga sekali gus mahu diharap dapat memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha pada masa akan datang.
“Saya mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik ini. Bukan nilai jadi ukuran, tapi apa saya cuba nak sampaikan adalah setiap usaha itu pasti akan peroleh kebaikan dan ganjaran.
“Buktinya mereka sudah belajar bersungguh-sungguh biarpun berdepan pelbagai cabaran dan musibah,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terdahulu, kisah percintaan pelakon jelita Julia Farhana atau nama sebenar Julia Farhana Marin bersama pelakon, Erwin Dawson pernah menjadi perbualan peminat.
Lebih-lebih lagi apabila hubungan percintaan mereka dikatakan telah berpisah di pertengahan jalan.
Bagaimanapun baru-baru ini, pasangan dua selebriti itu menjadi perhatian sekali gus mencetus tanda tanya peminat mengenai status hubungan percintaan mereka apabila mereka dilihat telah hadir di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2019) bersama-sama.
Julia ketika dihubungi MH bagi mendapatkan penjelasan ada berkongsi.
“To me and Erwin pula tak ada benda interesting nak bagitahu because to us very normal.
“Cuma beza dia, people perhatikan our Instagram and perhatikan apa kita buat so orang macam dapat rasa sama ada kita orang break up atau sebaliknya,”kata Julia.
Bintang tersebut turut mendedahkan, mereka sedang memperbaiki diri masing-masing daripada terlalu fokus perihal hubungan cinta.
“For me and Erwin, we just like tengah work out on ourselves perbaiki diri instead focusing on the relationship,”kongsinya lagi.
Sebelum ini, pelakon berusia 27 tahun itu telah pernah berkongsi hubungannya bersama Erwin berpisah seketika demi memberi ruang buat diri masing-masing.
“Well, in that case I guess as simple as kita nak try lagi and sejujurnya kami berdua sebelum ini mahukan ruang dan ia merupakan satu kesilapan,”akhirinya.
Apapun, MH mendoakan semoga hubungan baik antara Julia dan Erwin terus berkekalan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!