Isaac Voo Corot Dengan 36.33% & Terkeluar Susulan Imuniti-X, Nadeera Unggul Dengan 85.67%. Ini Markah Penuh Semua

Share

Penyanyi Isaac Voo diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir daripada program hiburan realiti hiburan, Big Stage 5 (BS5) yang berlangsung pada Ahad.

Penyanyi kelahiran Sabah berusia 28 tahun terkeluar dalam saingan menerusi Imuniti-X yang digunakan juri profesional, Ajai dan Aina Abdul bagi menyelamatkan Naufal Azrin yang sepatutnya menjadi peserta pertama tersingkir.

Isaac yang menyanyikan lagu Terhangat Di Pasaran (KRU) gagal menambat hati juri yang turut mengundang penyanyi terkenal Indonesia, Andmesh Kamaleng.

Dikongsikan kedudukan markah kesemua peserta yang bertanding;

 

Bertemakan Flex Your Beat, 13 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan yang berbeza setiap minggu.

Sementara itu, penyanyi Nadeera Zaini memenangi anugerah Dominasi Persembahan Terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai RM3,000.

Empat edisi Big Stage terdahulu telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).

BS5 berlangsung selama sepuluh minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH