Pelakon, Beto Kusyairy meluahkan rasa kesal selepas mengetahui dirinya didakwa baru sahaja menjadi mangsa sendiket penipuan kad kredit.
Menurut Beto, individu tidak bertanggungjawab itu dikatakan telah pun menggunakan kad kreditnya untuk membuat transaksi sebanyak empat kali melibatkan nilai kerugian dianggarkan mencecah RM4,000.
“My CIMB credit card has been compromised. Time-time PKP ni lah pulak kena fraud.
“The culprit managed to make 4 transactions online with the amount of SGD300++ each at FairPrice Spore sebelum kena block.
“Dekat RM4k jugak tu. Ishh dugaan Ramadhan,” tulisnya.
Malah, pelakon telefilem Sembilan itu turut memaklumkan pihak bank akan mengambil masa lebih kurang 30 hingga 45 hari untuk menyiasat mengenai perkara tersebut.
“CIMB kata they need 30-45 days to investigate whether the transactions wasn’t really made by me or else I got to pay for it.
“30-45 days? Really?? Ouh c’mon @CIMBMalaysia .
“You guys can do better than that. Sigh,” tambahnya lagi.
Kisah tersebut dikongsikan Beto menerusi akaun Twitter miliknya.
Dalam pada itu, Beto turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati tentang penggunaan kad kredit selepas ini terutamanya ketika melakukan transaksi secara dalam talian.
“Kad aku ni memang jarang sangat digunakan. Last was last year kot.
“Jadi hati-hati dengan penggunaan kad kredit kalian. Lagi-lagi melalui transaksi online ya.
“Mudah-mudahan terhindar dari jenayah siber ini,” kongsinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka selain turut meminta Beto supaya banyakkan bersabar.
Sumber: Twitter Beto Kusyairy