Pelakon cantik Datin Zizie Izette sebelum ini ada mengisi masa dengan membawa kesemua anaknya pergi bercuti di sekitar negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.
Isteri kepada ahli politik terkenal Datuk Seri Bung Moktar itu turut berkongsi beberapa keping foto momen percutian tersebut bersama para pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.
Pada masa sama, Zizie meluahkan rasa gembira dan senang apabila berkesempatan untuk meluangkan masa dengan melakukan pelbagai aktiviti menyeronokkan bersama anaknya.
“Best dapat makan angin dgn anak2 di bandar Melaka ni. Banyak sgt tempat makan dan things to do here yg sebelum ni tak pernah pun tau.
“Terima kasih di atas komen2 dlm posting saya sebelum ni. Appreciate ur comments and suggestions!,” tulisnya.
Selepas itu, menerusi perkongsian terkini di akaun Instagram, kakak kepada pelakon Shaheizy Sam ini juga dilihat telah pergi bercuti bersama anaknya di kawasan peranginan di Genting Highland, Pahang.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memberi pujian setelah melihat pelakon berusia 42 tahun ini mengenakan pakaian rona sedondon dengan kesemua anaknya.
“Ni baru la betoi.. Mak bergaya anak pun bergaya,” puji peminat.
“Hot momy ni…da la cantik’ kaya baik plk tu momy gojes ni zizi ni,” tulis lagi seorang warganet.
Ads
“Bertuah punya anak ramai,walau pun ada yg anak angkat,Datin jaga dan beri kasih sayang sama rata,semuga allah taalla sentiasa berkati hifup Datin,” titip seorang peminat.
Terdahulu, Zizie telah mendirikan rumah tangga bersama Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.
Selepas itu, Zizie menimang cahaya mata ketiga bernama Alisa Bella Izette pada 1 Mac 2019
Foto: Instagram Zizie Izette
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengasas syarikat Efferty International Sdn. Bhd. (Efferty), Dr Raihana Ismail membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui dia menghidap disleksia ketika berusia enam tahun.
Malah akui Dr Raihana, dia paling lembab (slow learner) dalam pelajaran dalam kalangan adik-beradiknya yang lain.
“Sebenarnya ada sebab kenapa saya selalu duduk di depan ketika mengikuti sesi di Richworks. Sebab masa kecil, saya slow learner. Waktu itu saya ada masalah disleksia. Antara adik beradik, saya yang bangga bila orang tanya dapat nombor berapa dalam kelas.
“Saya cakap dapat nombor 28 sebab nombor itu banyak. Bukan bermaksud saya bangga sebab tak berjaya. Cuma saya tak faham lagi pada ketika itu.
“Jadi apa yang ibu bapa saya terapkan adalah menyuruh saya duduk paling depan ketika dalam kelas. Mereka cikgu. Kakak-kakak saya semua pandai. Saya masuk darjah tiga baru pandai mengira. Kemudian berjaya dalam UPSR. Berkat duduk depan.
“Abah saya adalah cikgu disiplin jadi dia latih saya untuk sentiasa menepati masa. Dulu, saya pernah bercita-cita nak jadi artis. Saya nak menyanyi dan berlakon.
“Tapi apabila tengok kakak-kakak jadi doktor, terus berubah fikiran sebab mak mesti lagi bangga (jadi doktor). Budaya (culture) dalam keluarga sendiri yang mengubah diri saya,” katanya.
Dr Raihana menjelaskan perkara tersebut menerusi saluran sesi podcast Apa Cerita? di YouTube, baru-baru ini.
Berkongsi lanjut, Dr Raihana memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dari 2010 hingga 2012 sebelum ke Hospital Hulu Terengganu sebagai Ketua Ward Obstetrik dan Ginekologi.
Manakala pada tahun 2015, Dr Raihana menjawat sebagai Pakar Am dan Pengarah dengan menubuhkan Klinik Raihana di Dungun, Terengganu melalui tajaan Mara.
Namun, klinik tersebut hanya bertahan selama empat tahun sehingga tahun 2019 kerana Dr Raihana akui ketika itu dia tiada ilmu dalam perniagaan dan keusahawanan.
Dedah anak ketiga ini, dia terpaksa menanggung kerugiaan sebanyak RM500,000 selain hampir diisytiharkan muflis pada akhir tahun 2018.
“Bila saya dah buka klinik, saya minta suami berhenti kerja untuk menjaga anak. Cabaran saya ketika itu adalah saya sebagai doktor dan dalam masa sama, saya juga yang menguruskan klinik. Ilmu perniagaanmemang tiada. Leadership pun tiada.
“Saya berhutang waktu itu mencecah RM500,000. Perasaan saya memang kecewa dan hampa.
“Suami bantu cari jalan untuk menyelesaikan (hutang), dia pinjam duit dengan kawan-kawan. Namun, masih belum boleh tampung kerugian.
“Akhirnya, saya nekad untuk menutup klinik sulung dan menjual dengan harga RM250,000,” ceritanya.
Kata Raihana, dia mula belajar memahami tentang diri sendiri, membetulkan misi, hala tuju dan impian yang ingin digapai ketika mengikuti beberapa sesi kelas anjuran Richworks.
Malah dia terpaksa bergolok-gadai atas kekakangan kewangan demi ilmu selain yuran kelas yang mahal.
Tambah wanita yang pernah tiga kali keguguran ini juga, dia mendidik diri untuk sentiasa bersedekah.
“Dulu sewaktu di klinik Raihana, sejujurnya saya tak bayar zakat. Saya tak tahu macam mana nak kira masa itu.
“Sekarang, saya selalu sedekah. Saya berpegang dengan kata-kata, ‘sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain.’
“Kalau dapat keuntungan, kena sedekahdan bayar zakat. Alhamdulillah, bulan pertama Efferty, kami mendapat hasil jualan sebanyak RM500,000,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Dr Raihana, 39, menyatakan dia berhasrat untuk membuka sebuah madrasah di samping ingin membantu 1 juta pasangan suami isteri mendapatkan cahaya mata.
“Visi Efferty ini sebenarnya nak bawa kebahagiaan kepada kehidupan manusia lain. Kebahagiaan itu tak semestinya menimang cahaya mata saja.
“Contohnya, kalau bantu dia untuk mendapatkan kerja, itu sudah membawa kebahagiaan juga.
“Visi kami besar iaitu nak membina yayasan sendiri untuk pembinaan madrasah. Itu yang saya berdoa di depan Kaabah baru-baru ini.
“Saya kata, ‘Ya Allah Ya Tuhanku, percepatkanlah perjuangan aku nak bantu 1 juta pasangan menimang cahaya mata dan percepatkanlah aku membuka madrasahmu,’” katanya lagi.
Serentak dengan itu, perkongsian Dr Raihana nyata menuai komen-komen positif daripada warganet yangrata-ratanya kagum serta terinspirasi dengan kisah hidup yang diceritakan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan pelakon, Hazman Al-Idrus sah menjadi suami kepada pengacara Tiaz Al-Khred pada tarikh istimewa, 2 Februari 2020.
Pasangan ini memilih majlis bertemakan Arabian untuk majlis pernikahan dan resepsi.
“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz saya secara sah menjadi suami kepada @tiaz_alkhred,” tulisnya beserta tanda palang #HazTiaz @haztiaz_official beserta kredit.
Pelakon yang popular menerusi siri Power Rangers, Jason David Frank dilaporkan meninggal dunia di Texas, Amerika Syarikat semalam.
Malah, berita sedih itu turut disahkan oleh wakilnya, Justine Hunt.
Dalam pada itu menerusi TMZ, sumber mendakwa punca kematian pelakon berusia 49 tahun itu disebabkan bunuh diri.
Pelakon Walter Jones yang memegang watak rangers berwarna hitam dalam siri Mighty Morphin Power Rangers (MMPR) pula dalam satu kenyataan menyifatkan kehilangan Jason akan dirindui.
“Dia banyak beri inspirasi kepada ramai orang. Dirinya pasti akan dirindui. Sangat sedih kehilangan seorang lagi ahli keluarga Ranger.
“Jason salah seorang watak penting. Kami berkongsi jatuh dan bangun akan tetapi saya sentiasa pinjamkan telinga kalau dia perlukan. Doa saya untuk keluarganya dan yang akan merinduinya,” katanya seperti yang dipetik.
Terdahulu, watak Tommy Oliver lakonan Frank digambarkan sebagai penjahat pada awal musim siri berkenaan sebelum dia menyertai Power Rangers sebagai Ranger Hijau.
Walaupun asalnya watak itu tidak dikekalkan lama, Frank kemudian ‘dihidupkan’ kembali memegang watak Ranger Putih dan menjadi ketua kepada kumpulan terbabit.
Mendiang turut membuat kemunculan khas dalam filem terbitan semula Power Rangers pada 2017 dan turut aktif dalam aktiviti seni pertahanan diri sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber, Foto: TMZ, Hollywood Live, Getty Images
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Syarikat rakaman Suria Records (SRC) mendedahkan pihaknya masih memiliki kira-kira 11 lagu nyanyian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang belum pernah dilancarkan.
Lagu-lagu tersebut...