Sejak timbul isu penularan satu video panas yang didakwa miripnya, penyanyi Ismail Izzani setakat ini belum tampil membuat sebarang kenyataan.
Terbaharu, penyanyi berkenaan dikatakan terus beredar sebaik selesai membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik- Muzik ke-37 (SAMM37) di Sri Pentas 2, Shah Alam, hari ini.
Ia sekaligus tidak bertemu pihak media yang ingin menemubualnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu sebagai mana yang didakwa.
Ismail, 22, menggantikan Joe Flizzow menerusi persembahan bersama Naim Daniel menerusi lagu Habis Sini.
Terdahulu, video kontroversi yang berdurasi tujuh saat itu menyaksikan lelaki mirip Ismail dilihat merangkul gadis sambil mengucup pada bahagian pipi dan leher di percayai di sebuah premis hiburan.
Lelaki terbabit juga sempat memandang ke arah kamera yang merakamkan wajahnya.
Susulan penularan video berkenaan, akaun Instagram anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam itu dihujani pelbagai komen netizen.
Terdahulu, ini bukanlah kali pertama penyanyi lagu Sabar itu terkait dalam kontroversi di kelab malam.
Empat tahun lalu, Ismail pernah dikecam netizen gara-gara aksi mesranya bersama seorang pelakon sensasi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.