Penyanyi, Ezlynn menerima keputusan untuk bermadu selepas suaminya, Wan Mohd Hafizam berkahwin dengan seorang doktor berusia 26 tahun di Perlis pada Mac tahun lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Ezlynn turut mendedahakan statusnya juga kini berubah kepada isteri pertama apabila Wan Hafizam menceraikan dua isteri terdahulu.
“Kalau ikutkan saya yang keluarkan kenyataan nak carikan madu untuk suami tapi tak jumpa calonnya. Dia akhirnya cari sendiri dan bagi saya baguslah kerana kena dengan cita rasanya.
“Kami dah dipertemukan oleh suami semasa sesi taaruf (berkenalan). Saya letakkan syarat kepada suami supaya jangan halang aktiviti saya di media sosial kerana ia adalah platform untuk berniaga dan sebagainya.
“Orang suka tengok aktiviti dan peribadi artis di situ. Suami boleh terima permintaan ini,” katanya seperti yang dipetik.
Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye ini berkahwin dengan Wan Mohd Hafizam yang juga penderma hati pertama negara pada 11 September 2021.
Katanya lagi, kebajikan suaminya juga akan terjaga sekiranya dia terpaksa keluar bekerja dalam jangka masa yang agak lama.
“Rasional saya carikan isteri untuk suami ialah saya seorang yang sibuk dengan kerja. Pergi ‘travel’ lama-lama rasa tak senang hati dan tak boleh duduk diam.
“Sekurang-kurangnya ada seorang isteri yang jaga senang juga, saya boleh fokus pada kerja. Dari dia buat tak elok baiklah kahwin. Kita pun dapat berkat, pahala dan rezeki.
“Tak dinafikan ada wanita yang marahkan saya tapi saya cakap suami bukan milik saya sahaja. Ia hak dan milik Allah. Kalau benda ini boleh mengharmonikan, bagus. Kalau tak sesuai carilah solusi lain yang terbaik,” katanya.
Katanya lagi, perspektifnya mengenai poligami berubah selepas kerap mendengar ceramah agama.
“Kata ustaz, wanita nak masuk syurga senang saja iaitu dengan jadi isteri yang taat. Itu yang saya buat keputusan ini termasuk berpoligami.
“Tapi poligami bukan untuk semua wanita. Kalau isteri tak boleh terima, janganlah kerana akan jadi mental pada isteri dan anak.
“Saya tetapkan pada suami agar buat penggiliran pada kami berdua setiap tujuh hari. Ikutkan tiga hari penggiliran tapi kasihan pula kerana madu saya tinggal di Perlis.
“Insya-Allah saya akan pindah ke Changlun, Kedah apabila semua urusan membabitkan rumah dengan bekas suami selesai,” katanya lagi.
Sekadar infomasi, Ezlynn sebelum ini pernah berkahwin dengan Adam Fahmy yang juga bekas pengurus peribadinya pada 20 November 2011, namun bercerai pada 23 Oktober 2017.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI